#On Air.
Sapa tengok sila angkat tangan.Oh!Macam la aku nampak sapa yang angkat tangan.
Aku tengok Diari On Air Ep1 je. Yang next tak tengok.Lupa!
Tapi Studio Penyingkiran aku tengok.
Peserta yang tersingkir Ishabella. dan Anas Farhan tarik diri. Sepatutnya Azfar yang tersingkir. Azfar dimasukkan semula untuk menggantikan anas yang tarik diri.
Kini tinggal 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan.
Peserta terbaik minggu 1 adalah Hakim dan Dahlia
Maklumat lanjut sila baca yg bawah itu.
Minggu pertama perjalanan 20 perantis ON AIR telah berakhir dengan
1 peyingkiran daripada Perantis Wanita dan 1 penarikan diri daripada Perantis Lelaki. Ishabellah daripada perantis wanita telah diumumkan sebagai perantis pertama meninggalkan ON AIR manakala Anas Farhan mengejutkan kesemua perantis apabila menarik diri daripada menyertai ON AIR. Hasratnya untuk menarik diri telah disampaikan kepada Anchor seawal pemilihannya melalui panggilan telefon. Pihak fakulti telah bersetuju dengan hasrat Anas dan membenarkan Anas menarik diri.
Studio Penyingkiran ON AIR yang pertama telah menyaksikan nama-nama yang kurang digemari oleh kebanyakan perantis melalui undian yang telah dilakukan, antara nama yang disebut adalah Azfar, Hafis, Norsiah dan Shakirin. Beberapa perantis juga dipanggil untuk menjelaskan pemilihan mereka yang ingin disingkirkan. Keadaan juga menjadi agak tegang ketika sesi ini berjalan.
Namun, semua pilihan sebahagian besar perantis untuk disingkirkan bukanlah keputusan mutlak mereka. Segalanya ditentukan oleh Aznil Hj Nawawi (Anchor), Datin Seri Normala Samsudin (Co-Anchor) dan Azrinaz Mazhar Hakim (Co-Anchor Jemputan) melalui tugasan "Stand Up" yang telah mereka lakukan minggu ini.
Perantis yang diumumkan tersingkir pada permulaannya adalah Azfar untuk Perantis Lelaki dan Ishabellah untuk Perantis Wanita. Namun apabila Anas Farhan menarik diri, Azfar diberi peluang kedua di ON AIR bagi menyeimbangkan bilangan perantis yang ada sekarang.
Studio Penyingkiran ON AIR juga telah mengumumkan 2 perantis yang telah melakukan tugasan dengan baik berbanding perantis yang lain. Perantis Wanita Terbaik Minggu Pertama adalah Dahlia dan Perantis Lelaki Terbaik Minggu Pertama adalah Hakim.
Kini 18 Perantis akan meneruskan cabaran ON AIR minggu hadapan! Apakah tugasan yang akan diberikan kepada kesemua perantis ini? Saksikan Diari ON AIR, setiap Rabu hingga Sabtu, 10 malam di Astro Ria (104)
Saksikan Diari ON AIR
Rabu - 10 malam
Khamis - 9 malam
Jumaat - 10 malam
Sabtu - 10 malam
Studio Penyingkiran ON AIR
Ahad, 10 malam