Salam semua!
Wehuu...nak update pasal makanan lagi. Kepada sesiapa teringin nak makan selepas tengok gambar di bawah silalah buat sendiri. kalau rumah dekat aku boleh buatkan!
Sonang aje.
Ini namanya Puding Marble.
Bahan-bahan:
4 keping roti ( tak kisah high 5/gardenia/apa saja.aku guna gardenia)
2 biji telur
1 peket serbuk agar-agar (aku guna yang ni.entry susahnya nak cari)
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air
3 sudu gula
2 sudu besar coco
Cara-cara :
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar &gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah didih.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis/ me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding ni mudah sejuk/membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Boleh makan.Sedap! dan sejuk.
#Selamat mencuba!
Sila abaikan rupa puding aku yang tak berapa nak cantik yer!
3 kesan tapak kaki:
nampak menyelerakan
Rasa lapar plak.. Hehe
wow menggiurkan..awrr sedap! :)
Post a Comment