Thursday, February 2, 2012

I am finding a husband not a boyfriend.



seseorang berkata kepada saya macam ni :

I am finding a husband not a boyfriend.





::erk! betullah kan.


Hadiah buat mereka!




Aku agak gila dan sangat berminat dengan buku hasil penulisan Hilal Asyraf dan buku/artikal dari Langitilahi.
Sangat sangat sangat bagus penulisan mereka. Bermanfaat juga.
Mereka menggunakan tagline "Mari Menjadi Hamba"

Nampak gambar bawah. Buku bertajuk Langit Ilahi Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Buku pertama yang dibeli dari LangitIlahi. Mula dulu beli E-book.
Saya beli. Saya baca.dan saya beli lagi untuk dihadiah kepada orang!
Tidak salah berkongsi perkara yang baik.kan?
Saya hadiahkan kepada mereka-mereka yang saya sayang



[1] Muaz (birthday present)
Seseorang yang always give me a support !eh?apa aku merepek ni. 
gambar lupa nak snap!Damn!


[2] Ecah ( birthday present)
hadiah ulangtahun ke 23 beliau.



[3] Syera (birthday present jugak )
Gadis yang suka malu-malu segan-segan dengan aku!



[4] Iqa beary si kakak cantik
hadiah sempena persahabatan kami!



[5] fafa. Roomate kesayangan saya.
She segala mate bagi saya! Kawan yang terbaik!






:: i love book ::

p/s: sapa nak buku ni boleh beli di LangitIlahi Store okey!



::1:: Apam Mekar @ Apam Cantik Manis


Apam mekar kot namanya! Tapi aku panggil apam cantik manis!
Aku sangatlah suka apam ni. Nampak je kat kedai mesti beli. Biasanya bulan puasa je aku nampak banyak kat kedai. Tapi tak semua yang aku beli sedap.Kadang.tak sedap.

Entah kenapa tiba-tiba last week nak buat! Tak pernah buat ok!
Gigih google resepi. Macam-macam gaya tengok orang buat. Lastly ikut resepi coursemate kesayanganku si cantik  Faeizah Murith.
Percubaan kali pertama.Ok! Mak, Abah, Adik, Kakak aku & abg ipar aku kata ok.
yes!





Saya yang terasa nak buat atau makan.
Silakan tengok resipi dan do it yourself! 


Bahan-bahan: 
6 biji telur
500g tepung gandum (ayak)
500g gula pasir
1 susu besar ovellete
1 tin air aiskrim soda
1sudu besar vanilla esen
pewarna( ikut suka)
papercup saiz besar/ kecik (ikut suka)

Cara-cara : 

[1] Pukul gula, telu dan ovellete sampai kembang.
[2] Dah kembang, masukkan esen vanila.
[3] Then masukkan tepung dan air aiskrim soda secara berselang seli. 
[4] Bahagikan kepada 2 bahagian untuk base dan top (agak-agak ye ). Masukkan pewarna dan kacau sehingga sebati.
Top aku buat warna merah.Kalau nak buat warna warni pun boleh. Ikut suka ok. Serabut lah banyak-banyak warna.
[5]Masukkan adunan base dalam papercup sampai penuh. Then yang top (warna merah).
[6] Ambik lidi & buat pusaran pada bahagian top. So nanti akan nampak cantik dan bercorak.
[7] Kukus selama 15minit dengan api yang kuat. Harus diingat panaskan pengukus dulu!

note : 1]sentiasa lap wap pada penutup pengukus.
         2]gunakan mangkuk kecik/ apa-apa benda sebagai pelapik papercup.

SIAP! Selamat mencuba!

Teaser : Majlis Perkahwinan Syazana & Amar







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat