Wednesday, November 3, 2010

l-l 50 Bloggers diperlukan!! l-l


hello2!!
sejak akhir2 ni sy suke blogwalking!!..suke berjalan2 melawat blog org yg comel2 yg shantekk2...
kenapa??..
sebab sy suke...lalala..sy ade misi!..apekah itu??sy je yg tahu.sorry! tak nak share kat kamu!

Study la jiha!!
Exam dah dekat! (relax2 lg 3 minggu bro!). 3 mggu lagi kau ingt lame ke? pejam celik pejam celik.dah sampai hari exam!

saya study OK!
ni hilangkan stress stdy kejap!..banyak benda nak ingat..formula math...kes mahkamah lagi~
kejap yer nak mengupdate!nnt sambung stdy balik yer!

jalan punyer jalan punyer jalan..
singgah satu page ni 100penulisan...ade 1 entry tajuk dia "50 Bloggers diperlukan"
bace punyer bace..cam best jer
nak try la!
sy memang suke mencuba!...i like! i like!....
kalu join blh dapat kawan baru, plus dapat tingkatkan traffic





sape2 nak join::klik diatas tu yer!


l-l dimanakah Cantiknya Lelaki & Hebatnya Wanita l-l

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


"Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki"


Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


"Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan"


Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”



p/s:: credit to Azieah Azman


l-l no telefon jadi 11 digit l-l


no tepon jadi 11 digit bulan depan???

daripada 8 digit ke 11 digit...

tak macam panjang la no tepon tue kan..

artikal ni dari KOSMO!


CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama




l-l diet Rasulullah SAW l-l


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)



CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.




Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).


Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"




p/s:: credit to Suraya Anuar




l-l Lelaki ucap maaf boleh buat jantung perempuan sihat l-l


lelaki ucap maaf boleh buat jantung perempuan sihat???

wahhh!!!sgt bagus...

kepada lelaki2 sila2 mintak maaf OK!

~~jd xla perempuan2 ni sakit jantung..


mari bace~

sharing is caring right?



Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.


p/s::credit to TokWan








l-l khas buat Siti Arifah Mohd Khalil l-l


entry dibuat khas utk Siti Arifah Mohd Khalil
siape die??
dia kawan baik saya kat UPSI
rapat dgn dia sejak sem 2 kot
mase sem 1 tu kurang kawan dgn die...sbb??..ntah tak tau lah! sbb br kenal kot..
hari ni 3/11..birthday dia!!!
tak dapat wish depan2 sebab dah balik kg sempena cuti
tak dapat jugak nak kenakan dia..siram dgn air ke baling dengan tepung ke kan..
tak dapat celebrate birthday dia ON time
TP
saya dah sambut birthday dia awal
22/10/2010 dah celebrate sekali mase jamuan makan2 akhir sem kelas
dia xtahu pun sy dgn cik iqa beary buat planned jahat tue!
dgn bangga saya & iqa beary berlakon tau..sbb nak cover..macam2 helah..
hoho!!
SUPRISE birthday KEK untuk diorg yg sambut birthday bulan 10 & 11
mangsanyer adelah Syed, Mizan, Ifa, Ain & Sammy..tp sammy xdtg..
berjaya jugak SUPRISE BIRTHDAY tu kan Iqa beary..walaupun banyak halangan dan dugaan.
sangat puas hati dan gembira sbb tgk kawan2 gembira!!



::nie kek khas utk mereka yg birthdaynyer bulan 10& 11

::sesi suap2 kek utk roomate kesayangan saya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat