JJCM lagi
Dengan tagline " jiha & makanan berpisah tiada "
Masih ingat JJCM yang lalu Mee Rebus Mastan Ghani Teluk Intan
Hari ini kita ke Restoran Mastan Ghani cawangan lain. Lokasi Teluk Intan jugak.
Ini lah restorannya.
last 2 week pergi Mastan Ghani yang kecik.Menu sikit.
Yang cawangan sini much better.
Persekitaran selesa. Dan jugak banyak pilihan makanan
Ada nasi campur dan macam -macam air.
Kalau tengok signboard kedai nampak gambar Mee Rebus, Rojak dan Nasi Ayam. Jadi special di sini itulah.
Dah pernah try Mee Rebus.
So today try Nasi Ayam
Air pulak myfrend order air jagung. Dan Laicikang for me.
Tak tersnap persekitaran restoran. Lapar. Fokus makan saja..hee
Ini antara yang menarik. Ada gambar ownernya, Mastan Ghani.
Myreview:
1) Nasi Ayam : Not bad. Sedap! Kena dengan selera.Nasinya lembut, ayam pun lembut, sos, kicap dan sup pun ok. Pendek kata semua ok
2) Laicikang : not bad jugak. Banyak isi di dalamnya. Tapi bagi aku air agak manis.
Harga
Nasi Ayam RM5.00
Mee Rebus RM4.00
Laicikang RM2.00
Lokasi : Deretan Kedai Berhampiran KOlej Komuniti Teluk Intan.
till we meet again dalam edisi JJCM yang lain.