Showing posts with label Semester terakhir. Show all posts
Showing posts with label Semester terakhir. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Final Exam Final Semester


Final exam final semester. Sampai ada dua perkataan "final" disitu. Almaklumlah dah final year kan.
Tak lama lagi bakal meninggalkan UPSI.
4 tahun rasa sekejap aje. Rasa macam baru semalam masuk. (ayat tak boleh belah)

Orait. Sebenarnya nak cerita pasal exam final semester.
hari ini paper pertama. Killer paper!
E Commerce atau dalam bahasa melayu E Dagang.
Paper pertama ni agak kecewa! Serius! Soalan senang kot tapi aku macam tak boleh jawab. banyak jawab ikut kepala aku. sebab masuk je dalam dewan peperiksaan tadi aku macam hilang ingatan.tak ingat apa-apa.
hayooo...tak banyak aku ingat tapi aku jawab semua tanpa tinggalkan ruang kosong!
Harap-harap semua jawapn ok dan diterima!

habis exam sempat pulak bergambar dekat PC. PC stand for Proton City. Exam pagi tadi dekat kompleks Proton City! Exam sebelah kilang Proton weh. korang ade?.Takde kan.
hari ini kali terakhir menjejakkan kaki ke Kompleks Proton City. Next exam dekat area kampus UPSI aje.





next paper
11/1/2012 - Pengajian perdagangan
13/1/2012 - Pengurusan Perubahan Organisasi


wish me luck ok!





Monday, December 19, 2011

Hari terakhir kuliah saya



Dengan ini saya NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ ingin mengatakan bahawa hari ini merupakan hari kuliah saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda menghadiri kuliah di Universiti Pendidikan Idris (UPSI)

Ahaaaa..Perlu ke nak cakap macam tu?
Perlu sebab lepas ni dah tak pergi kuliah lagi. Tinggal nak exam aje. Insyallah kalau ada rezeki akan sambung MASTER tapi belum tau Universiti mana. So boleh la dikatakan seperti di atas tu.
Blog aku. Jadi ade aku kisah?


Kuliah terakhir saya adalah Pengurusan Perubahan. Kelas 1 jam. Memang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang Prof Yazam cakap. Motifnya apa yang dibincangkan mungkin akan masuk exam sikit-sikit. Memang nampak di situ ketidakiklasan belajar. Opps! Saya tumpu perhatian bukan sebab exam ok. Tapi sebab ilmu. Iyelah tu kan.


After this takde dah pergi kuliah. Mesti rindu nak g kelas. Lagi-lagi dengan budak-budak AT45!
Serius akan rindu moment2 gelak ketawa dengan mereka.
Kalau lah aku record semua tu alangkah best. Boleh rewind-rewind tengok! Udah tak usah merepek ye!



Seriusly aku akan rindukan SEMUA tu. Kena duduk luar kelas, Kena kunci, Kena macam-macam lagi. Walaupun masa tu macam menyumpah2 je. Tapi SEMUA tu la SATU KENANGAN.



p/s: entry yg langsung takde gambar.




Saturday, December 17, 2011

Malam Ini.


Update ringkas. Ringkas ke?

Malam ni malam Pra graduasi. Dan Akhirnya tiba masa kami diraikan. 
Selama ni asyik meraikan senior aje kan.

Tema : Merah Hitam.
Hohoi aku dah suka kaler merah tau. Nampak ketaksesuaian dengan aku. Disebabkan tema, maka ikutkan aje lah.




p/s: Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. malam ni buat persembahan.


Saturday, December 10, 2011

Seminggu tak tido!



Tajuk entry kali ni seminggu tak tido! Dasyat je bunyinya. 
Serius aku cakap minggu ni aku tido 2 jam aje sehari.
Ni gara-gara nak siapkan segala kerja! Tesis, Kajian Tindakan, Portfolio E-commerce (jualan ebay).
Sem 8 yang terlalu banyak keje. Orang lain sem 8 relax aje kan. Tapi batch aku huru hara hidup gara-gara kerja yg banyak. Macam ni la kalau dijadikan bahan eksperimen! Sabar je!

Huru hara hidup seminggu nie. Lenguh tangan.Jari krem.  Sakit Badan. Dengan bilik tak terurus (sekarng dah kemas), muka nampak serabut, mata dah macam tak boleh nak bukak. macam-macam lah. 

dah anta semua rasa aman.tinggal tunggu feedback dr penyelia tesis aje.harap semua ok. Dah tak larat aku nak mengadapnya lagi.


Bukan senang nak senang kan. Semua benda perlu BERUSAHA. Insyallah akan berhasil semua usaha itu...



p/s: aku sgt jeles dgn budak sem 8 yang tersangatlah free.


Monday, November 28, 2011

Kajian Tindakan pulak!


Lepas ni siapkan kajian tindakan pulak
Kau ade dalam satu semester siapkan tesis dan kajian tindakan dan asigment lain yang banyak tu?
takde kan!

Kajian tindakan lebih kurang sama macam tesis
Bezanya ini mesti berkaitan dengan pendidikan di sekolah
So tajuk aku seperti dalam gambar bawah tue. Kemalasan tahap dewa nak taip tajuk kajian tindakan aku. 
Halamak! LUPE! kan semalam sempena tahun baru hijrah aku TAK MAHU sebut perkataan MALAS! Sebab kata-kata tu satu DOA. Aku sebut aje lama-lama memang jadi MALAS nanti.
Sebutlah rajin-rajin. Sure aku jadi RAJIN.

Silalah doakan aku cepat siap kajian tindakan ni!
Ada lagi asigment lain yang menunggu!
apakah? PORTFOLIO Ebay. Bahan & hasil kajian Ebay dah ada. Tinggal nak buat dan jual dekat Ebay aje!

Wish me LUCK ok!




p/s: curik masa sekejap! tak la sekejap pun. Macam lama jugak. Siap boleh melawat blog jiran tetangga lagi.



Friday, September 30, 2011

Kalaulah menaip tesis mudah macam menaip entry blog!!


tesis oh tesis.
Bila la kau nak siap??

Kalaulah menaip tesis itu semudah menaip setiap entry dalam blog. Alangkah bahagia kan.
Ini tak. Sangat rumit.
Survey! Analisis ! dan macam-macam.
Letih plus pening plus penyakit migrain datang!
Key in data yang bilangannya seratus. dan soalan survey aku yang banyak! Hah sapa suruh kau buat soalan tu banyak.




OK!
Sambung mengadap tesis! Menganalisis data dari semalam tak siap2 kau!



Tuesday, September 27, 2011

Saya dah ada Sticker kenderaan yang baru~


Ini sambungan entry bertajuk Sticker motor dicurik
baca sampai faham


Kepada pencuri sticker! Aku dah ade sticker baru. Cepat tengok.

Kena bayor 4 ringgit tadi.





:: moral~ sebelum naik motor ke kampus pastikan sticker masih ada :


Monday, September 26, 2011

Sticker Motor di curik~


Entry ini nak story pasal PELEKAT KENDERAAN aku yang dicuri. Sticker student tue!
Hohoi! sticker yang murah tu pun kau nak curi? Sticker bahtera aku ko tak curi pulak kan?
Kenapa nak ambik-ambik sticker aku? Sengaja nak aku kena saman dan tak bagi masuk Kampus kan.
Hey Pencuri sticker ko memang menyusahkan aku!


Sumpah aku tak perasan kalau pak guard tak tahan aku.
Dari jauh  Pak Guard suruh ke tepi. OMG dalam kepala otak fikir aku pakai Jeans kena tahan ke? ke sebab aku pakai sandle yg tapal nipis tue. Oh no. Bukan ok. Tapi sebab takde sticker motor.


Situasi masa kena tahan. Lokasi pintu utama UPSI

Pak Guard: Kamu student UPSI
Aku : haah.kenapa yer tahan.
Pak Guard : Mana sticker motor kamu?
Aku : Ada kat situ sambil menunjukkan tempat sticker motor aku. dengan perasaan konfiden ok.
Pak Guard : Mana? Takde pun.
Aku : Ada tu....dan dalam keadaan confius aku tengok xde sticker kat situ.Damm.mana pulak hilangnya?Sapa yang curik? Saya memang ada sticker dan tampal kat situ
Pak Guard : Sekarang ni takde. Ni motor sapa?
Aku : motor saya. Ha..saya ada kad kuning! terus tunjukkan
Pak Guard : Ok.Nanti pergi pejabat keselamatan buat report dan tanya macam mana.
Aku : OK.Terima Kasih


After urusan terus pergi pejabat keselamatan dan buat report. Tengok gambar bawah OK!
Siap aku isi borang aduan. Tak pernah sepanjang 7 semester ini aku buat aduan ok.Memang rekod!
Aku kena mohon balik Sticker baru. Kalau tidak aku tak boleh nak masuk dalam Kampus dengan motor. Boleh masuk tapi kena SAMAN. Aku tak mahu!!






 p/s: Sampai sekarang masih terfikir sapa yang sanggup curi Sticker aku! Jangan curi kalau nak cakap. Ak bagi je ok. Kau mencuri kan berdosa tue!


::moralnya sekarang : setiap kali aku nak g kelas atau kampus naik motor aku akan tengok ada sticker atau tak ::

Tuesday, September 13, 2011

Jadual Final Semester..Semester 8~ updated


UPDATED..
jadual terkini. Tambah 2 jam untuk kelas seminar refleksi latihan mengajar.
lepas ni nak tambah 2 jam lagi untuk projek tahun akhir.
Damm...penuh jugak jadual aku nanti..


Monday, September 12, 2011

Bermulanya Semester 8


Huh.Penat kau mengemas dan membersihkan rumah yg ditinggalkan hampir 4 bulan nie. 
Habuk entah berapa sentimeter. Dengan sawang-sawang.
berkali-kali menyapu dan mengemop lantai.
Menghabiskan beberapa jam untuk mengemas bilik dan rumah. 
Sekarang dah bersih!


Esok kelas bermula. Seawal jam 8 pagi.
8-9 pagi kelas projek tahun akhir
9-10pagi E-Commerce
12-1 ptg pengurusan perubahan organisasi



Semoga Allah mempermudahkan urusan esok.


Friday, September 9, 2011

Ini jadual saya!


Lihat gambar bawah ini. Jadual kuliah saya. 
Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti.
Rabu cuti jugak. Tapi khamis kelas sampai petang. Kan bagus kalau boleh tukar kelas hari khamis ke hari rabu. Boleh balik kampung dan melancong ke mana2 kan..


Thursday, September 8, 2011

Final semesterku!!


Wehuu..dah final semester! Cepat betul masa berlalu kan..
ni kalender Semester ini.
20/1/2012 aku bakal tamat belajar
harus manfaatkan detik2 terakhir..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat