Tuesday, January 3, 2012

Seketika di Pullman hotel and resort, Putrajaya


Cerita tahun lepas. Baru nak dipublish. Takpe! Baru masuk hari ketiga tahun 2012.
Tak sempat nak menaip lah sebenarnya ( Oh pengakuan jujur!)



25 december 2011 ke Putrajaya. Lokasi Pullman Hotels and resort.
Wallah memang cantik. Serius! tak percaya tengok gambar-gambar ye.
Tujuan utama ke sana untuk ke Succes training seminar atau nama timangannya STS. First time join STS.Ini under Herballife. Produk herballife pun tak try lagi. 
Talk to event tu Ok! Best! Semua orang yang datang tu bersemangat. Orang-orang yang positif. Aku dengan fafa mula-mula blurr.then ok lah faham.enjoy.
From STS tu serius kagum dengan diorang! Muda-muda lagi dah ada income beribu-ribu. Memang gigih dalam herballife.

Tutup cite STS! Nak cerita Pullman pulak! Hohoi dah tersasar dari tujuan ni!
Sambil menyelam minum air lah kan. Bukan senang nak masuk ke Pullman Hotel and Resort tu. Mahal kot kalu bermalam kat situ.












Ok itu sahaja!



Ini tesis saya!



Alhamdulilah.
Akhirnya tesisku siap!
Setelah bermacam-macam dugaan yang mendatang dalam usaha menyiapkan tesis ini.
Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam menyiapkan tesis ini.

Yehaaa. Dah grad yer!


 tajuk tesis saya


pandangan hadapan tesis


pandangan sisi



Syukur Alhamdulilah
Usaha tangga kejayaan!



Final Exam Final Semester


Final exam final semester. Sampai ada dua perkataan "final" disitu. Almaklumlah dah final year kan.
Tak lama lagi bakal meninggalkan UPSI.
4 tahun rasa sekejap aje. Rasa macam baru semalam masuk. (ayat tak boleh belah)

Orait. Sebenarnya nak cerita pasal exam final semester.
hari ini paper pertama. Killer paper!
E Commerce atau dalam bahasa melayu E Dagang.
Paper pertama ni agak kecewa! Serius! Soalan senang kot tapi aku macam tak boleh jawab. banyak jawab ikut kepala aku. sebab masuk je dalam dewan peperiksaan tadi aku macam hilang ingatan.tak ingat apa-apa.
hayooo...tak banyak aku ingat tapi aku jawab semua tanpa tinggalkan ruang kosong!
Harap-harap semua jawapn ok dan diterima!

habis exam sempat pulak bergambar dekat PC. PC stand for Proton City. Exam pagi tadi dekat kompleks Proton City! Exam sebelah kilang Proton weh. korang ade?.Takde kan.
hari ini kali terakhir menjejakkan kaki ke Kompleks Proton City. Next exam dekat area kampus UPSI aje.





next paper
11/1/2012 - Pengajian perdagangan
13/1/2012 - Pengurusan Perubahan Organisasi


wish me luck ok!





7000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ditemuduga~

Alhamdulilah..
7000 graduan ISMP ditemuduga.


Lulusan ijazah perguruan ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan nasib kira-kira 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) termasuk 5,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang belum ditempatkan akan ditemuduga bulan ini, sebelum mereka yang layak ditempatkan di sekolah terpilih bermula Mac depan.

Bagaimanapun, penempatan lepasan ISMP yang belum menjalani proses temu duga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) tertakluk kepada kekosongan, opsyen dipilih dan cukup syarat kelayakan.
Difahamkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas peringkat Kementerian Pelajaran minggu lalu selepas kerajaan menyelesaikan isu membabitkan lebih 13,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dengan 60 peratus darinya bakal diserapkan ke jawatan guru tetap selepas ditawarkan mengikuti kursus perguruan, juga mulai bulan ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika mengesahkan penempatan graduan ISMP, meminta lepasan guru itu bersabar kerana proses berkaitan sedang berjalan.

“Kita minta yang belum dapat penempatan kerja supaya bersabar kerana SPP sudah mendapat senarai semua IPTA untuk dipanggil temu duga. Apapun pelantikan itu akan dibuat berasaskan kepada kekosongan (di sekolah seluruh negara), opsyen dan cukup syarat kelayakan,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kedudukan 7,000 lepasan ISMP yang belum ditawarkan tempat menyebabkan ada di kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan sesuai.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memberi jaminan untuk menyerap 7,079 GSTT ke jawatan tetap di seluruh negara selepas menawarkan pihak terbabit peluang mengikuti kursus dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPTA terpilih, dengan sebilangan daripada mereka ditawarkan menjadi guru kontrak yang dibayar gaji mengikut hari, bermula tahun ini.
Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata kira-kira 3,000 graduan termasuk lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dan lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sudah ditemuduga bermula November lalu, dijangka ditempatkan di sekolah terpilih bermula bulan ini.

Sementara itu, Penyelaras Gabungan Graduan ISMP Malaysia, Abdul Rahman Usman menyambut baik jaminan kerajaan dan berharap masalah itu diselesaikan dengan segera kerana ada di kalangan lepasan ISMP yang menganggur sejak empat tahun lalu.

Katanya, kebanyakan majikan tidak berani mengambil graduan ISMP sebagai pekerja kerana khuatir mereka akan meninggalkan syarikat selepas menerima tawaran mengajar.



sumber: beritaharian online 3/1/2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat