Tuesday, December 13, 2011

13.12.11



13.12.11
Cantik yer tarikh nie.
Ada sapa-sapa kawin. nikah ke. tunang ke hari ni?

apa yg terjadi hari ni? hari terakhir aku hantar asigment.
Dah takde asigment!
Sekarang tunggu feedback tesis je!



Menang Peraduan Jom Tonton Papa I Love You Bersama Artis!!



Yehaaa...Menang Peraduan Jom Tonton Papa I Love You Bersama Artis
Macam tak percaya je.Sila percaya! Maklum lah aku selalu join contest dan jarang la sangat-sangat aku menang.Ada 2,3 kali aje kot.

Ntah bila aku saja-saja join contest ni. Kot-kot ada rezeki boleh menang kan. Dan alhamdulilah rezeki. Menang. So hadiahnya dapat g Pratonton Filem Papa I Love You!
( tgk gambar bawah untuk bukti)

MALAM PRATONTON PAPA I LOVE YOU

Tempat : MBO Subang Parade
Tarikh : 27 Disember 2011 (SELASA)
dapat bawak sorang lagi. dan rasanya nak bawak kakak cantik Iqa Beary.


Soalan contest senang aje. Hehe.Berikut adalah soalnnya

1. Apakah tagline filem ni? (Hint)

2. Siapakah pelakon yang memegang watak ayah kepada Mia?

3. Berikan 1 Pantun khas untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada ayah anda.



papa i love you

papa i love you

Filem lakonan Lisa surihani, Mia  Nasuha, Zalif Sidek 


Sinopsis Filem Papa I Love You

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.


Terbaru : Filem Keramat. Sapa berminat boleh la join contest untuk majlis pratontonnya.
KLIK sini ok 



sumber gambar : MIGOnline & Beautifulnara.com
sumber sinopsis : anizyn 


Ombak rindu [entry telah diupdate}


Ini cerita minggu lepas yang baru nak diupdate.
Sambung dari entri INI. klik cepat!
Ternyata aku sangatlah tak berkesempatan untuk menulis di sini . eh bukan ko ade update blog ke before ni? Iye itu aku update dgn mencurik masa yang ada. Ahaaa.Boleh macam tue.
Teruskan kepada entry ini.tak usah nak merepek!





Last week bersamaan hari ahad bersamaan 4 disember pergi tengok Ombak Rindu. Semua orang sibuk tengok. Aku pun nak menyibukkan diri. Padahal masa tu aku memang sibuk dengan asgment2. 
Bersemangat nak tengok sampai beli tiket secara online. tak pernah-pernah beli tiket on9 .Iqa beary begitu gigih menguruskan tiket! Dapat 5 tiket. satu untuk aku.satu untuk kakak cantik si iqa beary, satu untuk roomate kesayangan saya fafa, satu untuk gadis yg malu-malu Syera dan satu untuk Ecah cha cha.
We all tengok dekat TGV KLCC. Pukul 11.20 pagi. Jauh kau dari Tg Malim ke KLCC. 



inilahmerekayg takbolehbnampakakupegangkamera.


Ada yang kata cerita ni sedih, habis tisu lah katanya.
Ada pulak yang kata lawak/ kelakar. tisu tak luak langsung.
Ni aku pulak nak kata cerita ni ada sedih dan kelakarnya.  Tapi macam banyak yang membuatkan kite ketawa je. pada aku scene tu tak lawak pun tapi harris menjadikan scene tu lawak.




Part sedih dan menyentuh jiwa  dalam cerita ini masa 
[1] Harris mengamuk dan marah giler kat izzah sebab ingat Izzah pregnant. Scene Izzak kena tolak tu.
[2] Harris kemalangan.Masa dekat hospital. Then Masa mak harris halau Izzah keluar dr hospital



[3] Mak harris halau Izzah keluar rumah. Telefon , kunci kereta semua kena tinggal. Dah la masa tu hujan.
dan ada beberapa lagi


Part menyampah aku rasa :
Semua yang ada mak Harris. Si Datin Sufiah yg tak sedar diri.
Waktu Mila balik Malaysia. Scene kat Airport. Tak berkenan sungguh aku tengok si Mila tu.



So far aku rasa cerita Ombak Rindu ni Ok!Suka dengan Sinematografi. Serius cantik
Tahniah  kepada pengarah dan para pelakon. 
 Sebenarnya aku suka part yg Harris bg jam tangan kat Izzah & Izzah bagi jam tangan kat Harris. Mas kawin katanya!


p/s: Sokonglah industri filem Malaysia.
Kutipan filem ini dah 9Juta.Tahniah.


Selamat Malam Dunia!.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat