Tuesday, June 25, 2013

Aku dipostingkan di Sarawak.





Nampak atas tu SARAWAK. Aku dah update tentang dapat surat posting sarawak sebelum ini.
Ini edisi teknologi.Check online.Hari baru dapat masuk gara-gara tak boleh masuk semalam. Jammed kot! Semua nak bukak kan.

Bukan aku saja.Hampir semua budak kelas posting Sabah dan Sarawak!
Sarawak lebih ramai nampaknya.
Daripada 25 orang. 3 orang kekal interim, sorang selangor.sorang penang dan selebihnya Sabah dan Sarawak. Memang nak bagi pengalaman merantau!
Sejak kecik dekat rumah aje! Sekolah pun sebelah rumah. korang ada?
Masuk Universiti pun dekat.Sempadan aje Sabak Bernam dgn Tg Malim.

Jadi ni nak bagi aku pengalaman merantau kot.Itulah suka sangat cakap nak rasa balik kampung. Suka sgt cakap dekat Encik M nak rasa balik kampung. Memang termakbul terus!

Alhamdulilah.Syukur.Allah memberikan rezeki ini.
Walaupun pada mulanya rasa sangat sedih! Nangis okey!
Tapi lepas fikir-fikirkan ini semua perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dan Terima dengan hati terbuka dan ikhlas. Ikhlas tu penting kan!
Tanamkan dalam diri nak didik anak bangsa tak kira di mana dan nak balas jasa mak abah yang dah banyak sangat2 berkorban untuk aku.




next update lagi yer!Penuh la lepas ni perjalanan seorang guru.
Selamat malam semua!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat