Tuesday, April 24, 2012

SSPN.


last week masukkan duit dalam akaun SSPN adik aku.
Abah yg suruh. Duit dari abah.
Balik je dari bank terus check berapa simpanan aku dalam SSPN.
Tengok ada RM500++

Tahun 2008 before apply PTPTN kena bukak akaun SSPN.
Dan setelah empat tahun ini lah dia.
Dalam akaun ni aku masukkan RM500 gaji pertama aku dulu.

Bila fikir-fikir balik. Ada jugak kenangan kerja jadi pembanci bertauliah 4 tahun lepas!

jumlah simpanan saya!



Indahnya Sabar.

Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah.





Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah,
Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.

Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com





Besar tak hadiah ni?


BESAR kan hadiah ni!
Untung sapa yang dapat.
Hadiah besar ini untuk pasangan rahman dan afifah
Nak tahu baca entry sebelum ini yer. Klik sini. 

Hadiah ni share dari aku, arip dan dayah.Ex SKBT 38.
Aku dan arip telah mengemukakan cadangan untuk kumpul duit ramai-ramai. Then duit tu boleh guna untuk apa-apa event seperti gathering, reunion, hadiah untuk sapa-sapa yang kawin dan lain-lain perkara.

Dan untuk permulaannya duit tersebut digunakan untuk hadiah kawin rahman.
Besar kan.
Diharapkan hadiah ini dapat memudahkan kehidupan korang sebagai suami isteri yer!
Gambar selepas dibalut. Serius aku lupa nak snap gambar sebelum balut.
Nak tau apa isinya? Sila tanya tuan dan puan yang menerima hadiah.
ok bai.



abaikan tulisan aku yg sangat kreatif itu.



Majlis Perkahwinan Rahman & Afifah



Selamat Pengantin Baru buat Rahman dan pasangannya Afifah!

Sabtu lepas bersamaan 21 april majlis perkahwinan rahman dan pasangannya.
Siapa Rahman? Kawan sekolah rendah saya. batch SKBT38 1995-2000.

 Ada driver khas ambik kat rumah. Thanx ye yana! Sudi menumpangkan saya!
Kalau tak kena naik motor dengan nak bawak hadiah besar tu. Mau tergolek. Hadiah aku story next entry!
Jumpa lah beberapa kawan lama.Yang perempuan yang dalam gambar bawah.
Si kembar ain dan sikin. Bulan november mereka pulak naik pelamin.







Mision tidak tercapai!


hai semua!
Selamat petang.

Matlamat saya bulan APRIL untuk menaikkan sekurang-kurangnya SATU ENTRY SETIAP HARI tidak tercapai.
Mision GAGAL.
Punca gagal adalah Salah pemilik blog sendiri, masa, connection dan ruang!

Connection streamx yang macam biskut chips more. kejap ada kejap takde. Dah berpuluh kali call customer service TM.tapi still sama jugak. lama-lama malas!
Masa yang kurang! Eh yeke. aku agak sibuk lately ke sana sini dan sinu.
Ruang. Rumah tengah renovate. walaupun rumah dah cukup besar tapi sangat sepah dengan harta-harta mak aku. Tempat aku selalu online dipenuhi almari sekarang. Maklum saja laptop aku ni susah dibawak ke mana-mana. Season kan.

Ada masa dan ruang dan segala-galanya aku akan naikkan entry.
Banyak yang aku belum story mory dalam blog tercinta sampai aku dah lupa.

ok.
Tunggu lah next entry. Kot-kot terus UP entry sampai SEPULUH ke kan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat