Showing posts with label EDISI HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label EDISI HARI RAYA. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Syawal 2012 : Menziarahi sanak saudara


#Syawal 2012
Sambungan entry  "pagi syawal 1433H"
sudahkah anda membacanya.Kalau belum dijemput baca yer.Klik link atas itu.

Hari Raya Pertama duduk rumah aje.Tunggu sedara mara datang. Nak balik kampung memang aku duduk kampung pun.
Abah demam raya pertama tu,jadinya we all duduk umah aje.
Raya kedua baru gerak rumah sedara mara belah mak abah.


Rumah pertama yang dituju adalah Moyang saudara kami. Moyang minah atau kitorang adik beradik panggil nenek tua. Kenapa?Entah sebab paling tua kot.Hoi macam tak beradab aje ayat ko tu!
Still sihat moyang ni cuma sekarang tak duduk pondok keciknya. Untuk pengetahuan semua moyang ni tinggi tau.



Nextnya, Wak Dolah. Abang saudara mak aku.
Rumahnya nun di Sungai Panjang. Waktu pergi beraya hari tu kawasan tu takde coverage! takde line.
Wak ni tangannya sejuk. Eh2 tangan kau panas je jiha?.Tangan sejuk maksudnya kalau bercucuk tanam memang berhasil sangat. Banyak tanaman sekitar rumahnya tapi aku cerita pasal tembakau aje yer!


Taraaaaaa..ini dia pokok tembakau! Korang ade tak? rumah aku takde!



Dan ini yang diproses. Alah dijemur utk jadikan tembakau.


Seterusnya pergi umah sedara mak lagi.Disebabkan malas waktu tu beberapa rumah aku tak menSnap picture.

Dan last sekali umah kakek jaboo. Eh kenapa gambar neneknya pulak.Kakek malu nak bergambar.





#Sampai situ sahaja.Balik rumah terus demam kau!pelik2 je lah.

Next syawal ke-3 yang super duper meriah!





Sunday, September 2, 2012

Syawal 2012: Pagi Syawal 1433H



Syawal dah Dua minggu dan aku baru nak menaip entry yg bertajuk "pagi syawal 1433H".
Sangat dan sangat lambat kau menaip jiha!
Seriusly aku takde idea nak menaip dan mood berblog dah terbang ke mana entah!
Baru taip satu ayat aku berhenti. Boleh bayangkan bila nak siap.
tak kisah lah lambat atau cepat yang penting harus mengupdatenya.


Kisah pagi syawal tahun ni.
Beraya dengan rumah baru selepas direnovate. Sumpah pagi raya aku takde feeling raya.
Entah mengapa.Penat sangat agaknya. Sehari sebelum raya baru cuti kau! Lepas tu aku yang mengemas umah, mengemop, kupas bawang, itu dan ini.


Tahun ni raya tanpa kakak. Turn abg berapa dengan mak abah.
Kakak memang akan beraya rumah mertua.
Tahun ni kira ok.Anak mak abah 3 orang ada. Tahun lepas lagi sadis aku dengan adik aje.
Inilah gayanya bila adik beradik hanya 4 orang. Kalau aku dah kawin dan turn balik umah mertua tinggallah adik aje dengan mak abah.so sad yer!


Gambar pagi raya. Jutaan terima kasih kepada tripod dan 550d aku. Maka adanya gambar ini.



Abang bersama isteri dan anak-anaknya



With beloved mak dan abah!


Dengan abah saya!


Selepas sesi bergambar beberapa keping maka sesi bermaafan. Mintak ampun dengan mak abah!
Sepatutnya beraya dulu baru ambik gambar kan.Ni terbalik pulak. Takpe lah!









#ENDs
tunggu entry seterusnya.ok.
Selamat Hari Raya semua!




Tuesday, August 30, 2011

hari pertama raya


Raya 2011 raya yg  agak sunyi.Beraya berempat jer. Kakak raya di Taiping, Abang raya di Kedah. 
cuba bayangkan kalu aku dah kawin nanti dan semua beraya di rumah mentua. Tak macam sunyi rumah mak. Haha! maklumlah aku la mulut bising dalam rumah tue. Mulut bising aku, yang buat kerja-kerja pun aku. Sakit kaki-kaki dan tangan nie tau!

Eh ..lari dari tajuk pulak.
Proceed kepada tajuk entry ok! nak cerita pasal raya pertama
Hari ni duduk rumah aje. Langsung tak g beraya rumah orang. Hari ni tunggu rumah. Mak oi ramai datang. Balik-balik muka aku dekat dapur buat air dan di sinki basuh pinggan dan gelas. Besok tak  nak duduk dapur boleh tak??




Friday, September 10, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat