Tuesday, July 15, 2014

Jom Ke Dapur : Kuih Cara Berlauk


Jom Ke Dapur lagi.
Sudahkan anda menjenguk Jom Ke Dapur : Apam Balik? Siapa belum sila jenguk ye.

Kuih Cara Berlauk.
Di request oleh roomate kesayangan saya.
Mak memang tererr buat. Tapi aku tidak. 
1st try. Selama ni buat kuih cara biasa ...yang warna hijau...yang manis itu.

Taraaa..abaikan rupanya yang x berapa lawa itu.
Biar x lawa tapi sedap!



Bahan-bahan 

( Adunan tepung)
1 Cawan tepung gandum
1 biji telur
2 Cawan air
pewarna kuning
secubit garam (ikut suka)


 ( Inti)
100 gm ayam ( cincang halus)
1/2 biji bawang besar ( cincang halus)
2 ulas bawang putih ( cincang halus)
halia ( cincang halus)
3/4 sudu besar remapah kari ( Baba's/ Adabi/ apa sahaja)
Cili boh / cili kisar ( ikut suka banyak mana)
Garam dan gula ( secukupnya)
Air


(Hiasan)
Daun Sup(racik)
Bawang goreng
Cili besar ( racik )


Cara-cara 

(adunan tepung)
Campurkan semua bahan dan blend sehingga sebati

( inti )

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih , halia dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam dan air. Kacau sehingga masak.
3) Masukkan gula dan garam secukupnya.

 ( kuih cara berlauk )

1) Panaskan acuan.
2) Sapu setiap cetak acuan dengan mentega/ minyak
3) Tuang adunan tepung kuih cara dalam acuan. Tuang 3/4 penuh.
4) Biarkan sekejap. Masukkan inti dibahagian tengah dan tabur cili merah, hirisan daun sup dan bawang goreng. ( Inti ikut suka, banyak atau sikit)
5) Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. ( biar cepat masak)
6) Biar dalam 30 saat- 1 minit atau lebih. Buka dan bila permukaan kuih kering boleh angkat
7) Ulang sehingga habis.
8) Siap untuk di makan.


 Peringatan: Sila pastikan anda mempunyai acuan.Macam bentuk acuan di pasaran.
 Kalau tidak akan jadi macam lempeng itu.





Senang kan! Selamat Mencuba semua.
Jumpa lagi dalam Jom Ke Dapur di lain masa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat