Wednesday, May 30, 2012

Shopping Baju Raya




Tak lama lagi raya kan. Aku dah shopping baju raya! Korang dah?
Tahun lepas semua baju beli siap! Aku tak berapa nak puas hati. tak selesa. tangan panjang,kain sengkat dan macam2.
Tahun ni ambik kau.shopping awal2. mak cik tukang jahit pun dah tutup order.
Tapi aku paksa jugak terima!
Kejam betul. Regular customer namanya. mak aku dah pencen menjahit ( malas yg sebenarnya tu).Aku sememangnya tak berminat bab jahit menjahit ni. 


Lokasi membeli belah adalah Jalan TAR/ Masjid Jamek.
Giler sekejap semua cantik! Nampak cantik tapi kena carik yang berkualiti yer!
Pengalaman aku awal tahun aritu. Entah apa si penjual tu baca-baca/sembur-sembur kat aku terus aku beli.Hohoi ngeri betul. 

Dari hujung sana ke sini dan ke sana.
Akhirnya beli 2 helai baju untuk diri sendiri. Mak beli 3 helai. Kakak sehelai aje. Satu daripada bajunya adalah yg di bawah. Aku punya kaler biru.

Tahun ni Insan tak mahu ada eleman ungu atau purple! Sememangnya aku sangatlah suka kaler purple. 
Masa shopping memang buat-buat tak nampak baju kaler purple.




Baju raya korang kaler apa ek?



Wordless Wednesday # 31 Cuplens




Rabu tidak berkata-kata!
Jom minum air!



Makan di Sri Bandung Seaview @ Batu 23, Sg Nibong


#Entry makan-makan!

Lama tak update entry makan-makan kan. Bukan malas tapi aku lupa bawak kamera nak ambik-ambik gambar.HP aku tak canggih takde kamera.Nak update tanpa gambar sememangnya tak best!
Isnin lepas makan kat Restoren Sri Bandung Seaview dekat Batu 23, Sg Nibong. Bukan di Bandung yer!
Senang aje carik restoren ini. Dekat laut.



Gara-gara teringin + plus lama tak makan ajak abah singgah. Aku pergia round pukul 2 lebih. Masa tu yang ada Mee/bihun/Kiew Tiaw bandung dan nasi ayam sahaja. Rasanya petang-petang ada menu lain.

Tapi special kat sini Mee Bandung. 
Dari Mee Bandung biasa, Mee bandung special, Mee bandung ketam, Mee Bandung Udang, Mee Bandung Sotong dan yang paling mahal Mee Bandung Poktek.

Mee Bandung Poktek berharga RM17. Tak tau macam mana. Aku tak order! Mengikut kata pekerja dan gambar yg aku tengok Mee Bandung Poktek tu ada semua seafood seperti ketam, udang,sotong.


Macam ni la rupa Mee bandung poktek


Kat sini ada ABC jugak. Ini dia.Mak punya!aku minum limau ais aje!


Kami order Mee Bandung dan adik aku makan Nasi Ayam.
Inilah Mee Bandungnya!
Sedap!



Harga:
Mee Bandung =RM4.50
Mee bandung Poktek =RM17.00
ABC =RM2.00


# Selamat Menjamu Selera!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat