Sunday, November 28, 2010

:: GiveAway CahayaMyLife ::


MARI DEKAT..MARI DEKAT..
RAPAT..RAPAT..
hoho macam iklan Sheila Rusli jer

hadiahnya handmade coklat Ok
ape tunggu lagi tu??
cepat join!


cara-cara seperti di bawah.

  1. Rakyat Malaysia dan berada di negara Malaysia. [Giveaway akan datang insyaAllah terbuka untuk semua 
  2. Follow blog cahayamylife.
  3. Copy banner giveaway yang ada di sidebar blog ni dan letakkan di sidebar korang. [Mudah orang lain nak join]
  4. Buat entry pasal giveaway ni je. Tak payah berjela sebab pemenang random je.
  5. Tulis blog referral korang dalam entri.[Sebagai langkah menaikkan trafik kawan-kawan yang dah join]
  6. Selepas siap, sila tinggalkan link entry anda di bahagian komen bawah yer. Kalau kotak komen bermasalah, sila beritahu dengan klik di bahagian 'Klik untuk pertanyaan' di atas ye. Pemberitahuan melalui Kotak Sembang tidak dilayan.



l~l berwajah baru l~l

perhatian semua!!!
cik " Silent Thinker " sudah berwajah baru
aku baru aje operate dia...ciap masuk ICU tau

maaf ye cik silent thinker! sbb saya terpaksa ubah awak..operate awk..awak memang dah cukup cantik dulu! saya sgt suke! Tp awak ade masalah!!.. tak boleh berkaler2..tulisan awak tak boleh kaler2...bila aku Post Entry same je kaler tulisan..sy nak kaler2..baru colourful hidup nie..
sayang jugak bila terpakse operate awk.
Tp terpaksa OK!


ini adalah rupa silent thunker yg baru
( sedih seh header tak blh bubuh gambar dah!!!)









:: GiveAway Bicara Kasih ::


mood exam abis dah!!
mari berblog!

kali ni aku nak join "give away bicara kasih "

senang aje caranya..
seperti di bawah ini

Syarat-syarat GA 
1. Jadi follower blog Giveaway Bicara Kasih.


2. Buat entry Giveaway Bicara Kasih ni di blog masing-masing dan letakkan banner di atas dalam entry tersebut dengan tajuk entry "Giveaway Bicara Kasih"

3. Letak banner di sidebar blog. 

4. Tinggalkan link dan email kawan-kawan dalam kotak komen entry ini.






:: Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah ::

Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar


Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.

ii) Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.

iii) Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat