mahu join?
Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..
Pahit, manis, masam, kelat..semua ada! cerita satu kenangan je ke? aku nak cerita lebih boleh? Boleh ke tidak..Boleh ke tidak? Aku bolehkan jer..Hee..
Ni antara kenangan manis okey..
Masa f6! mak aku sanggup teman aku study! kau orang ade? takde kan.Sila jgn jeles! Mak aku kejut pagi2.pukul 4,5 pagi.Suh study~aku dgn malsnya nak bangun.mak aku kejut jugak sampai aku bangun. Sian mak tau. mak teman aku study, siap buatkan air. mak pun stdy jugak tapi buku dia lah, buku agama.mula-mula memang macam susah tapi lama2 ok..jadi biasa.Berkat usaha tu aku dapat jadi TOP 10 sekolah masa STPM! Pelajar cemerlang STPM!~Terima kasih MAK! kalau mak tak paksa mesti tak dapat kot. Setiap apa yg mak cakap tue mesti dgr!
Ni manis jugak tau. mak aku selalu tunaikan apa aku nak! aku pun selalu tunaikan apa mak nak. adilkan...heeeee....Mak aku sanggup berkorban utk aku! aku pun.teringat masa aku demam teruk, aku cakap nak bubur. Mak buatkan. aku nak roti pun mak buatkan.
panjang2 aku cerita sampe tahun depan kang..hee..
Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
dua-dua aku lebih! mak dgn abah! saya anak mak dgn abah okey~
Tapi saya lebihkan MAK sy!
mase kecik2 aku anak abah~ sebab mak sibuk jaga arwah abg aku.
Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua
Tinggalkan kat rumah orang tua? TAK SANGGUP LANGSUNG!time diorang dah tua la kite nak jaga diorang~nak balas budi mereka. Jaga kite sejak lahir sampai besar nie.Banyak sangat berkorban untuk aku! Memang tak mengenang jasa betul sapa yg sanggup anta mak dan ayah mereka ke rumah orang tua tue! seorang ibu boleh jaga berpuluh2 anak.Takkan kau tak boleh jaga mak ayah kau sorang tue~ aku EMo sikit kalau pasal mak ayah ni tau~
Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka
kerana harta sanggup bergaduh adik-beradik! sangat la tak patut! hey tu harta mak ayah korang,diorang susah payah bekerja carik harta tue. korang senang2 je nak! tak patut okey!
Apa aku boleh cakap diorang yg sanggup bercakaran tu kan pendek akal, takde hati perut~ pasal harta nak gaduh dengan adik beradik ke.putus ikatan persaudaraan. haishh..tak patut tue. duit tak boleh dibawak mati kan. apa kata korang usaha carik harta sendiri~