Tuesday, August 9, 2011

2 Minggu lagi~



Tinggal 2 minggu sahaja di Taiping. Sedar tak sedar dah 12 minggu menetap di sini. Kenangan dan pengalaman berharga.
Sayang rasanya nak tinggalkan anak-anak didik yang diajar. Pelajar-pelajar 6PPUUA, 6 PPURK dan 4V2.
Walaupun mereka agak DEGIL, NAKAL,TAK DENGAR CAKAP. aku pasti akan merindui mereka. Mereka anak didikku ketika bergelar guru pelatih.

Walaupun sayang.Perjuangan harus diteruskan.Aku perlu menghadapi semester terakhir di UPSI.
Habis dengan gelagat pelajar dan akan mula kembali dengan asigment bertimbun-timbun, kelas di awal pagi, TESIS dan sebagainya!..

apa pun perjuangan harus diteruskan!
'


Bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam!






KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama


Bila anak murid tersayang @PPUUA jawab soalan...


Kertas kedua ujian 2.Pengajian perniagaan 1. 
Aku yang risau. Sampai termimpi-mimpi.  Over pulak kau!~Takut budak-budak nie takboleh jawab. Aku punya la takut TAPI budak-budak nie boleh online Facebook. Heran aku budak zaman sekarang esok nak exam malam ni boleh bersuka ria riang gembira. Masa zaman aku dulu tak lalu makan tak lalu tidur kot. Budak sekarang memang bijak-bijak!.

Soalan aku bagi memang senang. sangat senang. tak baca buku pun boleh jawab!


:: FRONTPAGE  kertas ujian PP1::


layan gambar mereka jawab soalan dengan FOKUSnya!








dah dapat skrip jawapan. sgt MALAS nak tanda. dah tengok2. Hohoi macam-macam gaya budak-budak ni menjawab. Pendek ada panjang ada!
apa pun aku harap semua LULUS. Aku dah cuba bantu diorang!






Dan akhirnya.....


Cek dah sampai!
Dan akhirnya berjaya jugak aku cash out kan duit dari Nuffnnang. TERIMA KASIH Nuffnang.
Excited weh. Maklumla 1st time kan. Orang lain dah cash out seribu kali dengan amount yang besar-besar. Aku ni baru RM56 dah kecoh! Lantak la. Blog aku. Aku yang menulis jadi ikut suka hati.
Duit nie nak beli kasut raya!hee...

After aku cash out BE takde! En Nuffnnag sedekah la campaign2 lagi sempena bulan Ramadhan nie.
=)





:: Kali pertama menggubal soalan ::


Wehuu..Tahniah diucapkan kepada diri sendiri!
Sebab aku berjaya menggubal soalan untuk Ujian 2 subjek Pengajian Perniagaan dan Perdagangan. Kau ade ke? TAKDE kan. aku nak belagak sekejap boleh?. aku BOLEHkan je!
Aku berjaya buat soalan untuk Pengajian Perniagaan 1 untuk kelas aku yg tersayang 6PPUUA & 6PPURK.

Terima kasih diucapkan kepada guru pembimbingku kerana beri peluang untuk buat soalan. Satu pengalaman yang sangat berguna!


tengok gambar di bawah untuk bukti ok! Lalalalala~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat