Saturday, December 25, 2010

:: Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya ::

Tajuk :
Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”


(Muslim)


Huraian

1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.


2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.


3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.




:: Mensyukuri Rezeki Menambah Berkat ::

  
Tajuk :
Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”



Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian hadis

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.


iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah. 


iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. 


v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.




:: Semangat 1Malaysia, Perpaduan ::

:: great experience! ::



Great experience!!!
tu yang aku boleh cakap.korang nak cakap apa tu korang punya pasal..
Eh aku cakap pasal apa ni...tibe2 aje..tak bagi Salam pun.

actually aku cakap pasal program Sekretriat Rukun Negara (SRN) UPSI yang aku join. Aku dengan bangga diri nak cakap aku baru aje join program Baktisiswa!...Baktisiswa Perdana SRN Mahasiswa Penyayang.Dah 3 tahun aku duduk aka belajar kat UPSI, tapi nie la 1st time aku join baktisiswa..kesian betol kan!~dari dulu memang berniat dan berhasrat nak join Tapi bila aku tengok tarikh "masa cuti semester", secara automatik aku akan batalkan hasrat aku itu.KENAPA?? Sebab aku rasa aku nak gunakan cuti semester aku sepenuhnya! Boleh pulak macam tu yer jiha.

Tapi kali ini aku betul-betul tekad! Tak kira aku nak join jugak...mase cuti pun tak pe! aku join nak join jugak. Terasa sangat rugi kalu nak tahu tak join. Program macam ni bagus tau! Harus join!

Aku hantar nama pada SRN. Ok dapat respon! Aku berjaya join [melompat-lompat gembira aku]. Ingat senang dapat join.ramai yang hantar nama.alhamdulilah aku berjaya dapat. Nak tahu tak?? sape tak nak tahu sila tinggalkan entry ini OK! Aku bukan saje jadi peserta Tapi jadi AJK penggerak program jugak. Semua peserta dari UPSI jadi AJK penggerak. Aku diletakkan dalam kumpulan 3! Kumpulan 3? apekah? Aku diletakkan bawah AJK Jemputan!.First  time aku jadi AJK jemputan ni. Agak teruja ku rasa[ yelah tu...terkejut sampe diam sesaat ]. Ok ape. something new right? 


Selaku AJK & Peserta aku kena check in kolej 13-23 Dec untuk gerak kerja awal. Pengarah kata 13Dec kena ada kat Kolej!. Aku yang baek ni sampe kolej pukul 9.30 malam kot. Time tue meeting pertama dah start~ dengan  selambe aku baru sampai~ Bagusnya ko jiha!..Aku nak datang awal la tapi bas tu lah yang lambat. Bas jugak disalahkan..

Meh aku cerita pasal program sikit!
Baktisiswa Perdana ni anjuran JPNIN dengan kerjasama UPSI.
Melibatkan peserta dari beberapa Universiti/IPTA/IPTS iaitu Uni. Malaysia Kelantan (UMK), Uni. Malaysia Pahang (UMP), Uni.Sultan Zainak Abidin ( Uniza),Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni. Utara Malaysia (UUM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) & Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ).
Program start 16 Dec-23 Dec
Tempat UPSI, Kampung Sepakat Jaya & Kampung Titi gantung.




Siyes banyak benda aku dapat dari program ini. Great experience! tak rugi eden join..Terima Kasih kepada pengarah program sebab bagi saya peluang untuk join program ni! Best sangat tau!..walaupun penat sikit kena buat kerja.





p/s: nanti aku sambung kat entry lain!~nak mengedit gambar sekejap!Ok Chow sin Chee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat