Friday, March 30, 2012

Happiness






Senior Consultant.


Dah naik  pangkat!
=)

Thursday, March 29, 2012

11 tanda orang berbahagia~





Voucher KFC!


Wehuuu!
Voucher KFC!
Ada sapa-sapa yang nak tak? Aku nak bagi ni.

Dengan Voucher ini. Anda semua hanya perlu bayar RM19.90.
dan akan dapat 
• 3 Pieces Chicken • 1 Colonel Burger • 2 Whipped
Potato (R) • 1 Coleslaw (R) • 2 Iced Lemon Tea (R)
Yang selalunya berharga RM26.40

Jadi sapa-sapa yg suka makan KFC cepat rebut peluang ini yer!
Sapa berminat boleh komen entry ni.
Nak bagi FREE je ok!
Voucher valid sehingga 30 June 2012






# Sapa berminat tinggalkan emel kat komen yer!
Nanti aku emel vouchernya.



Wednesday, March 28, 2012

Patah Pinggang aku!



Hari ni cuti. Tak g tolong mak cik aku kat kedai.
Punya semangat pagi tadi! Sekali mak cik aku kata cuti.
Jangan ingat boleh bersuka ria riang gembira. 
Banyak benda nak dibuatnya tau tak!
Mengemas lagi.
Dh rasa macam patah pinggang.Dasyat kau!

Bapak aku nak renovate rumah. Jadi mnegemas barang-barang. Angkat sana, angkat sini barang.
tahukah anda barang punya la banyak. 
Tapi bila aku yang kemas mmg yang tak guna aku buang! Mak aku suka simpan entah apa-apa.

OK! penat. Nak berehat. esok keje.


Wordless Wednesday # 25







Tuesday, March 27, 2012

Homemade Chipsmore untuk cik Tutor!



Wehu! Hai semua!
Last week buatkan cik Tutor Chipsmore. Merayu-rayu mintak aku buatkan. Opss!
Dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang aku buatkan dia Chipsmore ni.


inilah homemade chipsmore


TARA!
ni untuk cik tutor merangkap kawan baik saya dan kawan sejak kecik!
Cik Tutor kata SEDAP!
Hehe. Senyum seminit!





Sunday, March 25, 2012

Inginkan Kulit cantik dan berseri!



Hai Semua!
Gigih aku nak mengupdate entry ni.

ANDA ADA MASALAH KULIT?
INGINKAN KULIT YANG CANTIK,BERSERI DAN AWET MUDA?
KULIT MAKIN ANJAL DAN GEBU DALAM MASE BEBERAPA HARI SAHAJA!

DAPAT
MENCERAHKAN WARNA KULIT
MELEMBABKAN KULIT
MENGHILANGKAN PARUT DAN JERAGAT
MENGHAPUSKAN JERAWAT
MENGANJALKAN DAN MENGGEBUKAN KULIT
MENGHILANGKAN KEDUT
MERAWAT EYEBACK
MENGECILKAN LIANG PORI-PORI
MERAWAT KULIT BERMINYAK

 Let's tengok-tengok produknya!

Sapa-sapa yang ingin mencuba boleh dapatkan TRIAL PACK (seperti gambar di bawah)
Trial pack ada 10 biji Vitamin E Suplemen dan 10 biji Placenta oil (Norefal)
Hanya RM28 sahaja! Murah dan mampu milik.




VITAMIN E SUPLEMEN

FUNGSI VITAMIN E
-mencerah,melembab,menghalus,melicin dan menegangkan kulit
-menghilangkan jerawat, parut jerawat & jeragat
-Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
-Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu,
-Melindungi paru-paru  dari pencemaran udara.
-Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak
-Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari.
-Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat,
-Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
-Merendahkan kadar kolesterol.
-Membantu mencegah kanser 

## satu biji untuk sehari 

Harga 

10 biji -RM10
30 biji - RM30
50 biji -RM48
100 biji -RM85


Vitamin E + PLACENTA

Vitamin E + PLACENTA

UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA, BUKAN UNTUK DIMAKAN. Sapu pada kulit!

Kelebihan Vitamin E + PLACENTA untuk kulit

1.Melindungi kulit dari pancaran matahari
Penggunaan 'sunscreen lotions' menyelamatkan lapisan epidermis daripada sinaran ultraviolet cahaya matahari.

2. Mengekalkan kelembapan kulit
Pengambilan supplement mengandungi vitamin E mencegah dehidrasi kulit. jika anda lihat seorang wanita yang berusia tetapi kelihatan muda dengan wajah yang sihat berseri, itu bererti dia mengambil vitamin E secukupnya

3. Membantu di dalam menyerap vitamin A
Vitamin A seperti yang terdapat di dalam karot penting untuk penglihatan dan kulit yang sihat. walau dalam kuantiti yang sedikit, vitamin A ini perlu diserap oleh tubuh bagi kegunaan di atas. pengambilan vitamin E dapat menolong menyerapnya.

4. Melawan dan mencegah jerawat
Menyapu losyen yang mengandungi minyak vitamin E sangat membantu mencegah jerawat atau jeragat dari timbul di permukaan kulit.

5. Mencegah penuaan kulit
Vitamin E ialah sejenis antioksidan. vitamin E melawan radikal bebas dan membuang toksin dalam tubuh. jadi vitamin E penting sebagai agent 'anti-penuaan' kerana bahan-bahan mekap yang mengandungi vitamin E dirumus khas untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di muka. pengambilan supplement dalam 400 milligram vitamin E setiap hari pula akan memperbaiki tekstur kulit anda, dan elakkan daripada dimusnahkan oleh pancaran matahari.

6.Elok untuk kulit yang terbakar (sunburn)
Vitamin E ni sejuk dan sangat berkesan menghalang rasa terbakar. sapukan pada kulit sebelum terkena pancaran matahari bagi melihat kesannya secara positif.

7. Mengurangkan parut bagi perempuan yang mengandung, anda pasti mempunyai 'stretch mark' di perut. 
Sapukan vitamin E di bahagian tersebut akan menghilangkan kesan parut. ini kerana parut terbentuk oleh collagen dan vitamin E dapat mengurangkan kekuatan ikatan molekul dalam collagen itu.

8. Mencegah barah kulit
Kerana merupakan satu antioksida dan juga kerana ia dapat melindungi kulit daripada panahan pancaran matahari, gabungan kedua-dua ini sangat bagus dalam melindungi tubuh daripada kanser kulit ataupun masalah kulit yang teruk.


** Cara Guna :
Pulas bijik atau cucuk dengan jarum atau potong menggunakan gunting yang bersih
Sapu pada tempat yang dikehendaki. sangat mudah :)


**Waktu Guna :

PALING BEST !!!!

ia boleh diblend dengan make-up/foundation/BB cream/ bedak asas. Muka akan semulajadi glowing. Sangat berkesan.

 - malam sebelum tidur untuk memberi NUTRISI pada kulit.
 - jika mahu kesan yang maksima boleh menggunakan pada siang dan malam hari


**Main Ingredient:
Ovine placenta oil, water, tocopherol, fragrance.
TERNYATA HALAL & DI LULUSKAN OLEH KKM


Harga 
100 biji - RM 150
Repack!
10 biji -RM 18
30 biji -RM50
50 biji -RM80


Dermafal Plasenta Seum Complex With Squalene & Vitamin E 
(60 biji)

*UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA, BUKAN UNTUK DIMAKAN 


Ekstrak plasenta biri-biri mengandungi sumber nutrien yang kaya, termasuk sitokin bioaktif dan faktor pertumbuhan semula sel kulit. Elemen-elemen ini yang diperkayakan boleh membantu meremajakan sel-sel kulit kusam dan mencergaskan semula keanjalan kulit, menawarkan anda kulit yang lebih cerah dan kelihatan lebih muda.

Dengan penggunaan berterusan, Dermafal mengembalikan tahap lembapan optimum kulit dan meningkatkan keanjalan di samping mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Jeragat & parut jerawat akan berkurangan dan membawa kembali kulit yang cantik.

Cara Guna :
- Pulas capsule atau boleh menggunakan jarum yang bersih atau gunting yang bersih
- Sapu pada tempat yang dikehendaki/wajah/leher

Waktu Guna :
- Malam, sebelum tidur
- Jika mahu kesan yang maksima, boleh digunakan siang dan malam (optional)


Harga  (Pink)
60 biji -RM 145
Repack!
10 biji - RM30
30 biji - RM80


Harga  (Oren dan kuning)
60 biji -RM 160
Repack!
10 biji - RM32
30 biji - RM85



BERMINAT BOLEH KE FACEBOOK SAYA Jiha Najiha 
Atau Emel : fantasticlife_19@yahoo.com.my




Koleksi!


Takde mood nak menaip.
Kongsikan gambar aje!
sila tengok.


Saturday, March 24, 2012

Segmen : Pencarian Bloglist April Hazwan Hairy


Hello semua!
Selamat petang yer. 
Bukak dashboard blog tgk ada latest update Segmen : Pencarian Bloglist April Hazwan Hairy.
Jadinya nak join lah. Sempena bulan APRIL adalah bulan yang istimewa untuk diriku.

Jom join segmen ni.
klik gambar di bawah untuk terjebak sama dalam segmen dan maklumat lanjut ok

 

Anda-anda yang nak turut serta perlulah melakukan perkara berikut:

[1] Follow blog beliau! 
Aku dah lama jadi follower. Eh2!lama ke.Yang penting sebelum adanya segmen ni.

[2] Tajuk entry yang bertajuk 
Segmen : Pencarian Bloglist April Hazwan Hairy

[3] Cerita tentang blog
Blog yang diberikan nama SILENT THINKER. Kenapa nama Silent Thinker? Sebab aku seorang yang suka diam-diam dan berfikir2. Boleh? Bertemakan warna UNGU/ PURPLE. Simple blog!. Blog ini adalah blog personal yang bermaksud aku akan update apa-apa sahaja yang dirasakan ingin dikongsikan. Ada info kesihatan, gambar-gambar,kisah hidup dan macam-macam. Nak tahu sila la mengEXPLORE blog yang tidak seberapa ini.

[4] Kekerapan berbloging
Membuka blog setiap hari. Berapa kali sehari aku lupa nak kira!
Mengupdate entry sekurang-kurangnya satu entry sehari.
Tapi kalau blog aku tak berupdate tu maksudnya cik penulis ni sibuk atau connection internet mengada-ngada namanya.

[5] Link kan entry ini ke blog encik yang buat segmen.


tarikh tutup : 27 mac 2012
Cepat-cepat! Terhad kepada 30 blogger sahaja!






Friday, March 23, 2012

Jom Menang Baucar PTS.


Hello semua!
Selamat hari jumaat.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL) tak lama lagi. Bulan april nanti.
Jom shopping buku! Walaupun aku tengah tak berduit ni!

Maklumat lanjut klik gambar bawah!
Ada peraduan Hebah & Menang.
Hadiah menarik tau.
Cepat-cepat klik!



Thursday, March 22, 2012

Gambar: Peserta Lelaki On Air



Hello semua!
Tiba-tiba mengupdate Program On Air!

 

Rancangan ON AIR ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara program-program kelolaan Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, Maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV.

Entry sebelum ini peserta wanita.
Dan ini 10 peserta lelaki.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


sumber gambar : fanpage On Air 


:: Gudluck semua!::
Tiba-tiba teringat task diorang masa menemuramah Ramli MS, Rozita Che Wan dan sorang iron lady yang namanya aku tak ingat. Macam-macam gayanya!






Wednesday, March 21, 2012

Gambar: Peserta Wanita On Air


 

Rancangan ON AIR ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Ria yang memaparkan pencarian pengacara pelapis yang boleh dibentuk untuk menjadi pengacara program-program kelolaan Astro. Bidang pengacaraan amat sinonim dengan sebuah stesen TV, Maka dengan itu sesi ujibakat telah diangkat menjadi sebuah program TV.

Dan 10 peserta wanita ialah.....

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


sumber gambar : fanpage On Air 
sumber : Astro

Tontoni On Air setiap rabu di Astro Ria (104)



Wordless Wednesday # 24 Kura-kura & si kecik




Comelkan.




Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 19, 2012

Saya konvo bulan Mei!



Hai semua!
Tajuk entry yang memang sengaja nak bagitahu satu Malaysia dan jugak dunia yang aku akan konvo bulan Mei 2012 nie.
Motif kau kan!

 Lepas dapat tarikh aku bergraduasi sama ada 7 mei atau 8 mei aku nak paksa 1 Family datang konvo aku.
Well satu-satu anak mak abah yang berjaya ambik pendidikan.
Nak sangat aku jadi cikgu!
dah usaha 4 tahun jadi kena datang yer!

Saturday, March 17, 2012

Quaker Oat Cookies




Pernahkah anda nampak cookies seperti di atas.
Adakah anda pernah rasa?
Aku sudah beli dan rasa! Sedap tapi bagi aku sangat, sangat dan sangat manis!

Quaker dah mempelbagaikan produknya dengan mengeluarkan cookies!
Dulu-dulu kan Quaker oat yang buat air tu kan.
Ada beberapa pilihan. Ada 4 kot.lupa!
Ada Chocolate Chips, honey nuts, apple & cinnamon dan raisin.
Tapi aku pernah rasa Chocolate Chips dan honey nut.
Dan aku suka yang chocolate chips!

packaging Quaker oat cookies ni ada 2. 
satu dalam kotak dan satu lagi pek macam dalam gambar!
Dalamnya kecik-kecik macam gambar bawah. Dalamnya lagi ada 3 yer!




:: Jemput-jemput rasa! ::




Friday, March 16, 2012

Diet Rasullulah.


Selamat hari jumaat semua.


Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman.
 Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.

Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan.




:: selamat beramal::
Aku breakfast & dinner dengan Herbalife




555


Hello semua!
Selamat hari jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam!

555. Apakah?Adakah buku 555.
Buku 555 yang femess sebagai buku hutang. Sapa hutang dengan aku cepat selesaikan!
bawah ni la buku 555


Apa aku merepek pagi-pagi ni. Sebenarnya nak cerita pasal follower blog saya ini!
Baru terperasan sekarang jumlah follower 553. Wehuu lagi dua nak ke 555.
orang lain dah beribu follower tak kecoh. Kau baru nak masuk 555 je.
hello! aku tak kejar dan mengejar bilangan follower! 
Aku tersangat la benci bila dapat message macam ni " hai dear! i dah follow u.nanti follow i balik.".
Lebih kurang macam tu bunyinya. Nak suruh aku follow2 pulak.
Buat kali ke 18 kali aku hanya follow blog yang aku suka, bagus dan bermanfaat dan lagi satu yang menjadi syarat contest.
mintak maaf kalau ada yang terasa.



Ok.aku nak tunggu follower yang ke 555.
I have something untuk follower ke 555.



Thursday, March 15, 2012

Ketidaksempatan.



Hello semua!
Macam berhari-hari tak mengupdate blog. Damn! tak tercapai target bulan mac untuk aku up entry at least SATU SEHARI..Buh gambar sahaja pun dah dikira update kan.
Ketaksempatan nak menulis. Eh tak sempat? Bajet macam sibuk benar.
Tak lah sibuk sangat tapi sibuk la jugak. Dipendekkan cerita sibuk lah.

Bila ada masa ni aku lupa dan hilang ingatan pulak apa yang nak di tulis.
Haihhhh.Macam-macam.










Monday, March 12, 2012

#Artikal Pilihan : ALLAH AJARKAN UNTUK INGAT KEPADANYA SETIAP WAKTU


Hello semua!
Selamat pagi!
ditulis oleh ROZIYAH MAHAMAD


Alhamdulillah. Perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru, bacaan, akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini.

Saya faham kenapa ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:-

...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10).

Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur'an jadi mudah, bangun tahajjud jadi mudah, berdakwah dengan rela hati, Ikhlas hidup hanya untuk Allah. Tanpa DAYA TAQWA ini kita tak akan mampu melakukan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud:


...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-Lah yang melempar" (QS. Al-Anfaal; 17)
" Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui"(An Nuur 24 : 21)..

Allah YANG Mengerakkan kita semuanya. Setiap gerak geri kita seperti digerakkanNya alam semesta ini. Kita hanya bersandar kepada gerakNya, kehendakNya. Justeru berbuat taqwa jadi mudah bila Allah yang menggerakkan kita dengan daya TAQWA yang sungguh kuat. Daya inilah yang menggerakkan Tsunami, daya inilah yang membelah laut Merah menyelamatkan pengikut Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun. DAYA inilah yang kita CARI.

Bagaimana? Lihat dan fahami kembali Surah Asy Syams tadi. Daya ini kita perolehi bila kita MENSUCIKAN JIWA. Bagaimana? Dengan INGAT kepadaNya. Lawan Ingat kepada ALLAh adalah LALAI. Justeru setiap waktu kita hanya boleh berada dalam salah satu dari dua keadaan. Keadaan orang yang INGAT atau LALAI kepada Allah. Bila kita INGAT kepada ALLAH, Dia menggerakkan kita dengan daya taqwaNya, justeru kita begitu rajin membaca al-qur'an dan sanggup duduk berzikir dan mudah menghulurkan sedekah atau bantuan. Namun ketika kita LALAI kepada Allah, kita rasa malas nak beribadah, malas nak solat sunat, rasa nak cepat habis berzikir sebab banyak urusan lain nak dilaksanakan. Ketika kita lalai kepada Allah, maka Allah mengirimkan syaitan ke dalam hati kita. Firman Allah:

..Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. "(Az Zukhruf 43 : 36-37)..

maka kita dilorongkan ke jalan kefasikan di atas pilihan kita sendiri YANG LALAI kepada Allah.

Inilah rahsia sebenarnya. KITA WAJIB BELAJAR BAGAIMANA INGAT KEPADA ALLAH!!!.

Maaf saya tulisan capital letter, sebab saya nak tekankan tersangat penting perihal ini. Kita MESTI INGAT kepada Allah setiap waktu. Hati dan jiwa kita MESTI terhubung denganNya SETIAP MASA. Sekiranya tidak maka kita sedang lalai, itulah sebab bila azan bergema, kita rasa berat untuk solat kerana apabila kita lalai, ada syaitan di hati kita.

Kaedah kita berzikir perlu dievaluasi. Apakah zikir kita mampu menghubungkan jiwa kita kepada Allah. Apakah zikir kita benar-benar menyadari Allah atau sekadar di bibir dan dihati ada perasaan nak cepat habis. Ingat kepada Allah yang sebenarnya akan menghasilkan perasaan bahagia tak tergambarkan. Tidak mahu lepas dari ikatan hubungan seperti sedang berhubung dengan kekasih pasti tak sanggup melepaskannya. Ya Allah, setelah saya faham ilmu ini, saya menyesali hari-hari saya yang berlalu dengan keadaan lalai kepada Allah. Ruginya saya. Bagaimana kita lalai?

1. Sibuk buat urusan pekerjaan. Walaupun kita ikhlaskan kepada Allah tapi jiwa kita tak terhubung dengan Allah ketika kita melakukan kerja samada di pejabat atau dirumah.

2. Sibuk dengan keluarga, kawan-kawan, tetamu dan sebagainya. Jiwa kita terputus dengan Allah.

3. Sibuk tengok TV terutamanya movie atau sinetron. Ikatan dengan Allah sering terlepas.

Persoalannya, tak bolehkah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana? Kena belajar caranya.





Inilah perkara penting yang saya perolehi dan inilah garapan hasil perjalanan saya yang masih panjang ini. Saya ingin berkongsi, itu saja. Saudara saudari pembaca mungkin ada yang tidak faham, jangan risau kerana kefahaman itu ALLAH yang beri. Doalah agar Allah memberi kefahaman.

InsyaAllah saya bercadang untuk membuka kelas berkongsi kefahaman seperti ini dan di kelas ini saya ingin sekali untuk berkongsi kaedah ingat kepada Allah. InsyaAllah kawan-kawan sehalaqah saya juga pasti dapat membantu dengan pengalaman mereka juga. Namun sebelum impian menjadi kenyataan, saudara dan saudari pembaca boleh praktikkan dulu beberapa amalan yang diajar guru saya.

Setiap lepas solat subuh, duduklah seperti sedang beriktikaf. Sambungkan jiwa kepada Allah dan PERTAHANKAN KESEDARAN ke ALLAH selama sekurang-kurangnya 30 minit. Lakukan juga selepas solat Isyak.

Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-

1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.

2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.

3. Berpuasa lah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.

4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.

5.Sabar atas apa saja perkara yang berlaku.



:: sekadar berkongsi.Selamat Membaca ::



sumber : i luv islam 

Selamat Hari Lahir Sahabat!



hello semua!
Ini entry khas sempena birthday one of my BFF.


Diperkenalkan dulu ini best frends sy sejak tingkatan 4.
her name Norfazlina Ahmad.
Walaupun kami jauh dimata tapi dekat dihati. Eh apa aku merepek ni

just wanna wish :
HAPPY BIRTHDAY LINA.
Semoga Panjang Umur.
Dimurahkan rezeki.
Berjaya dalam apa jua yang kau buat.
May Allah Blessing You.
AND the most Important! 
Persahabatan kita akan terus berkekalan!
Sayang Kau!



:: Entah tahun ke berapa aku tak boleh nak celebrate birthday ko. Gayanya macam duduk jauh berlainan negara je ::


Sunday, March 11, 2012

:: Chocoball lagi ::


Hello readers!
Selamat malam.
Kononya nak publish entry pagi tadi lepas siap  buat Chocoball untuk kedua kalinya.
Ok! Tapi still tak perfect. Macam ada something yang kurang.
Apakah itu? Aku tengah fikirkan ni.



biskut butang


Chocoball yg siap!




Rockmelt.


Hello Readers!
Selamat Malam.
Blur-blur kejap! Baru Install Rockmelt.
macam best jugak!
Cuba la try yer.


butterfly + purple
memang aku sangat-sangat suka!



Saturday, March 10, 2012

Cerita tentang Kalori.


Hello Readers!
Selamat Petang.

gambar hiasan dr koleksi sendiri.



Apa itu Kalori?

Kalori merupakan satu unit tenaga dan kita boleh mengaitkan kalori dengan makanan tetapi ia juga berkait dengan apa saja yang mengandungi tenaga, misalnya 4 liter petrol mengandungi kira-kira 31,000,000 kalori.

Secara spesifik, kalori merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Ramai orang berfikir kalori hanya berkaitan dengan makanan misalnya satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori, sebenarnya kalori dalam makanan adalah kilokalori (1000 kalori = 1 kilokalori).

Satu kalori dalam makanan mengandungi 4184 J. Oleh itu satu tin minuman berkarbonat mengandungi 200 kalori makanan atau 200,000 kalori atau 200 kilokalori.

Ini juga sama semasa bersenam dimana jadual kecergasan mengatakan anda membakar 100 cal setiap kilometer berjalan bermakna 100 kcal.

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein.


Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari? 

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).



Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?


Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori









:: sila amalkan gaya hidup yg sihat ::



Friday, March 9, 2012

:: Chocoball ::



hello readers!
Selamat tengahari semua. Dah luch ke?
yummy.baru lepas makan Tom yam.

Chocoball. Tau tak apa chocoball. Sila tengok gambar bawah.
dan silalah tengok dan mungkin anda terliur.
Berjaya juagk aku buat Chocoball ni.
Dah lama nak buat tak tau resepi. Sekali ambik kau. Jadi! Edisi campak-campak bahan dengan mak sy!
Jadi! Rasa sama macam akak yg jual tu.
Bertekad nak jugak tau buat Chocoball ni sebab akak yg selalu kitorg beli masa rasa SANGAT BELAGAK! Carik gaduh dengan aku. Padan muka tahun ni aku tak order dah!







Sedap kan!
Teringin nak Makan? Boleh la order dengan sy. 



:: Selamat menjamu selera ::



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat