Showing posts with label GADJET. Show all posts
Showing posts with label GADJET. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Camera Olympus VH-210



#Olympus tetap dihati!





Lama nak update pasal camera Olympus VH-210. Inilah kamera saya yang baru. Baru tak baru. Beli januari lepas. 
Tak terniat nak beli camera baru pun.Tapi gara-gara adik pinjam camera aku, aku macam patah tangan dan kaki! Susah hidup tanpa camera! Bukan sebab aku suka bergambar tapi aku suka ambik gambar!
Bagi aku setiap saat  adalah satu kenangan. tak kira manis ke pahit ke masin ke masam.eh!

Actually ada 4 pilihan warna. Aku pilih putih susu. Smart yer!
Kenapa aku pilih camera ini?
Sebab camera ni 14MP. Besar kan. Full HD. Lagi lensenya macam kamera DSLR kau. Ambik gambar memang cantik!

ini gambar yang aku ambik tanpa edit. 


Specifications

No. of effective mega pixels14M
Removable memorySD/SDHC/SDXC Card
Internal memory (for shooting )34.9MB
Recording image size (pixels)MAX.4288x3216
MIN.640x480
Lens focal length (35mm camera equivalent)26-130mm
Optical zoom5x
Digital zoom (total zoom ratio in still mode (optical x digital))20x
Focus rangeNormalW:0.6m-∞ / T:1.0m-∞
MacroW:0.2m-∞ / T:0.6m-∞
Super macro0.05m-∞ / f=8.3mm(focal length fixed)
LCD monitorTypeTFT color LCD
Size (inch)3.0 Inch
No. of pixels (approx.)460,000
Maximum ISO sensitivity1600
Magic FilterPOP ART, PIN HOLE, FISH EYE, DRAWING, SOFT FOCUS, PUNK, WATER COLOR, REFLECTION
3D PhotosYes(AUTO/MANUAL)
Image stabilizerDIS
AF modeFace Detect iESP / Spot / tracking
AF TrackingYes
Face Detection (Faces may not be detected correctly in some cases)Yes(up to 8)
Movie recording with soundAVI Motion JPEG
Movie recording size (pixels)1280x720, 640x480, 320x240(30fps,15fps)
Maximum file size is 2GB.
BatteryLI-ion rechargeable battery (model)LI-42B
AA battery (no.of batteries)-
Dimensions(mm) (CIPA guideline compliant)100.6x60.3x20.5mm
Weight (g) (Including batteries/card) (CIPA guideline compliant)138g


Front
Front


Back
Back


Top
Top



Friday, October 22, 2010

l-l nak boleh tak??? l-l



Komputer riba Apple paling nipis


GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.


laptop tue sgt cantik,nipis..
tp harga dia mahal
dan saya blom mampu nak beli sndr
saya nak boleh tak?
ade tak sape2 blh belikan utk saya??




CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.


Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi




Sunday, October 17, 2010

l-l I Phone ini berharga RM24.6 juta l-l

RM24.6 juta

wow!!
sgt mahal harganya..

SEPASANG iPhone 4 Edisi Ros Berlian.


LIVERPOOL - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).

Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.

Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit. - Agensi


sumber: Kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat