Sunday, August 18, 2013

Pengalaman sangat!




Bila kite duduk jauh dari mak abah,dari keluarga,dan dari segala kesayangan dan kebiasaan..banyak benda kita belajar dan dapat rasa macam-macam.
Baru sebulan lebih dipostingkan ke Sarawak.
Banyak jugak pengalaman! eh xdelah banyak sangat tapi boleh la.
Bahasa berbeza,makanan berbeza,suasana berbeza,masyarakat berbeza!


Pengalaman berada di kawasan yang berlainan. Borneo!
 Lahir di Selangor. Belajar kat Selangor,belajar kat Perak.Alah setakat Tg Malim bukan jauh sangat dari Sabak Bernam pun.
Sekali di hantar jauh terus! Saratok Sarawak. Nun jauh la hai. Naik van 4-5jam baru sampai Kuching.Airport dekat Kuching yer!
Bayaran RM40 per/orang.

Sangat la tak ok perjalanan.Lama sungguh nak sampai.Dengan jalan yang begitu. Uols semua tau  bentuk muka bumi Sarawak kan.
sakit pinggang wei balik tu!Berjam2 dalam van.
Ok la balik ke KL tu.Boleh kata selesa jugak duduk!

Yang tak boleh tahan masa dari Kuching nak balik ke Saratok after cuti hari raya.
Aku dan kawan2 disumbat 12 orang dalam van yang sepatutnya 10 orang je.
Boleh bayangkan macam mana keadaannya? Sangat la sempit.Its ok kalau penuh dengan orang je.Ini tidak! Penuh dengan orang seramai 12 orang dan barang yang penuh sehingga kan cermin belakang van tak nampak belakang. Bagasi i bawah sekali ditindih2 dengan banyak barang!!nasib selamat kuih raya den.
Sangat bahaya weh!!!Dah la jalan nak ke Saratok yang penuh berliku,berbukit bukau.

Alhamdulilah selamat sampai.
Pukul 3 dari Kuching.Sampai sini pukul 8 malam.

Sampai2 rumah air pulak takde.
Oh.sangat mencabar!Sabar itu indah.




#sebenarnya nak cerita pasal van yang disumbat dengan orang sampai penuh tapi macam merepek2.
eh suka hati lah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat