Tuesday, September 13, 2011

Telco tangguh caj 6 peratus



Celcom, Maxis, DiGi, U Mobile terima nasihat Perdana Menteri 

KUALA LUMPUR: Empat syarikat pengendali utama telekomunikasi di negara ini semalam bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuat kuasa Khamis ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat syarikat terbabit selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
“Setelah mengadakan perundingan dengan empat syarikat telekomunikasi utama yang terbabit dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuat kuasa seperti yang diumumkan sebelum ini. 

“Perbincangan membabitkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu, semalam. 

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly; CEO Kumpulan, Digi Henrik Clausen; CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee. 

Pengguna telefon bimbit prabayar Khamis lalu dikejutkan dengan pengumuman bersama syarikat telekomunikasi bahawa mereka akan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian pek atau kad SIM prabayar, berkuat kuasa 15 September ini. 
Berikutan pengumuman itu, banyak pihak termasuk persatuan pengguna membantah langkah itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana hanya membebankan rakyat terutama pelajar. 

Rais juga berkata, penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan. 

“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian mengenai isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik untuk mengenakan cukai perkhidmatan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya,” katanya. 

Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet akan datang. 

Sehubungan itu, beliau berharap isu cukai perkhidmatan itu tidak dibangkitkan lagi kerana syarikat telekomunikasi berkenaan sudah menangguhkan pelaksanaan caj itu. 

Rais berkata, bagi menghargai syarikat telekomunikasi yang membayar RM6 bilion melalui hasil cukai perkhidmatan kepada kerajaan sejak 1998 serta peranannya dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada hampir 26 juta pengguna telefon prabayar di negara ini, beliau akan menyarankan agar kerajaan memberikan penghargaan atas sumbangan itu. - BERNAMA 







Jadual Final Semester..Semester 8~ updated


UPDATED..
jadual terkini. Tambah 2 jam untuk kelas seminar refleksi latihan mengajar.
lepas ni nak tambah 2 jam lagi untuk projek tahun akhir.
Damm...penuh jugak jadual aku nanti..


Cuainya aku!!!


CUAI!
Hampir hilang handphone!Walaupun handphone ni agak bengong akhir2 nie. aku tetap sayang ok!

itu yang berlaku hari ini. 
Kerana excited aka terlalu bersemangat dan rajin nak carik buku kat library.
Hari pertama dah pinjam buku kat library. Memang pelajar CEMERLANG kau!
Buku kat library LIMITED. So kena cepat. Lambat memang tak dapatlah buku tu. Buku ada SATU je.Student BERPULUH-PULUH orang.
Nak dijadikan cerita. Handphone tertinggal dekat computer web OPAC level 1.
Dah sampai level 2 baru perasan HANDPHONE TAKDE.Tak macam GILER sekejap pulak. SENTAP terus.
Tak fikir apa dah. Mana handphone aku??itu je aku fikir. 
Berlari ke level 2 di mana tempat nak carik buku. TAKDE!terus fikir POSITIF.
Fikir mana-mana tempat aku singgah. Nak kata masa letak beg. aku dah angkut semua dah.
Terus ke computer web OPAC level 1. OK. terus lega nampak handphone buruk aku. 
Terus tersenyum dan marah diri sendiri. CUAINYA kau JIHA!!



moral of the day: berhati-hati dengan barang sendiri. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat