Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Mutiara kata : Sahabat





Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. 
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. 
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. 
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.







Monday, December 24, 2012

Mutiara Kata : Sahabat






Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Thursday, November 29, 2012

# Mutiara kata 20





Menyayangi sesuatu kerana sebuah kelebihan itu biasa.
Kagum sesuatu kerana ada perkara hebat yg dimiliki seseorang itu biasa.
TAPI
Belajar menyayangi kerana sebuah kelemahan yg dimiliki seseorang
itu baru luar biasa.



Sumber: Fan Page FB Pakar Diari Hati

Wednesday, November 28, 2012

# Mutiara Kata 19




Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.
Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

Sunday, October 14, 2012

#Mutiara Kata 18






"Seorang sahabat adakala yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya."












Friday, September 28, 2012

#Mutiara Kata 17




Belajarlah untuk boleh saling memaafkan, 
kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu yang indah

Sunday, September 9, 2012

#Mutiara Kata 16




Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.














Saturday, September 8, 2012

#Mutiara Kata 15





Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukan cinta sejati pada Allah

Friday, September 7, 2012

#Mutiara Kata 14





Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..

Thursday, September 6, 2012

#Mutiara Kata 13





Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada Anda yang sedang menderita atau disakiti, tapi tetap bermanja hati kepada Tuhan

Wednesday, September 5, 2012

#Mutiara Kata 12






Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.






Tuesday, September 4, 2012

#Mutiara Kata 11




"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita"



Thursday, August 9, 2012

#Mutiara Kata 10




Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya kerana rupa paras yang elok dapat menyesatkan.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,kerana hanya senyuman yang dapat membuatkan hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Wednesday, August 1, 2012

#Mutiara Kata 9






Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.






Tuesday, July 31, 2012

#Mutiara Kata 8




"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya".

Monday, July 30, 2012

#Mutiara Kata 7




Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita, TETAP dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan daripada-Nya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

Sunday, July 29, 2012

#Mutiara Kata 6



Daripada Abu Hurairah r.a., "Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu, tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."

Hadis Riwayat Muslim


Saturday, July 28, 2012

#Mutiara Kata 5



Daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasullah bersabda: 

" Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat kebaikan kepada sahabatnya."

Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi.

Friday, July 27, 2012

#Mutiara Kata 4




Tiga golongan yang menjadi ahli syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berlembut hati kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.

Thursday, July 26, 2012

#Mutiara Kata 3



Yang Baik Itu Budi: Yang Indah Itu Bahasa

Dari Aisyah RA, isteri Nabi S.A.W, dari Nabi SAW sabdanya: " Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat