Showing posts with label konvokesyen saya. Show all posts
Showing posts with label konvokesyen saya. Show all posts

Friday, May 18, 2012

My Convovation Day



# Cerita hari konvokesyen lagi.

Walaupun dah semingg berlalu aku masih nak update.

Batch aku, intake Julai 2008 memang sangat-sangat beruntung. Sebab kami lah yang mula-mula melalui Istiadat Konvokesyen di Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Sesuai dengan batch Julai 2008 yang asyik di "eksperimen" je untuk merasmikan guna Dewan Besar ni. Boleh macam tu.
Tak dapat belajar di Kampus ini sebab baru siap.Jadi konvo di sini pun jadilah.
Sesuai dengan nama Dewan Besar memang besar sungguh.Nak tau besar mana sila la melawat sendiri.





Istiadat konvokesyen aku sesi 3. 8 Mei 2012 sesi petang.
Bertempat di Dewan Besar.
Gambar di bawah adalah BAR CODE yang diberikan kepada setiap graduan yang menerima pengijazahan.
Di situ tertera nama graduan,no matrik, kursus yang diambil, dewan dan no kerusi.
Bar Code tersebut TIDAK BOLEH DILIPAT/DI CONTENG dan sebagainya. Harus dipegang dan beri kepada petugas semasa nak naik pentas. Kalau sistem tak dapat baca bar code nama kau tak disebut.



Apa fungsi Bar Code itu yer? 
Bar Code tersebut akan di Scan semasa graduan naik pentas. Maka akan tertera sebutan dan nama graduan di Skrin dewan.(seperti dalam gambar bawah)



See! Betapa gembiranya aku kan!



Bunga dari Mak dan abah saya.
Purple kan.Macam tema baju aku.eh!


Wehuu! Inilah hadiah untuk Mak dan abah yg tercinta.
Kini saya pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keushawanan dan Perdagangan dengan Kepujian.




#Tunggu posting yang tak tau bila ni. Insyallah ada rezekinya nanti. Sama-sama berdoa yer!




Tuesday, May 15, 2012

3 jam sebelum Istiadat Konvokesyen!



Genap sudah seminggu istiadat Konvokesyen saya.
Belum siap-siap lagi mengupdate story! tengah malas tahap dewa. Semua entry didraft sahaja.
Seperti di tulis tajuk entry 3 jam sebelum Istiadat Konvokesyen.

Kami iaitu saya ,iqa beary dan fafa telah merancang untuk sesi photoshoot sekali lagi. Tak cukup sekali kau.
Sila ke entry Preconvocation BFF untuk kisah photoshoot pertama kami.
Kali ni shoot tak berbayar oleh cousin kesayangan aku Iwan. Thanx ye cousin.

Memang keje giler lah. Beberapa jam sebelum Istiadat konvokesyen bermula. 
Photoshoot! Dan gara-gara photoshoot ni lambat masuk panggung percubaan.
Set time jumpa di Kampus lama. Motif shoot di sana sebab selama 3 tahun setengah belajar kat sana ye. Hanya Konvo je kat Kampus baru.
Sebenarnya bukan nak shoot sangat tapi niatnya nak pertemukan ibu bapa kami. Family aku,fafa dan Iqa beary.Well BF katanya!

Jom tengok gambar yg tak seberapa tapi amat bermakna bagi kami bertiga.
Takde dah moment macam ni lagi. Nak konvo Master bersama-sama macam sangat kecik peratusannya.
Ini antara shoot yg ada.










Ok.itu sajalah. Next update story konvo lagi.

#thanx kepada sapa yg sudi membaca.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat