Sunday, December 18, 2011

Blog direview: Terima Kasih Kaki Wayang!



Salam SEMUA.
Ahaaa. Selamat hari ahad. 
Terkejut aku tiba-tiba masuk komen dari Kaki Wayang yang bunyinya macam ni. Blog anda sudah diiklankan secara percuma di sini..sila lihat Image slider.. http://informations-the.blogspot.com/


Kaki Wayang ada buat segmen kaki wayang nak review blog. 
Dengan tak sengaja menjoinkan diri. Tanpa niat. Boleh kata macam tue ke? Whatever lah!
Rezekinya, dapat direview. Dan bestnya blog diiklankan di blog Kaki Wayang. Sila tengok Image Slider blog beliau!





D' Informationz
:: ini header blog Kaki wayang, Comel dan aku suka ::


Taraaa...
:: header blog yg bergerak-gerak dekat Image Slider blog Kaki Wayang ::


:: Review tentang blog aku yang tak seberapa ::
Mau baca?
Klik gambar ye!


Antara nasihat yang diberikan Kaki Wayang adalah

[1] Buang lagu 
Sebabnya tak semua suka dengar lagu-lagu bila bukak blog. Mungkin akan mengganggu!
Insyallah nanti aku fikirkan~

[2] Penulisan : Pelbagaikan lagi judul bacaan dan artikal. 
Selame ni aku buat kurang berjudul agaknya. Takpe akan diperbaiki.

[3] Letak 2 atau 3 entry sehari.
Ini bergantung kepada masa sebenarnya. If free memang boleh naikkan banyak entry. Akan diperbaiki jugak.

[4] Letak butang share.
Lebih banyak butang share. Jadi dapat mudah untuk share ke Social Network.  Sudah diletak.

Terima Kasih kaki wayang kerana telah memberikan kritikan dan teguran yang membina
Insyallah akan memperbaiki segala kekurangan tersebut.
Happy Blogging semua.


4 Blog lain yang direview adalah seperti di berikut:

The Official Blogsite EddySyrol


ARACHIS afiq. 


Afiqah Nabila 


Cer Citor







Saturday, December 17, 2011

Malam Ini.


Update ringkas. Ringkas ke?

Malam ni malam Pra graduasi. Dan Akhirnya tiba masa kami diraikan. 
Selama ni asyik meraikan senior aje kan.

Tema : Merah Hitam.
Hohoi aku dah suka kaler merah tau. Nampak ketaksesuaian dengan aku. Disebabkan tema, maka ikutkan aje lah.




p/s: Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. malam ni buat persembahan.


Baucar Buku 1Malaysia


Untung Lah sapa yang dapat baucar buku. Boleh beli buku banyak-banyak.
Aku tak dapat sebab dah tamatkan pengajian. Kira tak layak dah.

1.3 juta pelajar layak terima baucar buku RM260 juta



PUTRAJAYA 16 Dis. – Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

Katanya, pemberian baucar tersebut diberikan tanpa mengira penuntut itu mengikuti pengajian pada peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan pun Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa atau pun sebaliknya.

“Semua pelajar warga Malayasia yang aktif dan berdaftar dalam tempoh Januari hingga Mac tahun depan di institusi pengajian awam dan swasta (IPTA/S), politeknik, matrikulasi/asasi mahu pun di peringkat pengajian persediaan layak menerima dengan syarat daftar sebelum hujung Mac.

“Seorang penuntut akan mendapat empat baucar bernilai RM50 sekeping dan mereka hanya dibenarkan membeli buku akademik, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi kementerian tersebut di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, tempoh sah laku baucar tersebut hanya selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

Sehubungan itu, katanya, penuntut boleh menebus baucar itu di mana-mana kedai buku yang menyertai program tersebut namun dilarang menebus dengan wang tunai.


sumber : utusan online 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat