Tuesday, September 4, 2012

#Choc Tart




Agak lama tak mengupdate resepi, makanan dan masak memasak.
Kali ni nak update Choc tart! 
Sapa suka sila angguk yer!
Pertama kali katanya. Rupanya seperti dalam gambar dibawah. Nampak agak comot. First try kan.
Selama ni kakak yang buat dan aku tukang makan.
Nak buat tak jadi-jadi dek kerana belum rajin! Bukan malas tapi belum rajin. So bila rajin ini yang terhasil.



Ok!berpuas hati dengan rasanya dan agak kurang puas hati dengan gambar yang aku amik.
eh2!

Jom aku kongsikan resepi. Resepi paling senang dan cepat!
Aku tengok banyak resepi kata masuk dalam peti sejuk sekejap lah.satu malam lah.Oh!very the banyak kerja. Meh try resepi aku. Senang ok.tak payah banyak bahan!

Bahan-bahan Shell:

75gm butter
30gm gula aising
125gm tepung gandum
air sejuk (jika perlu)

Cara-cara:

Campurkan semua bahan diatas. butter, gula aising dan tepung gandum
Then ramas-ramas/ gaul-gaul sahaja menggunakan 5 jari anda. Tak payah pakai mixer ok.
Gaul sehingga jadi doh.
Selepas itu, masuk dalam acuan. tak kisah apa bentuk dan saiz. Kecik ke besar ikut suka.
Seterusnya bakar dengan suhu 180c dalam masa 2minit.


Siap Shell. Biarkan sejuk.


Next Chocolate filling


Bahan-bahan:

Whipping cream (tak kisah brand apa)
Coklat masakan (aku guna beryls)
# sukatan whipping cream & coklat adalah sama. Contoh kalau Whipping cream 100gm maka coklat pun 100gm.

Cara-cara:

Gunakan DOUBLE BOILER. Masukkan whipping cream. Dah agak-agak 5 minit whipping cream tu panas. Angkat dan masukkan coklat. Kacau hingga sebati. Kemudian tuang dalam shell ikut kreativiti anda.
Last corakkan apa sahaja corak menggunakan choc putih. (aku tak guna sebab takde.tu yang nampak kosong je)
Simpan dalam peti sejuk supaya choc tu keras.




Senang kan.
#Selamat mencuba!




0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat