Friday, October 12, 2012

Jom ke Halfest 2012



Halfest kini kembali. Tahun kedua penganjurannya. Tahun lepas pergi ke Halfest dengan kakak cantik Iqa Beary.Tahun ni tak dapatlah pergi bersama beliau. Jauh nun di Johor orangnya.
Ada sapa-sapa nak g Halfest tak?
JOM2!



Wow! Tengok ada 100 tablet untuk dimenangi.

Apakah HALFEST?

 Sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.

Platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan.

Memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.



Banyak aktiviti menarik sepanjang Halfest 2012. Antaranya forum,seminar,demontrasi pemakaian hijau,cabaran dapur cilik dan lain-lain.  Dan yang paling penting ada 700 ruang pameran. 




ini gambar masa ke halfest tahun lepas.


Maklumat am Halfest 

Tarikh : 10-14 Oktober 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 9 malam (10 -13 Oktober 2012)
                          10 pagi - 7 petang (14 Oktober 2012)
Tel : +603 62034433
Fax : +603 62034422
Emel : enquiry@halal.org.my
Laman Web : www.halal.com.my

#nanti dah pergi i update ok!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat