Friday, June 13, 2014

JJCM : Klebang Original Coconut Shake


Feberet saya tu Coconut shake!
Travel ke Melaka wajib singgah ke sini, Klebang Coconut Shake.
Alhamdulilah akhirnya berjaya sampai sini setelah berpusing-pusing dan bersesat-sesat mencari. Mekaseh BFF bawak i datang sini. 

Untuk yang pertama kali datang mungkin akan terlepas tempat ni macam kami! Sebab dari luar tak nampak pintu gerbang bawah ini.
dari luar akan nampak sign board Klebang Original Coconut Shake dan kiosk yang untuk take away coconut shake tu. Memang nampak ramai-ramai berbaris. Tapi tertanya-tanya kat mana orang duduk minum itu. Rupanya kena masuk dalam!



OK sampai! Mari mengoder dan minum!

So heaven ok! Sangat sedap. well my feberet kan. Memang sangat heaven minum dikala cuaca yang panas.
Kami sampai dalam pukul 6. Pukul 6.30 petang tutup ye! Jadi sila datang sebelum 6.29 ptg.

Coconut shake ini berharga RM2.20.
 Berpatutan.Sesuai dengan rasanya.


ini namanya muka puas hati dan bahagia dapat coconut shake.
TQ best friend!


Lokasinya ....
Along Jalan Klebang Besar (akan nampak kiosk original coconut shake dan ramai orang berbaris nak beli) (next to Caltex Petrol Station)
Opens: 12.30pm-6.30pm daily 
(Friday: 2pm-6.30pm)
GPS Coordinates: N 2 12.984E 102 12.292



0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat