Saturday, April 2, 2011

update!~ spaghetti..


ini lah hasil spaghetti yg di masak oleh Iqa beary untuk lunch td.
Nyumnyum..sedap...

:::Spaghetti:::



uols nampak gambar atas tu.gambar tu aku pinjam dengan En Goggle~Sapa tak nampak pergi pakai cermin mata sekarang.
Spaghetti!! Jadi orang putih~
Hari ni makan Spaghetti. Iqa Beary baik hati plus sgt rajin masakkan untuk rumah kami hari ni. Dia masak Spaghetti Meatball.



p/s:will update bila dah siap nanti ya.


Note yg dikarang oleh Iqa Beary ::Stick with me ::



saya sangat terharu okey dengan note yg dikarang oleh Iqa Beary dalam FB dia.Serius terharu.Siap nangis malam semalam. tajuk note itu :: Stick with Me ::
Iqa Beary berbakat menulis sebenarnya.Dia bercite2 nak jadi penulis novel.Walaupun aku tak suka sangat baca novel.aku akan bace tau..tanda support kau.aku doakan kau berjaya nanti kaka.
Mahu update di sini takut2 esok lusa dah tak boleh bukak FB kan..


:: Hanya  Dengan Sekeping GAMBAR,  mampu mengekalkan sebuah memori yang terpahat pada satu nilai yang  sangat  tinggi dan berharga::
:: Hanya Dengan Sekeping Gambar, segala cerita dapat dirungkai tanpa perlukan penjelasan::
:: Hanya Dengan Sekeping Gambar,  ukhuwah persahabatan terjalin dengan erat dan kukuh::
:: Hanya Dengan Sekeping Gambar, kemesraan terserlah tanpa perlu diucapkan::
:: Hanya Dengan Sekeping Gambar, memori Aku dan Kamu tercipta::
:: Hanya Dengan Sekeping Gambar, ia memberi 1001 cerita suka dan duka Aku dan Kamu:: 


>> :: I will always be beside you until the very end:: <<
>> :: Wiping all your tears away, being your best friends:: <<
>> :: I will smile when you smile and feel all the pain you do:: <<
>> :: If you cry a single tear, I promise I will cry too my dearest:: <<

" Aku Bukan Teman Terbaik Untuk Kamu, Tapi Kamu Teman Terbaik Untukku"
STICK WITH ME TILL MY LAST BREATH ...Insya Allah..(^__^)
Kamu Teman Terbaikku Dunia dan Akhirat...
with our kakak..sgt suke menyakat..missed her damn much..Kak AINI..
teman2 ku Echa dan Syera...sgt2 baik!!
with ATIQAH NAJIHA..

jiha dan aku ibarat kembar di Uni..tu yang lahirnya ATIQAH NAJIHA..dia sgt baik!!
Huda..sgt manja orgnye..
ifa aka fafa..(pink)

fafa beary..our name..
she's great..sume bnd die tahu..library bergerak kami..hehe
eiza..bdk kluang..our chantek gurl dlm kelas..sgt baik!!..duan bdk ganu..lelaki yg agak rapat di antara ramai2 lelaki dlm kelas..suke menyibuk amik gambar..:P
with our sister..Kak Lyn..dua sem kite duduk bersama..ur great sister..=)
its me..Tiqah@ Iqa@Kaka@Iqa Beary@Beary..all the names my bff yg panggil..ur great bff!!


note ditulis oleh Iqa Beary..Hanya share dan menyimpannya kenangan ini disini.
Freindship Forever!~
Kawan sampai mati.


 

Misi Menyiapkan kajian tindakan!


sekarang pukul 2.30 am. Aku NGANTOK. Tapi tetap jugak nak berusaha siapkan kajian tindakan ini.
Dalam misi untuk menyiapkan. Hari Ahad mesti dah siap dan print.
Baru siap bab 1. Bab 2 takde idea terus. Jadi aku nak pedi lompat terus bab 3!
aku ngantok + kepala dah mula dizzy.
lagi setengah jam nak tdo.
wish me luck! Berjaya siapkan kajian tindakan ini.
Sebabnya aku belum sentuh lagi nak analisis kajian rintis tesis. Next week nak present dah.

Harga Minyak Petrol Ron 97 naik lagi

Harga minyak naik lagi. Dengan bangga tadi aku lalu stesen minyak tak singgah pun isi minyak motor. Okey~ padan muka kau jiha. Damm! Esok je isi.
Lepas ni naik basikal ajelah pergi kampus. tak payah naik motor..Sebab harga minyak naik. 
Sila baca artikal bawah ini.
PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.
Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.
Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.
RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.
Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.
Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
sumber : mStar Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat