Tuesday, June 5, 2012

Muffin Chocolate Chips



#Muffin lagi.

Kali ni Muffin Chocolate Chips.
Sebelum ini Muffin Vanila 

Tahap kerajinan untuk mencampak-campak bahan sangat tinggi. Tiba-tiba rajin pulak yer.
ini gara-gara hasutan kakakku.
Sembang-sembang muffin lah apa lah. 
Ini pun kali pertama buat sendiri Muffin Choc chips. Sebelum ni beli tepung instant aje. well malas masa tu!
Ok malas cite panjang-panjang.Jom tengok resepi.Sangat mudah






#RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS


BAHAN-BAHAN:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko* 
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar ( tak kisah brand apa pun)
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips (lebih pun boleh)


CARA-CARA

[1] Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
[2] Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
[3] Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
[4] Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
[5] Sejukkan dan hidang.


Tambahan
sangat mudah. Tak payah pakai mixer. Pakai senduk aje.Kalau pakai mixer agak kurang jadi atau tak jadi namanya. Kalau tak merekah tak jadi tau.




SELAMAT MENCUBA. RASA MALAS BOLEH ORDER. 
TINGGALKAN KOMEN OK








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat