Wednesday, August 3, 2011

Kurma Upin & Ipin




Kurma Upin Ipin.
penjual kurma pun nak guna ikon kartun negara Upin & Ipin.

Pergi jalan-jalan dekat Tesco nampak Kurma Upin Ipin nie. Dengan laju mengeluarkan hp aku yg buruk sebab nak snap gambar nak update dalam blog!
Sapa nak beli kurma ni pergi Tesco. Tesco Taiping ada TAPI Tesco lain aku tak tahu lah kan.
Harganya RM3.99



Parking Motor pun kena bayar~


Last friday kaki gatal nak berjalan pegi Zoo. Zoo mana? Zoo Taiping.
Setelah digoda-goda Nurul Hazwani Hamzah maka pergi lah Zoo Taiping dengan ditemani budak-budak rajin lagi baik. Siapakah? Nabila, fatihah & pie.
Terima Kasih yer budak-budak baik!
Tercapai hasrat Cikgu Wanie awak nak pegi Zoo.

Sebenarnya entry ni bukan nak cerita pasal pegi Zoo TAPI nak cerita pasal aku kena bayar RM0.50 bukan RM50.00 untuk parking motor.
First time weh sepanjang aku hidup ni parking motor kena bayar!. Untung la Zoo Taiping, dapat 50 cen daripada aku. Dengan muka konfius aku pandang pak cik guard tue dan berkata dalam hati " kena bayar jugak ke"..


**itupun nak cerita dalam blog ke? Perlu lah kan.Ini blog aku. aku yg menulis.**


:: resit parking motor::

Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah




NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.
- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat