Showing posts with label My Life in Sarawak. Show all posts
Showing posts with label My Life in Sarawak. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Teacher'slife : MTQ 2015


Namanya Cikgu. 
Jadi semua kena tau buat. Dan apa sahaja tugas yang diberi kena jalankan dengan ikhlas.
Kali ini aku tidak dilibatkan dalam MTQ.
Tetapi sengaja nak ikut Cikgu Fazaliza.
saja nak tengok MTQ kat Sarawak macam mana. 
Well, aku memang suka carik pengalaman baru.
Menarik sebenarnya! Serius!
dapat belajar sesuatu yang baru.

MTQ kali ni di SMK PUSA.
Seawal-awal pagi bergerak ke SMK PUSA. Cikgu saja awal. tapi bergerak ke SMK PUSA agak lewat gara-gara menunggu student dan cikgu lain.

And here we are.
Eh kitorang yang 1st sampai dan daftar!

Penyayi nasyid kita bersiap!


Cikgu jugak nak kena pakaikan sampin.
hai la anak2.






















Rezeki SMK BM tahun ni tiada untuk nasyid.
hanya berjaya membawa pulang.
1) Johan Tilawah Al Quran
2) Johan Syarahan
3) Naib johan Hafazan


Alhamdulilah.
Cuba lagi tahun depan.


Wednesday, April 1, 2015

Teacher's life : friendship



Lama dan lama tak menulis di sini.
tak merepek di sini.
tak sempat lah.gaya macam bz benor!!


FRIENDSHIP!!
Inilah kawan2 Sarawak saya.
ada orang kata " kenapa ko boleh rapat dengan orang2 Sarawak ni"
eh! do i care. Suka hatilah. Nak berkawan kena kenegerian sangat ke. 
My friend merata di Malaysia. Berkawan biar beribu. Betul tak?
Dah kalau aku ni Selangor kene kawan dengan orang Selangor sajakah?
Dah kalau ada masalah duduk sini sapa nak tolong.



meh2 kita kenalkan.semua masih single ok!
dari kiri : Fazaliza,Fazalina,tuan blog, Kembu.
btw fazaliza n fazalina tu adik beradik.. Best kan satu sekolah.




kami ada minat yang sama,
Camera & gambar!
Dan mungkin kerana itu aku boleh masuk dengan mereka.








satu benda nak kata. mereka bertiga ni ada "something " yang rasanya aku tak jumpa dekat kawan sekolah yang lain.
gembira berkenalan dengan awak semua!




Sunday, November 2, 2014

JJCM : MEE Udang Simpang Nyabor


food review.
Yes sy food lover.Suka JJCM dan kaki jalan.
Sementara masih di Sarawak meh kita explore makanan di Sarawak
Sarawak femess dengan Laksa Sarawak. 
Tapi..tapi dan tapi can not go la dengan laksa sarawak. Tak boleh masuk.Tak kena dengan selere i.


Semalam ke Kabong. Family day sekolah. Otw balik singgah ke Nyabor.
Nak try Mee Udang kedai lain pulak. Nasib tak menyebelahi kami. Kedai biru tutup! Dah petang.
Jadi kita try kedai lain plak.

Taraaaa....memperkenalkan Mee Udang



OK.Not bad.Sedap. Kuahnya boleh kata pekat jugak, ada 3 ekor udang besar.
Berbaloi la makan. Alhamdulilah kenyang.
Harga RM 25

inilah rupa udang2 yang telah dimakan oleh kami berlima.



inilah rupa kedai Mee Udang tersebut. Takde nama kedai pun.
kedai biasa2 saja. Well kedai biasa2..buruk2 tu yg selalunya jual makanan sedap.


Nak share beberapa entry JJCM di Saratok dan sekitarnya

Monday, October 13, 2014

Photoshoot di Kabong


6 bulan pertama posting..
Hidup macam bosan je dekat Saratok. 
Biasanya every week ak akan outing.
join kawan shoot wedding. join kelas photography. Tapi duduk sana.
nothing2.takde geng okey yg giler gambar!!

Tapi sekarang dah ok.
Dah ada geng nk shoot. nak outing.

Bahagia lah sikit hidup. Dan ada aktiviti gembira selain stresss dengan sekolah.


Inilah kerja giler. pagi meeting staf sekolah. petangnya shoot kat Kabong
Sebagai terapi katanya..

memperkenalkan kawan menembak saya!
Miss KZ KIM nama glemernya. 
Nikon user! I'm Canon.


ini antara gambar yang dishoot.
Model free tak payah bayorr..hehe.
Actually ni melayan miss KZ KIM try lens 50mm beliau.













Saturday, September 27, 2014

JJCM : Nasi Goreng Udang


Dah katanya suka makan.
Jadi bila nak kurus jiha? Makan sokmo!

Kali ni JJCM ke kedai yang sama makan mee goreng udang 
Lokasinya di Saratok sahaja




not bad. biasa je nasi tu. Udang tu ja yang rasa fresh dan besar

Harga : RM25


Monday, June 16, 2014

Mari kembali ke tempat mencari rezeki




Jomlah balik Saratok. Tempat dimana tertulis tempat untkku mencari rezeki.
Menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsa.
To be honest aku lagi prefer duduk Semenanjung. Sebab banyak makanan feberet aku kat Semenanjung! Eh.

Flight hari ni 8.15am. Naik MAS.
Pukul 6 lebih dah terpacak dekat KLIA. Pengalaman cuti bulan mac yang lalu..Hampir tertinggal flight dek kerana berbaris panjang untuk check in beg! Cuba bayangkan flight 8.15am, pukul 7.50 belum hantar bag!
Tanpa rasa malu terus potong que yang entah berapa ratus orang. Maap ye semua!
Memang ngeri lah. berlari ke Gate 11 dengan bawak bagpack, bag DSLR. 

Kali ni tak sepanjang barisan sebelum ini. Gambar bawah waktu nak check in 15Jun . Boleh check in dengan tenaang dan berjalan ke gate dengan tenang..tanpa berlari! Moralnya sila datang awal ke Airport!



flight hari ini


yang best hari ni xbosan dalam flight. boleh tengok cerita!






sampai sini saja! Esok2 update ye!
see u soon.

Saturday, May 17, 2014

Jalan-jalan carik makan ke Simpang Nyabor.



Lama jari jemari tidak mengupdate entry berkaitan jalan-jalan dan jugak makan-makan.
Dah berpisah dgn BFF yg hobi dan suka buat kerja giler! Sorang di Semenanjung dan sorang di Sabah baa...Oh i miss them soooooooooooo much.

Rasanya dah jumpa sorang yg sama sikit jiwanya! Giler camera dan amik gambar like me!
Encik Canon dah ada kawan baru. Miss Kembu and her Nikon.

Back to tajuk entry yang kekononnya JJCM.
Today kami ke Simpang Nyabor. Jalan-jalan katanya.Tengok tempat org.Misi mencari makanan berasakan udang. Orang2 kata simpang Nyabor ada makanan yg best.
Actually nak hilangkan stress!

Cara hilangkan stress adalah makan! Sapa setuju sila senyum! =)...Makan je.Camna nak kurus?

Expectation sgt tinggi.Imaginasi aku kedai makan tu ada nama ke signbord ke apa. Sekalinya takde nama ke apa ke.

Meh2 tengok apa kami makan.


[1] nasi goreng seafood = RM5.00



[2] nasi goreng udang =RM12.00




[3] mee goreng udang = RM12.00



Alhamdulilah kenyang. 
Review aku...ok la makanannya. Boleh tahan sedap. Yang bestnya tengok udang itu. Yang tak ok kena tunggu lama almost 45minit.lambat sebab tangkap udang dulu agaknya.Heee




ok.next makan tempat lain pulak.
see u!




JJCM : Mee Goreng Udang


food lover! yes i'm
this time JJCM ke Nyabor.
Objektif adalah menerjah ke Kedai Makan Mee Udang.

Dengan Tak tau kedainya,
terjah saja. dengan Miss Kim yang sudi membawa kami.

ok kami order 
Mee Goreng Udang . Harga RM12


Nasi Goreng Udang . Harga RM12



OK.Not bad!
Dengar katanya ada kedai lebih sedap. 
NEXT time terjah!




Saturday, May 10, 2014

Nasi ayam versi saratok


Selamat pagi semua!
Selamat hari sabtu.Selamat berhujung minggu.Selamat berehat.

dah breakfast?
Jom lah breakfast merangkap lunch.
Lama rasanya tak update entry jalan-jalan cari makan. Soon akan mula update. Nak aktif berblog semula katanya.Katanya ye. Kalau berkata tanpa jari jemari menaip ayat berjaya atau tak?Hee

Ok.Hari ni makan nasi ayam
Inilah nasi ayam versi saratok ok!
Tanpa rare tak. Nasi ayam ada mayonis? 1st time ok iols jumpa setelah beratus-ratus kedai makan nasi ayam. Nasi sampai je terus rasa spechless!


Ok lah.Well said.aku tak rasa nasi ayam pun.Rasa seperti nasi biasa.Ayam tu digoreng dan diletak sos. Yang aku rasa sos biasa. Bukan sos yang dibuat untuk nasi ayam. Sebenarnya rasa macam lebih kurang makan nasi goreng ayam jak.

my review je,tu yang daku rasa. Eceh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat