Sunday, July 20, 2014

Jom Ke Dapur : Murtabak Mini


Jom Ke Dapur lagi.
Rajin pulak update Jom Ke Dapur.
Entry sebelum ini


Minggu ini. MURTABAK!


Feveret food aku di kala bulan ramadhan adalah murtabak ayam. Kalau la berpuasa di Semenanjung mesti hari-hari buka puasa makan murtabak. Tak jemu pun!
Tapi...tapi apakan daya sekarang berada diperantauan..demi mencari rezeki.Demi mendidik anak bangsa!
Tahun kedua berpuasa di bumi Saratok. Dan di sini tak jumpa murtabak ayam. Ada jumpa kat bazar.. Murtabak tapi murtabak sardin. Beli sekali. Agak tidak boleh diterima dek tekak..Maka sekali saja membelinya.
Dengan itu, aku gigih mencuba buat murtabak sendiri. Macam hebat bunyinya.
Dengan menggunakan kulit popia dan kuali pemanggang ajaib! Nak suruh guna tepung yang uli tu memang tidak berjaya lah

OK.Kongsikan resepi. Setelah di google2. Maka aku masuk dapur! Jom Masak!

Resepi 

Bahan-bahan:

Kulit popia ( saiz sederhana)

Inti

Daging kisar ( aku guna Ramly punya)
1 Kentang - dipotong dadu
Sebiji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
1 1/2 sudu serbuk kari
air
garam & gula secukup rasa
sos cili

** telur dan kobis untuk dicampur dalam inti nanti

Cara-cara

1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang sehingga naik baunya.
2) Masukkan serbuk kari sehingga naik bau atau pecah minyak
3) Masukkan daging kisar. Kacau rata. Biarkan sekejap.
4) Masukkan kentang sehingga masak atau empuk 
5) masukkan gula dan garam secukup rasa. Aku tambah sos cili biar sedap katanya.
6) Dah agak masak dan kering boleh tutup api.


Cara membuat murtabak mini.

1) Campurkan inti, telur dan kobis. Kacau rata.
2) Letak campuran tadi atas kulit popia.
3) Kemudian lipat ( lipatlah gaya macam mana pun asal rupa macam popia.
4) Masak atas kuali ( hamba guna kuali pemanggang ajaib. Memang ajaib)
5) ok siap.


Selamat mencuba semua
see u in nest update Jom Ke Dapur
Lepas ni kuih raya pulak!





Tuesday, July 15, 2014

Jom Ke Dapur : Kuih Cara Berlauk


Jom Ke Dapur lagi.
Sudahkan anda menjenguk Jom Ke Dapur : Apam Balik? Siapa belum sila jenguk ye.

Kuih Cara Berlauk.
Di request oleh roomate kesayangan saya.
Mak memang tererr buat. Tapi aku tidak. 
1st try. Selama ni buat kuih cara biasa ...yang warna hijau...yang manis itu.

Taraaa..abaikan rupanya yang x berapa lawa itu.
Biar x lawa tapi sedap!



Bahan-bahan 

( Adunan tepung)
1 Cawan tepung gandum
1 biji telur
2 Cawan air
pewarna kuning
secubit garam (ikut suka)


 ( Inti)
100 gm ayam ( cincang halus)
1/2 biji bawang besar ( cincang halus)
2 ulas bawang putih ( cincang halus)
halia ( cincang halus)
3/4 sudu besar remapah kari ( Baba's/ Adabi/ apa sahaja)
Cili boh / cili kisar ( ikut suka banyak mana)
Garam dan gula ( secukupnya)
Air


(Hiasan)
Daun Sup(racik)
Bawang goreng
Cili besar ( racik )


Cara-cara 

(adunan tepung)
Campurkan semua bahan dan blend sehingga sebati

( inti )

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih , halia dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.
2) Masukkan ayam dan air. Kacau sehingga masak.
3) Masukkan gula dan garam secukupnya.

 ( kuih cara berlauk )

1) Panaskan acuan.
2) Sapu setiap cetak acuan dengan mentega/ minyak
3) Tuang adunan tepung kuih cara dalam acuan. Tuang 3/4 penuh.
4) Biarkan sekejap. Masukkan inti dibahagian tengah dan tabur cili merah, hirisan daun sup dan bawang goreng. ( Inti ikut suka, banyak atau sikit)
5) Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. ( biar cepat masak)
6) Biar dalam 30 saat- 1 minit atau lebih. Buka dan bila permukaan kuih kering boleh angkat
7) Ulang sehingga habis.
8) Siap untuk di makan.


 Peringatan: Sila pastikan anda mempunyai acuan.Macam bentuk acuan di pasaran.
 Kalau tidak akan jadi macam lempeng itu.





Senang kan! Selamat Mencuba semua.
Jumpa lagi dalam Jom Ke Dapur di lain masa.



Monday, July 14, 2014

Jom Ke Dapur : Apam Balik


Lama rasanya tidak mengupdate gambar makanan.
Tidak mengupdate resepi-resepi. Gaya macam ko tererrr & banyak resepi pulak.
nak kata suka memasak tu tidak tapi aku suka try2 buat kuih2 dan cookies dan cake kot.
Try n error saja! Tak jadi boleh try lagi.


Sempena bulan puasa yang jauh di perantauan tahun ni maka macam2 di try untuk makan ketika berbuka!
My feveret makanan di bulan puasa adalah murtabak.Tapi apa kan daya di sini makanan semenanjung payah nak jumpa! Kena la usaha buat sendiri. Dari xpandai boleh pandai buat.

Taraaaaaaaaa.Apam Balik! 
Untuk pertama kalinya membuat sendiri. not bad! xcukup bahan! Nampak gambar tu. Ada jagung saja. Kacang yang ada kat umah xberapa elok.xboleh guna.




beginilah rupanya apam balik saya! Apam balik jagung.
1 st time memang rupanya begitu agaknya. Bior xcantik tapi sedap! Dengan menggunakan kuali/periuk ajaib! 

ok share resepi..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
pewarna kuning
mentega ( untuk sapuan)

**Bahan tabur 
kacang tanah : goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
jagung manis
gula 
mentega

Cara-cara:

1) Pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, air dan pewarna kuning.
2) Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul sehingga semua sebati.
3) Oleskan mentega dipermukaan kuali ( guna non stick pan).
4) Tuangkan 1 senduk dan ratakan. ( ikut suka nak tebal atau nipis tepung tu)
5) Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan mentega.
6) Masak. Lipat dan angkat.


**experience penulis.
1) aku gunakan blender. Takde mixer di sini
2) aku gunakan periuk/ kuali ajaib untuk masak.
3) disebab buat kecik-kecik dapatlah dalam 8 keping macam tu.
4) stok kacang takde,jadi aku letak jagung sahaja.
5) tepung tu dah dicampur dgn gula. Jadi yang xsuka manis xperlu tabur kacang masa masak tu. nanti manis sgt okey.


Senang kan! Selamat Mencuba semua.
Jumpa lagi dalam Jom Ke Dapur di lain masa.



sumber : Azie Kitchen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat