Friday, December 3, 2010

:: 111::

111
satu satu satu
nombor yang cantekkk..

apa ada dengan no itu??
ahhaa!!~tu bilangan follower aku setakat nie..
hoho! baru 111 ke?..Ok la tue..ade jugak yang sudi jadi follower aku kan.


l-l Blog oh Blog!! l-l

segmen hujung minggu bersama abg Ben
" Blog oh Blog "

mudah sahaja!~ 

image


Usia anda berblog.
blog saya berusia 1 tahun 3 bulan 16 hari...berapa jam berapa minit berapa saat malas nak kira lah..


Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
takde sape yang mempengaruhi saya untuk buat blog!~ saya suka-suka nak buat! saya suka mencuba sesuatu yang baru~ try and error!!~ dan akhirnya wujud "silent thinker" yang memang silent nie...eh silent ker??..

Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog.
Blog? apa sebenarnya blog?..aku pun agak blurr dulu-dulu..bagi aku blog satu tempat untuk kite menulis! tulis ape aje.isi hati~luahan hati~ blog like a diary! kite boleh tulis ape aje..Syokk woo...hari ni kite tulis..esok-esok,minggu depan,bulan depan, tahun depan pun bleh bace tau!~

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog.
Blogger-blogger terhebat~ Ben Ashaari~ akmalhilmi ~zack entry ~ dan alin-lain..banyak lah!

Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT.
bab buta IT ni..sian betul.aku cakap blog diorang kata " Block"..hoi2.."Blog" la..ko xpernah dengar ke...Blog tue satu ruang untuk kite menulis. macam buat diary. ko nak tulis ape pun boleh. nak share ape pun boleh. nak promote buat bisnes pun boleh.Free of charge OK! tak payah bayar walaupun seposen.Boleh buat duit lagi kalau pandai. 

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda?
blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian saya??
ya! of kos!
sehari tak meluangka masa dengan berblog boleh demam kot!..kecuali la aku kena masuk hutan ke pegi mane-mane ke yang tak boleh connect internet kan!
macam-macam ada dalam blog.
bisnes,informasi,tutorial dan sebagainya!
Kalau tak tahu resepi nak masak, ade blog yang bagi resepi, kalau yang rajin shopping tp malas nak pergi mall@ shopping market,boleh eli online aje.senang kan.tak payah bazir duit naik bas ke LRT ke kan.
Banyak blog yang memberi informasi terkini.yang sangat bagus.Haa..macam blog saya.[ aku promote blog aku kejap nie yer..] aku selalu jugak berkongsi maklumat.selalunya aku baca artikal ke berita ke hadis ke surat khabar ke. kalau rase info sangat bagus dan berguna aku akan share! tak percaya cube tengok blog aku OK!sharing is caring! right!
Blog ni sebenarnya dapat mengisi masa lapang kita. Kalau bosan tahap cipan tak tahu nak buat ape tu boleh melawat-lawat jiran sebelah,jiran tetangga kan.dapat meluaskan pemandangan!
Satu lagi aku nak buat pengakuan berani mati!~nuffnang sebenarnya yang memberi motivasi kat aku untuk lebih rajin menulis di Blog~ aku tak la kejar sangat! tapi kejar jugak lah. Tapi memang rasa seronok bila tengok akaun nuffnang tu berubah-ubah!~ macam B.Earning naik! memang Best!~
Dengan berblog jugak aku makin bertambah kawan! saya memang suka berkawan OK!~



:: Bulan-bulan Islam ::

mood: mari berkongsi!~
jom baca!
1 Muharram bakal menemui kita beberapa hari sahaja lagi. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.
(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.
Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

:: Rusia, Qatar terpilih ::


[ZURICH] Rusia berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2018 manakala Qatar terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Keputusan itu diumumkan selepas undian dijalankan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Switzerland malam tadi.
Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter selepas kempen melobi oleh negara-negara yang menawarkan diri sebagai tuan rumah telah menyaksikan ramai pemimpin politik dan personaliti sukan dunia berkumpul di sini.
Rusia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dengan mengetepikan tiga calon dari Eropah yang lain iaitu England, Sepanyol/Portugal dan Belanda/Belgium.
Qatar pula dipilih tuan rumah Piala Dunia 2022 mengatasi empat calon lain iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
“Kita akan ke tempat baru. Belum pernah pusingan akhir Piala Dunia dilangsungkan sama ada di Rusia atau Eropah Timur dan juga Timur Tengah atau negara-negara Arab,” kata Blatter.
Piala Dunia 2014 akan berlangsung terlebih dahulu di Brazil. – Reuters

l-l Bas Untuk Wanita l-l



Bas untuk wanita dah ade.Khas untuk wanita /perempuan.Bas Rapid KL.Bagus! mungkin rasa lebih selamat nak naik bas lepas ni.Before ni KTM berhad sediakan koc khas untuk wanita " ladies koc"-..

Petikan Akhbar Kosmo!



Khidmat bas untuk wanita dapat sambutan



KUALA LUMPUR - Percubaan perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penumpang wanita.
Rata-rata golongan itu mahukan perkhidmatan tersebut diteruskan memandangkan penumpang wanita tidak lagi perlu berhimpit dengan penumpang lelaki terutama pada waktu puncak.
Seorang penumpang, Vidyavaty Mohd. Aris, 34, memberitahu, idea RapidKL mengasingkan penumpang wanita cukup bernas dalam mengutamakan keselamatan setiap penumpang.
"Selepas ini penumpang wanita tidak perlu takut untuk menaiki bas terutama selepas pulang dari pejabat. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan perkhidmatan bas wanita dan diharap ia dilanjutkan sehingga pukul 9 malam," katanya.
Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai.
Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45.
Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas.
Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan.

sumber: kosmo


:: chantekk..aku suke ::

chantekk~ aku suke...
ntah mengape aku suke pun tak tau~ boleh pulak macam tue!


cerita bermula bila satu pagi aku bukak blog aku.hari2 aku memang akan bukak lah..boleh demam kalau aku tak bukak tau!~bila bukak aku akan check sape yang mengupdate! komen-komen yang masuk & check shoutmix chat box aku..tiap hari mesti ade yang tinggalkan wasiat kat situ!
sekali aku tengok ade satu message. bunyi nye camni.. 

syafiq: hai ,, kamu salah seorang pilihan blogger saya.. nak tahu pilihan ape?? meh singgah!!!

excited terus aku! terus ku klik name syafiq tu..pilihan ape yang dia buat? tertanya2.nerves pun ade ( eh perlu ke)

owh! kate2 ku dalam shoutbox memberi motivasi dan inspirasi~
bangga seh!!! kat situ siap syafiq buat ala-ala macam banner kot 
terima kasih yer syafiq!
korang boleh tengok kat blog syafiq OK [ klik sini ]


:: sebagai bukti::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat