Showing posts with label On Air. Show all posts
Showing posts with label On Air. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

#Keputusan Akhir ON AIR.


#Keputusan ON AIR.

 Aku penonton setia ON AIR. Tak pernah bercita-cita atau bermimpi untuk jadi pengacara pun.Tapi aku ikuti program ini.Saja suka-suka.



Berakhir sudah program realiti On AIR.
Tengok-tengok tadi tinggal 4 perantis sahaja iaitu Hefny,Hassanah, Hafizul dan Harlena.
Mana Dahlia,Hana dan Che Kamarul. Semalam aku tak tengok.Boleh sapa-sapa bagitahu?
Takpe.Karang aku google ceritannya.

Berbalik kepada tajuk entry.
Keputusan akhir ON AIR.

Juara ON AIR : Hafizul Kamal
Naib Juara : Hefny Sahad
Tempat Ketiga : Hassanal Bolqiah
Tempat Keempat : Harleena 



Juara ON AIR : Hafizul Kamal
Juara membawa pulang wang tunai RM20000. Sebiji kereta Honda CRV dan dapat buat program sendiri  di Astro.


Naib Juara : Hefny Sahad
Naib juara membawa pulang RM15000


Tempat Ketiga : Hassanal Bolqiah
Hasanah membawa pulang RM10000



Tempat Keempat : Harleena
Harleena membawa pulang RM5000



# Mereka semua perantis feberet aku.
Tahniah semua.




Monday, June 11, 2012

ON AIR : Penyingkiran Minggu 3



#ON AIR
3 lagi perantis disingkirkan dalam penyingkiran minggu ketiga.
Perantis yang tersingkir adalah Hilal, Syakirin dan Heda.

Minggu ketiga ON AIR, perantis diberi tugasan Hiburan. Ada yang buat Mania, Propaganza dan Gala TV.
Perantis yang tersingkir minggu ini adalah Hilal, Nurheda dan Syakirin. Seperti minggu-minggu lalu, mereka diberi peluang menyakinkan pengurus-pengurus saluran untuk mempertimbangkan peluang mereka di saluran-saluran Astro. Potensi dilihat oleh Astro Oasis untuk mempertimbangkan Hilal manakala Radio Era melihat potensi yang ada pada Nurheda dan Astro Ria akan mempertimbangkan Syakirin untuk salurannya.






Mereka adalah perantis terbaik minggu ini.
Good job!

minggu 3


# next sapa yang tersingkir?Nampak macam keadaan Hefni agak membahayakan. 



Monday, June 4, 2012

ON AIR : Penyingkiran Minggu 2


#ON AIR
Sapa tengok sesi penyingkiran tadi sila komen.eh?perlukah.

Episod tadi pun banyak suspens dan drama!well reality show namanya.
Minggu kedua ON AIR, perantis diberi tugasan travel log.syok jalan-jalan.


Peserta yang tersingkir adalah Azfar, Halizah dan Hafizudin (fizi)





Manakala peserta terbaik adalah Hafizul dan Dahlia. Congrat Dahlia! 2 minggu berturut-turut jadi peserta terbaik.



Dan beberapa orang peserta diberikan peluang kedua seperti Syakirin, Akim, dan Nurheda.



Ok!Next week apa citer pulak?Teruskan menonton ya.

p/s: knp nurheda pengsan?tertanya2 ni.



Thursday, May 31, 2012

Minggu kedua ON AIR



#ON AIR

Dijemput baca kisah minggu pertama ON AIR


Ini minggu kedua perantis ON AIR di fakulti ON AIR.
Minggu pertama perantis diberi tugasan Stand Upper
Minggu ni semua perantis dapat tugasan TRAVEL LOG. Wah bestnya!
Kumpulan lelaki dapat negeri PERAK dan perempuan dapat TERENGGANU.

Travel Log! Sangat Menarik!
Para perantis berbincang dalam kumpulan masing-masing berkaitan tugasan. So untuk tugasan minggu ini ada yang akan cerita pasal makanan di negeri Perak & Terengganu, Aktiviti lasak,Kesenian, Kebudayaan, Tempat bersejarah dan lain-lain. Nak tahu sila tengok Diari ON AIR ye!



# Sampai di sini je! Esok update lagi.
Selamat Malam. Selamat tinggal May & Welcome June!





p/s: Eh2.perasan tak entry ini langsung takde letak gambar.




Tuesday, May 29, 2012

ON AIR : Penyingkiran Minggu 1




#On Air.
Sapa tengok sila angkat tangan.Oh!Macam la aku nampak sapa yang angkat tangan.

Aku tengok Diari On Air Ep1 je. Yang next tak tengok.Lupa!
Tapi Studio Penyingkiran aku tengok. 
Peserta yang tersingkir Ishabella. dan Anas Farhan tarik diri. Sepatutnya Azfar yang tersingkir. Azfar dimasukkan semula untuk menggantikan anas yang tarik diri. 

Kini tinggal 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan.
Peserta terbaik minggu 1 adalah Hakim dan Dahlia

Maklumat lanjut sila baca yg bawah itu.




Minggu pertama perjalanan 20 perantis ON AIR telah berakhir dengan 1 peyingkiran daripada Perantis Wanita dan 1 penarikan diri daripada Perantis Lelaki. Ishabellah daripada perantis wanita telah diumumkan sebagai perantis pertama meninggalkan ON AIR manakala Anas Farhan mengejutkan kesemua perantis apabila menarik diri daripada menyertai ON AIR. Hasratnya untuk menarik diri telah disampaikan kepada Anchor seawal pemilihannya melalui panggilan telefon. Pihak fakulti telah bersetuju dengan hasrat Anas dan membenarkan Anas menarik diri.

Studio Penyingkiran ON AIR yang pertama telah menyaksikan nama-nama yang kurang digemari oleh kebanyakan perantis melalui undian yang telah dilakukan, antara nama yang disebut adalah Azfar, Hafis, Norsiah dan Shakirin. Beberapa perantis juga dipanggil untuk menjelaskan pemilihan mereka yang ingin disingkirkan. Keadaan juga menjadi agak tegang ketika sesi ini berjalan.

Namun, semua pilihan sebahagian besar perantis untuk disingkirkan bukanlah keputusan mutlak mereka. Segalanya ditentukan oleh Aznil Hj Nawawi (Anchor), Datin Seri Normala Samsudin (Co-Anchor) dan Azrinaz Mazhar Hakim (Co-Anchor Jemputan) melalui tugasan "Stand Up" yang telah mereka lakukan minggu ini.

Perantis yang diumumkan tersingkir pada permulaannya adalah Azfar untuk Perantis Lelaki dan Ishabellah untuk Perantis Wanita. Namun apabila Anas Farhan menarik diri, Azfar diberi peluang kedua di ON AIR bagi menyeimbangkan bilangan perantis yang ada sekarang.

Studio Penyingkiran ON AIR juga telah mengumumkan 2 perantis yang telah melakukan tugasan dengan baik berbanding perantis yang lain. Perantis Wanita Terbaik Minggu Pertama adalah Dahlia dan Perantis Lelaki Terbaik Minggu Pertama adalah Hakim.

Kini 18 Perantis akan meneruskan cabaran ON AIR minggu hadapan! Apakah tugasan yang akan diberikan kepada kesemua perantis ini? Saksikan Diari ON AIR, setiap Rabu hingga Sabtu, 10 malam di Astro Ria (104)


Saksikan Diari ON AIR
Rabu - 10 malam
Khamis - 9 malam
Jumaat - 10 malam
Sabtu - 10 malam

Studio Penyingkiran ON AIR
Ahad, 10 malam





Thursday, March 22, 2012

Gambar: Peserta Lelaki On Air



Hello semua!
Tiba-tiba mengupdate Program On Air!

 

Rancangan ON AIR ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara program-program kelolaan Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, Maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV.

Entry sebelum ini peserta wanita.
Dan ini 10 peserta lelaki.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


sumber gambar : fanpage On Air 


:: Gudluck semua!::
Tiba-tiba teringat task diorang masa menemuramah Ramli MS, Rozita Che Wan dan sorang iron lady yang namanya aku tak ingat. Macam-macam gayanya!






Wednesday, March 21, 2012

Gambar: Peserta Wanita On Air


 

Rancangan ON AIR ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara program-program kelolaan Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, Maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV.

Dan 10 peserta wanita ialah.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


sumber gambar : fanpage On Air 
sumber : Astro

Tontoni On Air setiap rabu di Astro Ria (104)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat