#Masterchef Selebriti
Selepas Tanuja tersingkir ahad lepas, kini tiba giliran Jehan Miskin.
Ujian penyingkiran kali ini disertai oleh ahli pasukan Biru iaitu Farouk Hussain, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan Jehan Miskin. Mereka telah tewas dalam Cabaran Sajian Luar kepada Kumpulan Biru dalam menghasilkan hidangan berasaskan coklat di Cocoa Boutique, Saloma Bistro
Dengan tema Kari Hari ini, mereka dikehendaki
menyediakan rempah kari daripada awal dan menyediakan satu hidangan lengkap berasaskan kari. Sebelum itu, Chef Adu Amran telah menunjukkan cara-cara menyediakan rempah kari dengan sukatan yang betul. Demonstrasi ini sekurang-kurangnya menjadi panduan kepada mereka untuk menghasilkan serbuk kari citarasa mereka sendiri.
Masa yang diberikan adalah
5 minit untuk mengambil seberapa banyak bahan di dalam pantri dan 60 minit pula diberikan untuk menyediakan hidangan kari yang lengkap bersama nasi. Hidangan-hidangan yang telah dihasilkan adalah:
1. Farouk Hussain - Kari Ini Hari Dalam Sejarah
2. Juliza Adlizan - Kurma Tok Terengganu Dan Nasi Tomato Bersama Acar Rampai
3. Soo Wincci - Wincci Sweet Curry
4. Jehan Miskin - Kari Hari-Hari Mau
hidangan terakhir dari Jehan Miskin
Setelah penilaian dilakukan, juri mengambil keputusan dan mengumumkan Jehan Miskin tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia
Kari Ini Hari merupakan Kari terakhir yang dihasilkan oleh Jehan Miskin di dapur MasterChef Selebriti Malaysia. "Kari Hari-Hari Mau" yang dihasilkan oleh Jehan Miskin adalah yang terakhir sebelum tersingkir dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia.
Jehan Miskin yang mewakili Malaysian AIDS Council berjaya mengumpul derma sebanyak RM5000.