Monday, December 19, 2011

Takda Lagu...



Sapa perasan kelainan blog aku. Cepat angkat tangan! bajet macam aku boleh nampak je sapa yang angkat tangan kan.

Blog aku dah takde lagu.
Dah diam, tak bunyi-bunyi.
Aku dah remove gadjet lagu selepas mendapat teguran daripada kaki wayang dan rakan blogger lain.
Sapa nak dengar lagu pergi Youtube ye
Sekian Terima Kasih
Happy Blogging Ya!




p/s: sedang membiasakan diri dengan blog yang takde bunyi nie.
Seseaikan dengan Tagline. Dalam diam aku menulis. Bila xde bunyi baru boleh fokus menulis. macam tu agaknya.




Hari terakhir kuliah saya



Dengan ini saya NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ ingin mengatakan bahawa hari ini merupakan hari kuliah saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda menghadiri kuliah di Universiti Pendidikan Idris (UPSI)

Ahaaaa..Perlu ke nak cakap macam tu?
Perlu sebab lepas ni dah tak pergi kuliah lagi. Tinggal nak exam aje. Insyallah kalau ada rezeki akan sambung MASTER tapi belum tau Universiti mana. So boleh la dikatakan seperti di atas tu.
Blog aku. Jadi ade aku kisah?


Kuliah terakhir saya adalah Pengurusan Perubahan. Kelas 1 jam. Memang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang Prof Yazam cakap. Motifnya apa yang dibincangkan mungkin akan masuk exam sikit-sikit. Memang nampak di situ ketidakiklasan belajar. Opps! Saya tumpu perhatian bukan sebab exam ok. Tapi sebab ilmu. Iyelah tu kan.


After this takde dah pergi kuliah. Mesti rindu nak g kelas. Lagi-lagi dengan budak-budak AT45!
Serius akan rindu moment2 gelak ketawa dengan mereka.
Kalau lah aku record semua tu alangkah best. Boleh rewind-rewind tengok! Udah tak usah merepek ye!



Seriusly aku akan rindukan SEMUA tu. Kena duduk luar kelas, Kena kunci, Kena macam-macam lagi. Walaupun masa tu macam menyumpah2 je. Tapi SEMUA tu la SATU KENANGAN.



p/s: entry yg langsung takde gambar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat