Showing posts with label journey to our marriage. Show all posts
Showing posts with label journey to our marriage. Show all posts

Monday, December 26, 2016

Kisah kami : Alhamdulilah...Married!!



02.12.2016
Alhamdulilah.
we're married.
dengan rasminya we are husband & wife.

thank u husband.thank u family .thank u kawan2 dan semua yang dah banyak membantu majlis kami.
Terima kasih encik suami. u give me everything i want.






macam2 dugaan rasa sebelum majlis. Lagi2 dah dekat majlis. Nanti i update satu2.


Friday, October 14, 2016

48 day lagi


48 day to go.
Ya Allah cepat pulak rasa masa ni bergerak.




preparation mostly by call by on9.
memang satu cabaran yg sgt besar.
Semoga segalanya berjalan lancar.


Monday, June 20, 2016

Diari Kawin : Jam hantaran



Orang kata nak kawin beli hantaran sikit2.
Memang betul tu.
Bagus guna konsep 1 bulan 1 barang. Senang nak budget.

Ini jam hantaran beli kali kedua. 
jam pertama en tunang dah beli awal. Tapi tiba2 weols buat keje giler nak tukar jam lain.
Motif sangat. Haha. Perancangan yang tak berapa betul. 

Jam pertama beli Adidas. sport katanya. 
Tapi yg nak buh ats dulang nanti jam Fossil ni.
En tunang kata " kita ada 2 pasang jam... bersukan guna adidas..kejee ke jalan guna fossil"





Bila fikirkan pasal barang hantaran memang banyak en tunang yang tolong setel. dia carik. dia pilih dan dia segalanya lah. Tapi aku tetap bayar utk hadiahkan pada beliau.

Monday, June 13, 2016

Diari Kawin : Cadar kawin


Nak kawin ni macam-macam nak kena fikir.
Kita ni kalau boleh nak simple aje.
Tapi kan mak awal2 kata " bilik ko warna apa?"
"langsir warna apa"
" cadar warna apa"

Alahai la mak. Ikutkan ajalah,
yg penting konsepnya simple.
Keje nun jauh di sarawak susah nak survey semua benda. Tiada masa, Serius.
Pergi Sogo hari tu pun tengok2 cam tak de pun yang menarik.
Pergi GM Klang ada la yg macam di bawah ni. 
Lawa jugak tapi harga macam mahal. Nak Carik yang murah sikit lah dan boleh guna sepanjang masa. Tak nak lah beli lepas tu tak guna. Simpan dalam almari. Kan itu satu pembaziran kan.
Tak bagus tu,





ok. nanti merepek lagi,

Monday, June 6, 2016

Terjebak lah jugak



Ya Allah. Terjebak jugak dengan kesesakan dan penuh lautan manusia.
Tiada pilihan. Ini saja masa yang ada.
Misi separuh tercapai lah jugak.
Walaupun mood jadi ke laut siap macam nak gaduh.
Kesimpulannya. jangan pergi carik barang masa org sibuk nak bersopping. Baik duduk diam2 dalam rumah .

Tuesday, May 10, 2016

Genapnya setahun


Alhamdullah.
Genap SETAHUN. 
eh setahun dah. 
Setahun yang lalu en tunang message kita kt facebook.
Hari ni xde dah message kat FB. 
haha.



Marilah mengira hari jejak kaki kat Semenanjung. 
Balik masa untuk makan. 
mengira hari jugak nak ke our big day. Macam tak lama dah. apa pun belum start.


Tuesday, March 15, 2016

Kursus Kawin


yeayyy.
Alhamdulilah. Dah boleh kawin.

Dari Zaman belajar org dok sibuk pergi kursus kawin. Senang katanya dah g kursus kawin. Tapi ak tetap tak nak pergi. Belum nak kawin. hihi.
Nak kawin baru lah sibuk2 mencari masa.
Alhamdulilah. Allah permudahkan urusan. Allah beri kesempatan. Dapat hadiri kursus dua hari. =)



Monday, February 15, 2016

200 hari



Throwback 200 hari  
Macam cite kartun pun ye gak.Haha. But I believe dengan Allah.
How sweet perancanganNYA kan.

Senyum sorang2 bila difikirkan.
Pun nak rasa gelak sorang2
Tapi encik tunang sy nk kongsi gelak sama2. Haha. Letih la ketawa hari ni.


Awak..awak..awak.
Terima kasih untuk semuanya




Thursday, February 11, 2016

Kami .Kami & Kami




When u have to thing about your wedding. your big day.
i want to make it simple wedding, our family suka, sy suka dan bakal suami suka.
Jom lah kita start dengan check list. 
List kan setiap benda yang penting.yang perlu.
Nak pergi window shopping tak boleh di sini. survey2 dari internet ajalah. Plus bakal suami la buat semua benda dulu. =P


lets enjoy our preparation of our big day.
Manisnya bila best friend pun nak kawin tahun yang sama. Bakal suami pun ada ciri-ciri yg sama. Sweet sgt kan!
Since my best friend pun nak kawin jugak..we can share sama.
hihi.
Cik Iqa Beary ko tak nak kawin sama tahun ni ke? =P





# i miss my bff yang dua orang tu.



Wednesday, February 10, 2016

Green tea




Orang kata Green Tea bagus.
Orang pun kata nak kurus minum Green Tea.
 Ok la nak cuba. Boleh ke cmtu?Kot2 berjaya kurus.
Usaha tangga kejayaan. Payah orang yg "food lover" macam aku ni nak diet.
Alasan..alasan dan alasan semua tu. Nak 1000 daya, kalu dah tak nak memang tak nak lah.


Tersedar dari lamunan bila anak murid dekat sekolah cakap "Cikgu....sy nampak cikgu macam dah gemuk!!!". " Cikgu nampak bambam"
Cikgu memang sedar cikgu ni gemuk. Tapi bila anak-anak murid tegur macam tu terasa ok. Tersentap di jiwa.

Ok lah jom lah start Diet sikit. En Tunang tak moh join sama ke??
 Bukan la nak kurus. Nak kurangkan kg tu sikit, Kang tak muat pulak baju kawin i. Haha.


Disebabkan green tea banyak khasiatnya. Kita minum lah sehari sekali.
Daripada eksperimen yang dijalankan.... aku cuma berjodoh dengan brand "Ahmad Tea". Segala brand mendatangkan keburukan sikit. Minum yg BOH green tea habis pening berhari2. Minum LIPTON pun sama. Cannot go!



Di sini share kebaikan dan khasiat green tea.

Lindungi kulit
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

Rawatan kulit
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.

Pelindung memori

Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.

Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol.
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.
Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.


Mencegah penyakit gigi

Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah

Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

Pencegah kanser

Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.



Wish me luck la ek.
Semoga Istiqomah..



Monday, February 8, 2016

Mimpi ke?



Mimpi ke apa ni. 
Senyum sendiri bila teringat ok
Kadang terasa nak ketawa pun ye jugak.
Kelakar kan..


Awak..awak...awak...
Terima kasih sebab muncul dalam hidup sy. 
Terima kasih menerima sy seperti mana diri sy.
Terima kasih bagi sy kebahagiaan
Terima kasih buat sy senyum setiap hari
Terima kasih sentiasa berada di sisi
=)

Tak ingat la bila say YES kat awak. 
Ke tak pernah cakap pun YES tu? ( hilang sikit memory excident agaknya)
Tak pentinglah semua tu.
Dengan hati yg ikhlas sy terima awak. Sebab sy yakin awak boleh jadi imam sy. Boleh bimbing sy. Boleh teman sy makan2.  Boleh teman sy jalan2 Boleh tahan dengar sy membebel. Boleh tahan kena sekeh, kena tumbuk dengan sy. Boleh susah dan senang dengan sy. Boleh segala-galanya lah.



Setiap orang ada kisah tersendiri.
Perancangan Allah tu terbaik untuk setiap hambanya. 
Kena percaya tu. Dalam semua perkara Allah tahu apa yang terbaik.
Am i right?


Yakinlah bahawa Allah sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini: "Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik."











Tuesday, January 26, 2016

Sebulan...




Alhamdulilah.
Genap sebulan.
10 month to go... 

Semoga kami diberikan kekuatan dan kesabaran.
Long Distance relationships.. kejujuran dan percaya antara satu sama lain tu penting.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat