Orang kata Green Tea bagus.
Orang pun kata nak kurus minum Green Tea.
Ok la nak cuba. Boleh ke cmtu?Kot2 berjaya kurus.
Usaha tangga kejayaan. Payah orang yg "food lover" macam aku ni nak diet.
Alasan..alasan dan alasan semua tu. Nak 1000 daya, kalu dah tak nak memang tak nak lah.
Tersedar dari lamunan bila anak murid dekat sekolah cakap "Cikgu....sy nampak cikgu macam dah gemuk!!!". " Cikgu nampak bambam"
Cikgu memang sedar cikgu ni gemuk. Tapi bila anak-anak murid tegur macam tu terasa ok. Tersentap di jiwa.
Ok lah jom lah start Diet sikit. En Tunang tak moh join sama ke??
Bukan la nak kurus. Nak kurangkan kg tu sikit, Kang tak muat pulak baju kawin i. Haha.
Disebabkan green tea banyak khasiatnya. Kita minum lah sehari sekali.
Daripada eksperimen yang dijalankan.... aku cuma berjodoh dengan brand "Ahmad Tea". Segala brand mendatangkan keburukan sikit. Minum yg BOH green tea habis pening berhari2. Minum LIPTON pun sama. Cannot go!
Di sini share kebaikan dan khasiat green tea.
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.
Rawatan kulit
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.
Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.
Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Menurunkan aras kolesterol.
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).
Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.
Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.
Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)
Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
Pencegah kanser
Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
Wish me luck la ek.
Semoga Istiqomah..
sumber : Kebaikan tea hijau