Friday, November 30, 2012

#Spagheti


#Makanan.


Gambar di atas menunjukkan Spagheti.
Dek kerana tiba-tiba teringin nak makan.Terus beli bahan & masak!
Selamat menjamu selera!ehh2.







#happy blogging.

Thursday, November 29, 2012




no title untuk entry ini.

Oh hati dan perasaan.
Kenapa lah tiba-tiba berperasaan macam ni.
is there "something"



#29/11/12



# Mutiara kata 20





Menyayangi sesuatu kerana sebuah kelebihan itu biasa.
Kagum sesuatu kerana ada perkara hebat yg dimiliki seseorang itu biasa.
TAPI
Belajar menyayangi kerana sebuah kelemahan yg dimiliki seseorang
itu baru luar biasa.



Sumber: Fan Page FB Pakar Diari Hati

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #48


#Rabu tak berkata-kata




sumber : FB Pakar Diari Hati

# Mutiara Kata 19




Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.
Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.

Tuesday, November 27, 2012

Marathon ke Majlis Perkahwinan Sahabat!



Cuti persekolahan je mesti banyak Majlis Perkahwinan berlangsung.Alah tak cuti sekolah pun banyak!
Pernah tak korang dapat jemputan ke majlis perkahwinan lebih daripada 5 untuk satu hari?
Berapa korang dapat?Aku dapat 5.Sila tengok gambar di bawah.
Majlis untuk 17 november 2012.
Bagusnya korang pakat2 buat majlis hari yang sama. We all yang nak datang semput nak kejar~



5 pasangan pengantin yang merupakan rakan sekolah dari tadika dan sekolah menengah.
5 pasangan pengantin tapi 4 buah rumah sahaja.
Kenapa 4? Sebab 2 pasangan tersebut adalah kembar!


Rumah pertama adalah rumah si kembar, Ain dan Sikin
. Pasangan kembar tak seiras.
Cerita details entry seterusnya nanti.Meriah uols!

yang berbaju biru sikin.



dan ini ain.




Seterusnya rumah kedua, Afiq Yusof. Rumahnya di Sg Besar.
Tak pernah sampai rumah afiq.tak pernah tau pun sebenarnya.
Dengan takde kat jemputannya,selambe je gamble carik rumah!
Jumpe!dan dengan yakin itu rumahnya.



Next, Nadhir.
We all sampai dah tak berapa ramai orang tapi ramai lagi.
Keluar kereta nampak orang catering dah angkat barang!
Eh! datang bukan nak makan tapi jumpe raja sehari!



dan yang terakhir Luqman & Yaqeen
Nun di Parit Baru rumahnya. Pun tak tau rumah. dan alhamdulilah selamat sampai!
See! pengantin pun dah tukar baju waktu we all sampai.




Habis dah Maraton. Dari utara ke selatan ke barat ke timur.
And lastly singgah Pantai BNO. Photoshoot dan jumpa geng2 lelaki.
Tak gerak sama-sama pun ke majlis kenduri tadi.
Masing-masing ada urusan.
Minum-minum dan makan-makan dengan membayarnya sendiri.



#eh muka nizam tak puas hati kenapa?

OK.sekian. sampai sini.
cerita lain entry seterusnya. bila nak publish tak tahu.
Stay Tuned je yer


Selamat Pengantin Baru semua!
Majlis ko bila jiha? NO KOMEN!


#happy blogging





Sunday, November 25, 2012

Rumah yang semakin besar.




Sekali lagi rumah mak abah direnovate!
Renovate fasa kedua.Dulu bahagian depan and tengah.
Ni pulak bahagian belakang!

Oh.Semakin besar dan besar dan besar lah rumah.
Saya jugak yang penat nak kemas.




#Rumahku Syurgaku.


Saturday, November 24, 2012

Cameron Highlands : Day 1


#Cerita seminggu yang lalu.
Tengok tajuk entry "Cameron Highlands : Day 1". Macam lama aje kat sana.
3 hari 2 malam di sana.
Ikut trip kelab alam sekitar dan pelancongan SMK Seksyen 11 ke sana. Jadi guru pengiring.Padahal masa ganti kak maisarah kat sekolah tu aku pegang kelab seni kreatif dan fotografi.
Kak fadilah, guru penasihat kelab ajak.So on aje.


Berkumpul di sekolah jam 7.30 pagi. Sesampai je anak-anak murid dah sampai.Memang menepati masa mereka-mereka ni bab pergi berjalan.
Bergerak ke Cameron Highlands lebih kurang pukul 9. Bukan bas yang lambat tapi guru penasihat yang lambat. Guru penasihat bz menyediakan segala kelengkapan dan makanan untuk anak murid.

Sampai Cameron Highlands pukul berapa tak ingat.around pukul 1 kot.
Hujan di sana!
Terus check in ke rumah yang disewa. Lebih kurang macam apartment.



ini bukan apartment yang we all tinggal.viewnya sgt cantikkan.apartment we all lupa nak ambik gambar!


dan ini anak murid merangkap bodyguard tak bertauliah saya.


Lepas check in, keluar makan area tanah rata.
Hujan! Meredah hujan.Oh encik Canon sy jugak terkena hujan!




Around pukul 4 petang we all ke Cactus Valley.
Banyak cactus dan jugak pokok-pokok bunga lain.



Student yang join trip ni ada explorace!
So di sini mereka dah boleh start carik jawapan kepada soalan-soalan yang diberi.



yang ini bukan buat task explorace tapi mintak cikgu belanja.
Sedap tak mirul wafer tu!





after Cactus Valley ke Pasar Malam Brinchang.Dan malang sekali takde sekeping gambar.Hujan selebat-lebatnya. Sayang nak kuarkan encik Canon dari beg.

Till here.Next the 2nd day yang kena berjalan jauh!




Friday, November 23, 2012

Perkara Sunat dilakukan pada 10 Muharram



Alhamdulilah.Bertemu lagi kita dengan 10 Muharram. Jom ramai-ramai puasa sunat!
Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram. Sila rujuk entry ini " Peristiwa penting 10 Muharram "
Banyak perkara sunat boleh dilakukan pada 10 Muharram.
Jom sama-sama beramal.

Empat Belas Perkara Sunat Dilakukan Pada 10 Muharram


1 - Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2 - Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3 - Menahan marah. 
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4 - Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5 - Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6- Bersedekah. 
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7 - Memelihara kehormatan diri.
 Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8 - Mandi Sunat. 
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9 - Bercelak. 
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10 - Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. 
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11 - Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12 - Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. 
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13 - Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14 - Puasa. 
Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


#selamat beramal semua!

Peristiwa penting 10 Muharram.





Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mukjizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu keampunan dan keredhaan bagi hamba-hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.


10 Muharram 
Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwapenting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagimenegakkan keadilah dan kebenaran.

Peristiwa penting dalam 10 muharam.

  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. disembuhkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dihidapnya sekian lama;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari serangan tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Dengan sebab itulah hari tarikh 10 muharam ini sangat besar. Banyak sangat peristiwa yang berlaku di tarikh itu.

Bubur Asyura.
Kaitan bubur asyura adalah dengan peristiwa yang no3 diatas, iaitu nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan.

Ketika waktu itu, mereka kekurangan bekalan makanan. Jadi semua makanan yang ada (campur buaah-buahan, gandum, beras, daging dan sebagainya) dikumpulkan dalam satu kawah besar, dan dimasak dengan dicampurkan semua sekali sehingga hancur dan menjadi bubur. Memang betul, ketika zaman nabi Muhammad memang takda buat meraikan hari asyura seperti ini.

Tetapi kita mengambil satu konsep yang positif, ia adalah bagus dari segi gotong royong, bekerjasama dan juga kita berniat untuk bersedekah memberi makan kepada mereka yang hadir ke majlis ini.

Puasa Sunat 10 muharam.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a : (yang bermaksud)

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah s.a.w mengajak kita berpuasa pada 10 Muharam. Berpuasa pada 9 dan 10 Muharam ataupun 10 dan 11 Muharam. Jika kita puasa 2 hari berturut-turut pada 9 dan 10 Muharam ataupun 10 dan 11 Muharam, kita adalah golongan yang mengikut sunnah baginda kerana Rasulullah s.a.w berpuasa dua hari berturut-turut seperti tarikh yang telah dinyatakan. Namun sekiranya kita berpuasa pada 10 Muharam sahaja pun boleh lagi.


Thursday, November 22, 2012

Jom Puasa Sunat Tasu’a & Puasa Sunat Assyura 9 dan 10 Muharram


#Jom puasa sunat 9 & 10 Muharram.
Semoga kita mendapat keberkatan dariNya

Puasa Sunat Asyura




Hukum Puasa Tasyu’a dan Puasa hari ‘Asyura

Hukum puasa tasyu’a dan puasa asyura adalah sunnah muakkad, yaitu sunnah yang sangat dianjurkan.

Hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)  



Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa hari Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)



Lafaz Niat Puasa Assyura

.a. Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a) ialah:

NAWAITU SAUMA Tasu’a LILLAHI TAALA.

Ertinya:- SAHAJA AKU PUASA HARI TASU'A KERANA ALLAH TAALA.

.
.b. Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:


نويت صوم عشر سنة لله تعالى 

NAWAITU SAUMA 'ASYURA LILLAHI TA'ALA

ertinya: SAHAJA AKU PUASA HARI ASSYURA KERANA ALLAH TAALA.






Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #47





Original song from Amri : Angin


Eh! Amri dah compose lagu sendiri.Tajuknya Angin.
Dah lama rupanya. Diri ini ketinggalan.Haha(sila gelakkan diri sendiri)

Sapa Nak kenal Amri sila ke It's Amri.
Beliau lecturer di USM.
Follow Amri since aku dengar lagu I'm Yours yang diversikan kepada B.Melayu. 3 tahun yang lepas kot!
Faktanya aku sangat suka lagu I'm Yours dan ada cerita disebaliknya.apakah itu?RAHSIA.

Jom dengar lagu Angin by Amri




Lirik : Angin by Amri

Oooh

Kini, jalan terbentang di depan
Esok, takkan ada yang menghalang

Dan bila ku bertanya kan siapa kan bersama
Semakin ku tidak punya jawapan
jawapan

Kini, ku melangkah kaki,
dan angin bertiup mengarah ku kepada oh kasihmu
dan walau aku pun tegak berdiri,
di gunung tinggi disinar mentari, pasti
aku akan kembali.

Bila, dirimu rasa kecewa,
Dan aku, pernah pun rasa yang sama
Walau jauh impian dan tingginya cita-cita
Azam digenggam tidakkan ku lepas…
tak ku lepas

Kini,ku melangkah kaki,
dan angin bertiup mengarah ku kepada oh kasihmu
dan walau aku pun tegak berdiri,
di gunung tinggi disinar mentari, pasti
aku akan..

berulang kali jatuh dan rebah ke bumi
Doamu buatkan ku kembali berdiri

Dan kini, ku melangkah kaki,
dan angin bertiup mengarah ku kepada oh kasihmu
dan walau aku pun tegak berdiri,
di gunung tinggi disinar mentari, pasti
aku akan kembali.



Ini lagu i'm yours!



sumber : video : Youtube

Tuesday, November 20, 2012

#1






Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat.
Orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.

Namun, Allah menilai berdasarkan keikhlasan dan istiqamah kita pada amalan walaupun hanya sekelumit.




Monday, November 19, 2012






Pelangi itu ada,
Tinggal kita tidak melihatnya,
Bukankah Tuhan telah berjanji kepada kita,
Bahawa setiap kesukaran itu, kesenangan wujud mengiringinya?








Sunday, November 18, 2012

Rindukan seseorang....


Suka tengok gambar yang bahagian bawah tu
so sweet yer!





Rindu.
Bagi aku rindu itu satu perasaan yang membuatkan kita teringat kepada seseorrang.
 Semua orang pernah ada perasaan tu. Tipu kalau nak kata korang tak pernah rindukan seseorang. Tu namanya tak berperasaan!

Kalau jauh dari mak dan abah mesti akan rindukan mak.
Kalau jauh dengan adik beradik mesti akan rindukan mereka.
Kalau lama tak jumpa dengan kawan-kawan pun akan rasa rindu kat mereka.
Tapi rindukan seseorang yang agak kurang dikenali, tak pernah bersua muka tapi selalu bersembang tu pelik kan.sapa setuju?
Apalah perasaan tu. Rindukan seseorang yang tak berapa nak dikenali. Bunyinya pelik dan  macam tak logik.
Tapi beberapa hari yang lepas wujud perasaan tu dalam diri.Entah kenapa sampai sekarang belum ada jawapan.
Perasaan sendiri aje kot!Alahai perasaan.Sila pergi jauh-jauh!
Nak jadi sweet macam dalam gambar kat atas tu lah.(gambar belah bawah)
=)




#Pernahkan korang berperasaan begitu.






Friday, November 16, 2012

#Lempeng Kelapa


Kesian blog.kena tinggal dengan tuannya.
trafik yang tak tinggi-tinggi semakin rendah yer.
tuan blog kurang kerajinan akhir-akhir ni.

Lama tak update resepi.
Jom masak lempeng kelapa! Wehuu.sedapnya!
Senang aje.



Bahan-bahan (tak pernah sukat-sukat bahannya)

Tepung gandum (ikut suka hati korang yer)
kelapa yang sudah diparut
gula (agak-agak)
garam(sikit je)

Cara-cara

Campurkan tepung,kelapa parut,gula. Gaul sebati.
seterusnya masaklah ye.ikut suka besar ke kecik lempeng uols.




#selamat mencuba!





Thursday, November 15, 2012

7 Perkataan mulia yang perlu diucapkan setiap hari.


Salam Maal Hijrah semua.
Semoga tahun ini lebih baik.

Jom amalkan 7 perkataan mulia yang perlu diucapkan.
Daripada kite ucapkan perkataan yang kurang elok.
Lebih baik amalkan 7 perkataan mulia ini.






#Sekadar berkongsi ilmu.
Happy blogging.



Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday #46




#DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN



Rindu.






Rindu pada seseorang yang tak berapa dikenali.tak pernah jumpa tapi pernah bersembang.
Perasaan apakah itu?
Pernah korang mengalami perasaan itu?
Oh hati.




Sunday, November 4, 2012

Surat Cinta dari anak murid!




Anak murid yang memang sweet yer.
Lama nak update tentang nota cinta dari anak murid ni tapi tak tertulis-tulis.






#Rindu nak masuk kelas yang tak dengar cakap!

Friday, November 2, 2012

Tragedi 1 November


MC kedua minggu ni.
Tragedi 1 november. Takkan ku lupa.

Bagi aku yang tak pernah excident dan bila excident.
Habis tercalar.tercedera dan nasib baik tak retak atau patah.
Kecederaan takde lah teruk sangat.
Tapi semalam bahu aku seriusly tak boleh gerak!
Sampai terpaksa di X-ray takut berlaku keretakan.
Dan Alhamdulilah OK.takde pape.




So MC hari ini.
Tangan dan bahu still sakit.bahu kiri.
Taep entry guna jari dan tangan kanan.



#Happy blogging.
Blog yg makin sunyi.



Thursday, November 1, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 

Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat