Sunday, February 20, 2011

AKU SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


aku seorang blogger yang aktif
aktif ke?? kira aktif la. Sebab hari-hari aku bukak blog.update blog!
~ kecuali aku betul-betul sangat sibuk yer.

kepada sesiapa yang nak join " aku seorang blogger yang aktif" sila klik nama di bawah
mmudah aje.


:: Lagi kawan aku masuk dalam surat khabar!! ::

kawan aku masuk surat khabar lagi!
Femes kawan2 aku yer sekarang!~Tahniah tatie~ beliau classmate saya mase form 5 dulu. after f5 tak penah jumpe pun. agak2 bila aku nak jumpe dia ek?..
OK.Malas nak merepek. aku share kisah dia yang dalam surat khabar tue yer!
Sila baca!tak baca aku tembak!!!..just joking.
ape pun aku bangga dengan kau tatie!!~

Tajuk : Tatie tak gentar di panah mentari


PROFIL

NAMA: Astitie Hartatie Toha
USIA: 22 tahun
ASAL: Klang, Selangor
TARIKH LAHIR: 22 Ogos 1988
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
AKTIVITI: Aktif dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik


SERING KALI terbabit dengan pelbagai aktiviti lasak, tetapi pada masa sama masih tetap mengekalkan ciri kelembutan sebagai wanita, itulah antara cabaran yang perlu dilalui Astitie Hartatie Toha, 22, dalam mengejar minatnya itu.
Dia yang sememangnya bergiat aktif dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia ada kalanya memerlukannya berkawad berjam-jam lamanya dalam cuaca panas terik jika menghadiri kursus ditetapkan. 
“Pada ketika itu tekanan dihadapi sememangnya tinggi, tetapi tidak bermakna saya tidak mampu melakukannya kerana setiap aktiviti yang dilakukan dilaksanakan sebagaimana kaum lelaki.

“Tiada istilah kasihan kerana masing-masing perlu melaksanakan tugasan diberikan seperti mana orang lain dan di sinilah cabaran sebenar boleh dilihat,” katanya.



Bagaimanapun, minatnya yang mendalam dengan aktiviti lasak tidak pernah sesekali menjejaskan perhatiannya dalam bidang akademik malah, dia kini berada

di tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Gadis manis yang lebih suka disapa sebagai Tatie itu berkata, tidak dapat dinafikan aktiviti masa senggang dan bidang akademik yang diceburinya menjurus pada kemahiran kaum lelaki, tetapi dia ingin membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukannya.

“Bidang Kejuruteraan Geomatik banyak berkisar mengenai kerja ukur tanah sama ada dataran ataupun lautan dan lebih banyak melakukan praktikal berbanding kerja teori.

“Ini bermakna saya perlu bekerja di lapangan lebih banyak berbanding kerja pejabat selain perlu mengendalikan peralatan berat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada mulanya ramai yang beranggapan wanita tidak mampu bertahan dalam bidang geomatik kerana ia memerlukan komitmen di lapangan yang tinggi.

“Rakan sekelas lelaki sering berkata bolehkah wanita melakukannya kerana kebanyakan daripada mereka tidak begitu gemar berada di kawasan panas terik.

“Saya sahut cabaran itu dan membuktikan jika ada kemahuan di situ ada jalan, walau seteruk manapun pekerjaan itu saya akan lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga berkata, disiplin diri amat penting dan sentiasa bersikap terbuka sekiranya ingin bekerja di kalangan kaum lelaki serta buktikan pada mereka wanita juga mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.

Menurutnya, minat dalam aktiviti lasak ini mungkin disebabkan pengaruh kuat pasukan beruniform dalam keluarga memandangkan ayahnya juga seorang anggota polis.

“Walaupun sebagai perempuan, tetapi ia tidak membataskan saya untuk melakukannya kerana yakin dengan kemampuan diri.

“Rasa penat adalah asam garam dalam melakukan perkara yang disukai, tetapi ia amat berbaloi dan saya cukup menghargainya,” katanya.

Selain itu, sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga sifat tegas apabila berhadapan dengan adik-adik lelaki sememangnya sukar untuk dijauhkan.

Tatie berkata, sebagai kakak dia perlu menunjukkan contoh teladan yang baik agar mereka tidak berasakan kakak mereka tidak mampu melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.

“Kedua-dua adik lelaki kini turut menyertai pasukan beruniform dan ada kalanya meluahkan rasa akibat kepayahan yang perlu dilalui, tetapi saya sering berkata jika saya sebagai wanita mampu melakukannya kenapa tidak mereka?

“Ia sedikit sebanyak memberikan semangat kepada mereka untuk terus mencuba dan melakukan yang terbaik agar tidak kalah kepada kakak mereka,” katanya.

Mungkin ramai beranggapan anak perempuan tidak sesuai melakukan aktiviti lasak selepas meningkat dewasa, tetapi baginya jika kena pada gaya dan berupaya mengimbangi antara kerjaya dan minat segalanya boleh dilakukan dengan jayanya.

Malah, ibunya sering kali menasihatinya agar sentiasa menjaga diri kerana walau bagaimana lasak sekalipun aktiviti harian tetap perlu menjaga kebersihan dan kecantikan sebagai wanita.

“Sokongan yang diberikan ibu amat saya hargai dan nasihatnya juga saya amalkan hingga kini kerana sebagai wanita aset yang ada pada diri perlu dijaga sebaik mungkin.

“Jangan sesekali mengabaikannya kerana setinggi manapun kita bertapak identiti diri sebagai wanita perlu dipertahankan,” katanya.

Di samping itu, dia juga tidak pernah lupa untuk menjaga kebersihan kulit wajah kerana mengetahui dengan kegiatan lasak yang dilakukannya pastinya memberikan kesan terhadap kulitnya.

Sebagai wanita katanya, keinginan untuk memiliki kulit yang putih, bersih, lembut dan licin tanpa sebarang cela tidak boleh dipisahkan walau sesibuk manapun aktiviti harian mereka.

“Saya menggunakan set penjagaan kulit Safi Balqis Perfect 10 kerana sukakan tekstur produknya yang ringan dan tidak mendatangkan kesan sampingan memudaratkan.

“Malah, ia dapat mengurangkan kesan berbelak pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Oleh itu, pastikan sebelum tidur kulit wajah perlu dibersihkan dan bebas daripada sebarang kotoran terutama akibat pemakaian mekap.

“Pemakaian krim malam juga penting sekiranya melakukan aktiviti berat seharian bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah dan untuk melindunginya pada siang hari penggunaan krim penghadang cahaya matahari turut memainkan peranan utama.

“Saya hanya melakukan penjagaan kulit wajah yang ringkas tetapi ia perlu dilakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang diingini,” katanya.



sumber: metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat