#Entry Autopublish.
Pertama kali aku buat sejak bertahun-tahun menjadi blogger.
Electronic Kitchen Scale!
Sapa ada cepat angkat tangan.
Aku baru beli minggu lepas. Bertambah-tambah barang dan berkurang-kurang dan kurang duit yer.
Sangat senang dan selesa menggunakan timbang ini. Selesa lah sangat. Nama pun electronic memang timbangannya tepat ok!
Harganya RM49.90. Seposen lagi RM50.
Inilah rupa timbang itu.
Belah kiri skrinnya. Disitu akan terpapar mode, nilai timbangan dan apa aje yang berdigital.
Belah kanan ada 3 button. [1]ON/OFF [2] MODE dan [3] TARE
Fungsi TARE adalah bila nak timbang gula/tepung atau apa sahaja dalam bekas. Tekan TARE.Makanya akan automatik dia tak akan kira bekas yg kita guna. Contoh, timbang tepung yang diletak dalam mangkuk.
Sapa nak timbang macam ni sila carik dekat pusat.kedai bakeri.Aku beli kat kedai bakeri BAGUS.
#aku macam tak sesuai nak bercerita tentang alat2 ni kan.Erk!