Friday, November 5, 2010

l-l tak makan 4 tahun?? l-l

Budak 4 tahun tak makan selama 4 tahun



GAMBAR menunjukkan tiub dimasukkan ke dalam perut Daniel Harrison.


CARLTON - Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.

Fobia yang dihidapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.

"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.

Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.

Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.

- Agensi

:: SUMBER: Kosmo!







l-l buat aku tersenyum l-l


buat aku tersenyum..
entry ini dah macam tajuk lagu kumpulan sheila on 7 jer...( i tak tiru tau...title ni sbb mereka dapat buat aku tersenyum)
siapa mereka?
anak2 buah aku lah! takde org lain
mamat ridha dgn cik raudah yg sgt comel


they always make me smile
suke sgt2 tgk telatah mereka
saya ade 3 org anak buah!
eh2 dah nak masuk 4 tau!..tggu awal tahun depan dilahirkan..bulan januari!
bertambah riuhla umah nenek kan!~
sgt2 syg mereka..



:: picture jalan2 dgn mereka









l-l Gunung Merapi l-l

Gunung Merapi catat letusan paling kuat


GAMBAR yang dirakamkan dari Klaten menunjukkan Gunung Merapi menghamburkan gas panas dan debu di Pulau Jawa semalam.


GUNUNG MERAPI, Pulau Jawa - Gunung Merapi kembali meletus dengan mengeluarkan gas panas dan debu setinggi 4,000 meter ke udara selain mengalirkan lahar dalam satu letusan kuat pada awal pagi semalam, namun tiada kematian baru dilaporkan.

Seorang pakar gunung berapi Indonesia, Surono memberitahu, letusan itu tiga kali lebih kuat berbanding letusan pada minggu lalu.

"Ia letusan yang luar biasa. Nampaknya, kita mungkin memasuki peringkat yang lebih teruk sekarang," kata Surono.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Jawa Tengah, Djarot Nugroho memberi amaran bahawa wang untuk membeli mi segera, air bersih, ubat-ubatan dan bekalan lain akan habis dalam tempoh lima hari untuk membantu lebih 70,000 penduduk yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Askar-askar membawa golongan wanita dan kanak-kanak ke dalam trak, ketika batu dan debu gugur dari langit.

Letusan itu turut menyebabkan sejumlah kenderaan, pokok dan jalan-jalan di bandar-bandar yang terletak sejauh 130 kilometer dilitupi debu.

Seramai 44 orang terbunuh sejak Gunung Merapi yang setinggi 2,914 meter itu meletus buat kali pertama pada 26 Oktober lalu. - AP


p/s: sumber dari Kosmo!








l-l SAYA suke l-l


sy suke picture ini!!
t.kasih kepada en photographer...



l-l bertapa d KL Sentral l-l


hari ni aku bertapa berjam2 kat KL Sentral
sume gara2 adik aku lah
ni la bdak manje! (adik aku yer bukan aku)
tak penah balik sendiri dr Hostel....selame ni mak amik,abg aku amik...Sedap betul kau kan
ni 1st time adik aku balik sendiri~
kire-kire ko balik masuk dalam Book Of Record ni dik!!


oh lari tajuk pulak kan
berbalik kepada tajuk di atas
aku bertapa berjam2 kat situ..sorg2 tak tahu nak buat ape kan..takkan aku nak berjalan2..kehulur hilir sorg2..tak de keje tau..buat penat aje!..lgpun beg aku tu berat dgn barang2 yg mak kirimkan tok cucu2 kesayangan...sape lagi?? mamat lah!
selame aku bertapa tue macam2 gaye org ak tgk..bukan tak penah tgk...tp hari ni bertambah macam3nyer..












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat