Wednesday, March 16, 2011

:: terbaiklah azizulhasni & nicol ::

AZIZULHASNI (kanan) dan Nicol menerima anugerah sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010.


JAGUH berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 malam tadi.
Kejayaan itu sekali gus menyaksi- kan Azizulhasni dan Nicol mempertahankan gelaran yang turut dimenangi mereka sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009.
Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Azizulhasni menewaskan pencabar terdekatnya yang juga jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta lima calon lain yang turut berada dalam senarai akhir iaitu Sazali Samad (bina badan), Alex Liew (boling), S. Kumar (hoki), R. Puvaneswaran (karate) dan Mohd. Azlan Iskandar (skuasy).
Anak jati kelahiran Dungun, Terengganu itu yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman membuktikan betapa dia layak merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan 2010 berdasarkan pencapaian yang dilakarnya sepanjang tahun lalu.
Antara pencapaian terbaik yang dilakar pelumba berusia 23 tahun itu ialah memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Siri Piala Dunia Klasik bagi pusingan pertama, kedua dan keempat.
Azizulhasni turut tampil dengan prestasi cukup konsisten apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Jepun.
Selain itu, Azizulhasni juga antara penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dalam acara
keirin.
Dia turut meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India.
Nicol pula melakar sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan dengan menewaskan lima calon lain iaitu Pandalela Rinong (terjun), Elaine Khoon (gimrama), Lim Lee Lee (karate), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Sur- yani Taibi (menembak).
TUANKU MIZAN (depan, tiga dari kanan) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur malam tadi.


Prestasi Nicol, 28, untuk berada di puncak dunia sepanjang tempoh 55 bulan ternyata suatu pencapaian yang membanggakan.
Antara kejuaraan yang berjaya dirangkul Nicol sepanjang 2010 ialah Terbuka Chennai, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Kepulauan Cayman, Terbuka Singapura CIMB, Terbuka Cathay Pacific Sun Hung Kai, Qatar Klasik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Sebelum ini, Nicol pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Selaku penerima anugerah berprestij itu, Azizulhasni dan Nicol masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

sumber : kosmo

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat