Monday, October 29, 2012

MC!





MC hari ini.
Lama tak sakit.Boleh.Sekali kena semua datang. 
Mata bengkak!Sampai demam.
 Doktor diagnos alergic.
Dapat cuti sehari.

Wednesday, October 24, 2012

Surprise katanya!







Cuba baca tajuk entry.Surprise katanya.
Aku memang suka bab-bab mensurprisekan orang. 

Atas itu adalah homemade choc yang dibuat oleh FARIZA FAUZI. ex roomate masa di UPSI.
Jauh aku tempah dari Kedah nak hantar ke Sg Besar.

Ini hadiah sempena ulang tahun pertama butik Raisha, tempat aku kerja hari dulu.
Korang pernah ke hadiahkan coklat kat butik? Bajet macam butik tu makan Choc plak yer?
Saja je nak bagi hadiah kpd owner butik dan staff yang super duper hebat!

Nampak Choc tu cantik kan.
Tapi  abang pos laju telah menterbalikkan kotak dan menyebabkan choc pecah sikit. Terus jadi kurang sempurna! Tapi still sedap!


TQ kepada si pembuat choc, Fariza Fauzi. Sapa berminat boleh PM beliau yer di Facebook.



entry yang berkurun lamanya tak dipublish.sekian!



Tuesday, October 23, 2012

Raudhah & Radhi



Adik & Kakak yang memang photogenik.
bukan photogedik.







Monday, October 22, 2012

Malik Mirza



Malik Mirza yang hensem lagi kacak.
Tapi sangat susah nak snap picturenya.
Tak suka kamera.
Letih lah sapa yang jadi photographer nak kejar dia ni.












Sunday, October 21, 2012





"Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat"
(Surah Al Baqarah ayat 269)

Saturday, October 20, 2012

Halfest 2012


#entry berkurun lamanya yang disimpan dalam draft.
Tak perasan tak ditekan publish!

Halfest 2012 merupakan tahun kedua penganjuran.
Halfest atau nama panjangnya Halal Fiesta 2012 berlangsung di PWTC
Ke sana dengan seorang kawan baik yang lama tak jumpa. Kawan sejak sekolah menengah.Sila tengok gambar beliau di bawah.



Sampai je terus pergi daftar kat Registration counter.
Isi form dan hantar dan dapat stiker visitor. Oh lupa ambik gambarnya.
Setiap visitor yang ke seribu akan dapat tab. Syoknya.Tapi bukan aku yg dapat.takziah buat diri sendiri.


Inilah dia kawan baik yang sudi menemankan saya yer.
=)


Terlampau banyak booth. Dan ini antara gambar yang ingin dikongsikan.

Kelapa laut


Susu kambing.
Dah namanya susu memang aku tak teringin nak rasa. i'm sorry.



AromaTherapyPlus
Ubat batuk sapu.tak payah minum yer.Inovasi betul.



Magnetic Aura.
Memang bagus ye uols.


ice room.


Yang seterusnya aku lupa apa namanya.Boleh?






Ini booth Tepung Magik.
Nak tau apa itu tepung magik sila carik FB page mereka yer.



Ini booth apa tak sure.Tapi masa ni tengah demo buat karipap.
Alahai chef ni malu-malu tau.hehe.


Ini pulak booth Satay Kajang.
Lalu depan mereka dan terus berkata "eh ambik la gambar kitorang".Ohoi.tergamam sekejap. Aku ada nampak macam camera girl ke? 
Mentang2 aku bawak kamera besar gedabak dengan lense yang pendek tak pendek, panjang tak panjang.eh!



Mamat ni pun sama. Sesungguhnya aku tek kenal pun sapa.
Tapi beliau beriya-iya nak gambarnya diambik. Ayatnya lebih kurang macam ni "Cepatlah ambik gambar" dengan nada excited.
Motifnya? Nak suruh aku menatap wajahnya agaknya.haha.
Nampak dia pegang apa? actually dia pegang yang sambal then suh we all rasa.Tapi we all tak mahu. Kerana tak nak rasa kena snap gambar beliau.gitu?


Dan ini juga.
Alahai shaking la gambar ni. agak blur. Ni gara-gara awak yang tiba-tiba keluar dari belakang tu. "Terkejut saya OK!"


Wehuu! Kamal Adli uolss
Actually tak perasan pun ada Kamal adli kat sebelah.
Tiba-tiba ramai orang dan banyak lensa. Rupanya ada beliau.
Kamal adli jadi guest untuk Halal workshop bersama mak dara dan chef ismail.





Ok itu sahaja sedikit sebanyak!
Pada aku Halfest yang pertama lahi best.


#Ada orang ajak dating masa tu. Tapi tak munculkan diri. Oh encik misteri.






Friday, October 19, 2012

Jom OUTING dengan encik CANON


Hari ni jumaat.Esok sabtu dan lusa ahad.
Selamat bercuti dan berhujung minggu semua.

Hujung minggu ku macam penuh je.
Esok nak dating dengan taukeh butik yang superbb
Ahad nak dating dengan best frend ye.

Pagi nak pergi seminar Dr Azizan Osman. 
Menambahkan ilmu di dada katanya.

Selepas itu nak outing dengan encik CANON yg hensem lagi bergaya.





#selamat berhujung minggu.

Thursday, October 18, 2012

semakin tak faham...




Oh.sakit kepala.
migrain terus rasa!!
dari tak berapa nak faham sebelum ni menjadi semakin tak faham.


Wednesday, October 17, 2012

Back droop?




Macam lama tak cerita kisah di sekolah.
Sibuk uruskan itu dan ini.
1 november akan diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum. And guess what aku dapat apa?
Kena buat Back droop yer!
Sesungguhnya aku tersangatlah kreatif nak buat semua tu. tersangat yer.
Jom lah cari idea nak buat back droop yang tak perlu keluarkan kos!
Recycle lah gayanya ni.




Wordless Wednesday #45






rabu tak berkata-kata
happy blogging

Tuesday, October 16, 2012

Lepak petang @Kedai Kopi Shah Alam



Lepak petang @Kedai Kopi Shah Alam.
Pernah ke sini dulu. Tapi waktu malam. Yang datang petang.
Sila ke entry Makan di Kedai Kopi untuk entry yang lepas.



Jalan-jalan.
haus.lepak minum!



Wehu.Mari tengok apa yang we all makan.
Aku order air limau ais aje dan tak makan.!

Ini air bandung mamat ridha

Oh.lupa apa nama.abg ipar yg order.tapi share2 jugak makan.rasa katanya.sedap!



fries untuk radhi & raudhah



itu saja!
cerita minggu lepas baru menyempat nak menaip.
happy blogging semua!





Sunday, October 14, 2012

#Mutiara Kata 18






"Seorang sahabat adakala yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya."












Saturday, October 13, 2012

Outing di hujung minggu


Salam semua!
Cerita seminggu yang lalu. Tapi baru menyempatkan diri nak update.
Sampai je stesen batu 3, abg ipar & kakak ambik. Naik Komuter yer dr KL. Malas naik bas rapid dengan alasan bawak banyak barang dari kampung. Dah memang penuh dengan barang, beg laptop, beg DSLR dan beg bawak makanan!

Dari stesen batu 3 terus ke Plaza Alam Sentral. Abang ipar beli barang. Lepas tu tak reti penat pergi berjalan. eh ke bersiar-siar.
Lokasi Dataran Bunga Raya Shah Alam. Ala yang dekat dengan kedai kopi itu.  
Jalan-jalan sambil memegang lensa kamera.











Ok.itu sahaja yang ingin dikongsikan.





Friday, October 12, 2012

Jom ke Halfest 2012



Halfest kini kembali. Tahun kedua penganjurannya. Tahun lepas pergi ke Halfest dengan kakak cantik Iqa Beary.Tahun ni tak dapatlah pergi bersama beliau. Jauh nun di Johor orangnya.
Ada sapa-sapa nak g Halfest tak?
JOM2!



Wow! Tengok ada 100 tablet untuk dimenangi.

Apakah HALFEST?

 Sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara.

Platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan.

Memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.



Banyak aktiviti menarik sepanjang Halfest 2012. Antaranya forum,seminar,demontrasi pemakaian hijau,cabaran dapur cilik dan lain-lain.  Dan yang paling penting ada 700 ruang pameran. 




ini gambar masa ke halfest tahun lepas.


Maklumat am Halfest 

Tarikh : 10-14 Oktober 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 9 malam (10 -13 Oktober 2012)
                          10 pagi - 7 petang (14 Oktober 2012)
Tel : +603 62034433
Fax : +603 62034422
Emel : enquiry@halal.org.my
Laman Web : www.halal.com.my

#nanti dah pergi i update ok!




Thursday, October 11, 2012

100489 dan bukan 100488



Pertama kali tajuk entry banyak nombor.Hoho!
Apakah?




Alahai. Kecewanya rasa.
Penat tau tunggu pageview tu bernomborkan tarikh lahir aku 100488. 
Sekalinya tak dapat! Tak dapat OK!
Bukak je blog tengok dah terlepas. Jadi seperti nombor di atas, 100489.
Terlebih setahun pulaknya.

ok tu je.sekian!


Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday #44 jom minum




Rabu tak berkatakata.Jom minum!

Sahabat




Kata orang 'mencari seorang sahabat yang baik lebih sukar daripada mencari 1000 orang musuh'.Sememangnya kenyataan ini benar kerana seorang sahabat yang baik akan sentiasa melindungi dan menjaga keharmonian sahabatnya dalam apa jua perkara,malah ada yang sanggup bergadai nyawa untuk sahabat.



Ciri-ciri memilih dan membina jalinan persahabatan yang murni!

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT.

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.

KEBERANIAN dalam berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah beranimenasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan.Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.


credit to penulisnya



Tuesday, October 9, 2012

Guru bertugas!









Kena jadi guru bertugas minggu ni!
tak tahu pun ok!
Semalam tiba-tiba ada student sorang datang dan berkata "cikgu,saya sakit perut.Nak balik rumah".
Dah hati kata "eh2 knp budak ni report kat aku?"
Sekali cikgu sebelah bagitahu aku betugas minggu ni. Oh rasa nak pengsan. Apa nak buat ni.
Laju2 terus tanya cikgu sebelah apa yang aku perlu buat. Malu bertanya sesat jalan oke!

Makanya aku kena la menjalankan tugas sebagai guru bertugas. Oh tak pernah yer! Masa praktikum memang we all tak diberi tugas ni.
Takpe.dapat ilmu baru dan jugak pengalaman kan.



p/s: pagi2 dah jaga kat pintu pagar sekolah yer!


Monday, October 8, 2012

Resepi Raisin Bread Pudding





resepi raisin bread pudding

Bahan-bahan: 


Roti (ikut suka berapa keping,nak guna 1 buku roti pun boleh)
2 cawan susu segar
2 cwn whipping cream
1 cwn gula
6 bji telur (pukul sikit)
butter
raisin

Cara-cara:

Lansekan butter pd caserol/ loyang
Potong roti kpd 4 bhgn
Susun roti dlm caserol, selang seli ngn raisin
Dalam bekas lain, campurkan susu, whipping cream, gula & telur (pukul sedikit gune whisk)
Then tuang dalam caserol, tekan-tekan roti
Biarkan 1/2 @ 1 jam sampai roti kembang
Kalau nak letak brown sugar atas tu boleh,untuk  nampak roti brown bile msk(aku tak buat)
Agak2 kembang bakar 170c selama 30min @ smpi msk.


Kuah custard:
2 cwn susu segar
gula
esen vanilla
bancuhan tepung jagung

Cara-cara:
Masak susu segar ats api smpi mendidih
Dah didih, masukkn gule, ikut manis anda yer
Then masukkn esen vanilla
Then masukkan bancuhan tepung jagung(bancuhan ekot nk pekat mane) masukkn sikit-sikit ye.



#selamat mencuba!


Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday # adik & kakak





rabu tak berkata-kata

Tuesday, October 2, 2012

2 October..




Hari kedua bulan oktober.
Hari yang bz. Balik sekolah pukul 5.
Ada LADAP.

ok sekian.

Monday, October 1, 2012

Oktober!





Diam tak diam dah bulan oktober.
Pantas sungguh masa berlalu.
Dah hampir 10 bulan lah maknanya aku tamat pengajian.
Tapi masih belum posting.
Tapi aku percaya Insyallah akan posting.
Rezeki Allah ada di mana-mana.
Sementara belum posting boleh carik rezeki lain.Kan.

Terima Kasih Cikgu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat