Sunday, September 30, 2012

Sticker punya cerita!




gara-gara takde sticker kat motor pak guard tak mau bagi aku masuk.
Hello pak guard!aku baru 2 hari bawak motor kat sini. (pada hari kejadian)
Belum sempat nak naik opis beli sticker.

Ok.Dah ada sticker yer!
nampak tak atas tu.



Saturday, September 29, 2012

Guru kelas yang dedikasi



Kemain lagi kau!
Sejak masuk sekolah ni asyik post pasal sekolah dan cikgu aje.

Aku ganti cikgu yang jadi guru kelas 5Mawar. Jadi aku sekarang guru kelas untuk 5 Mawar.
Nama pun student tingkatan lima.Memang banyak perkara nak diuruskan.
Maklum saja pelajar-pelajar dah nak tamatkan persekolahan peringkat menengah.
Jadi macam-macam kerja.
Dan salah satunya ini.
Mengisi borang untuk 10% kokurikulum pelajar.




ok.bai.



Friday, September 28, 2012

#Mutiara Kata 17




Belajarlah untuk boleh saling memaafkan, 
kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu yang indah

#Boomtown.



#Entry yang aku ingat dah publish tapi rupanya duduk dalam draf dan belum taep apa.
gambar je ada.

Makan-makan @Boomtown.
Ini masa birthday abg ipar.Nak celebrate la kononnya.Siap bawak 2 potong kek secret recipe kau!
Kononnya nak belanja abg ipar makan satay!Nak pergi Awan Besar katanya.sekali lalu sini dan terus abg ipar kata "kita makan satay kat situlah".Terus U turn ke sini.Boomtown.




Ok!ini air aku.fresh oren

satay 20 cucuk aje.itupun tak abis.

nasi ayam utk mamat ridha.
Nasi ayam nya rasa sangat lemak.ok muak lah.


so far satay ok lah.



Thursday, September 27, 2012

takde tajuk.eh!







Tak kenal tapi teringin nak kenal siapa.
Tapi perlukah? 
Oh hati! 










#ok.merepek!

Wednesday, September 26, 2012

Hasil lukisan anak murid



Janga terlalu tidak menyukai sesuatu. 
Aku sangat tak suka pendidikan seni. Kenapa?Sebab aku tak pandai melukis.

Tapi sekarang aku kena mengajar pendidikan seni! Oh mai. Itulah kadang benda yang kita tak suka lah kita akan dapat. 
Perancangan Allah untuk kite adalah yang terbaik.so just follow the flow!
Ada hikmah setiap apa yang berlaku.

Ini antara hasil lukisan anak murid aku yer!
Tajuk Catan. Ada 3 jenis tema iaitu pemnadangan, makhluk yang aneh dan buah-buahan









ok!Bai~

Wordless Wednesday #42




Rabu tak berkata-kata.


Tuesday, September 25, 2012

Cendol Pak Akob.



Cendol pulak.Lama-lama aku merasakan blog aku penuh dengan update makanan.
Perasan kah anda?

Kesibukan menyebabkan blog aku kejap berupdate kejap idak.memang takde traffic woi!
 tak sempat plus aku takde idea nak mengarang. Rasanya nak update dengan bubuh gambar dan sebaris ayat. Boleh gitu!

Ini cerita ahad lepas.Keluar bersuka ria dengan bekas taukeh dan rakan sekerja lama.
Kononnya nak bersuka ria.sekali TB (bekas taukeh saya) muntah-muntah sampai tak larat. Puncanya makan cendol pulut dengan perut kosong. Ha ambik.Terus bersuka ria atas katil yer!
Tak plan pun nak makan cendol.Tapi disebabkan ternampak terus menyinggah!



3 mangkuk cendol untuk kami.

Cendol Pak Akob
Lokasi : dihadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam.
Harga: lupa.sebab aku tak bayor.Tb belanja.



Mama lia dengan 3 mangkuk cendolnya!



#Tak berperasaan sangat nak ambik2 gambar sebab haus dan penat. Penat gelak dalam kereta!







Monday, September 24, 2012

ABC katanya.



ABC Coklat kata kak lia.
Kononnya nak pergi tengahari selepas event kalam.
 tapi apakan daya puan driver asyik salah masuk jalan kat roundabout.Ntah berapa kali pusing pun tak tau.
Sudahnya singgah minum cendol yer.Nak ABC tapi Cendol pulak yang dapat!
Cendol Pak Akob dekat section 16.Sedap! Tambah-tambah tengahari.memang heaven.

Kesudahannya makan ABC ni petang nak ke malam gitu.Dah nak pukul 7.Jadinya aku macam tak berapa nak feeling makan ABC.Esok2 nak pergi lagi lah.




ABC Fradoo.
Lokasi : Seksyen 2 Shah Alam (foodcourt bersebelahan dengan Uitm)
Harga : RM3.00





#Sapa suka ABC sila komen.Mana lagi tempat ABC yang best.Share lah yer!




Saturday, September 22, 2012

7 Mata yang dicintai oleh Allah


#sekadar  berkongsi.





sumber : page Tanyalah Ustaz

Friday, September 21, 2012

aku jadi cikgu seni?



Seperti yang diupdate dalam entry sebelum ini, aku jadi cikgu ganti.
sila rujuk entry "panggil aku cikgu jiha"

aku menggantikan seorang guru yang cuti bersalin. Tapi aku diberikan jadual cikgu yang duduk disebelah guru yang cuti bersalin. Baca ayat aku tulis mesti korang tak faham.Kan?
Aku tak boleh amik jadual guru yang cuti bersalin tersebut sebab beliau mengajar tingkatan 1. Tingkatan 1 sekarang guna PBS. Jadi guru ganti tak boleh ajar yang PBS.Kena guru yang hakiki!

Dengan itu aku diberi jadual untuk mengajar Geografi, B.Melayu dan Pendidikan Seni Visual.
Aku ulang sekali lagi Pendidikan Seni Visual!
aku yang tangan kayu dan langsung tak berseni ni kena ajar seni. Cuba bayangkan macam mana.
Tapi aku try jugak ngajar! Nak jadi guru serba boleh katanya. jadi harus terima sebagai satu cabaran!




Thursday, September 20, 2012

7 kalimah cinta


#7 kalimah cinta
Selamat beramal





mood nak mengupdate blog terus ke laut bila bukak blog yang keluar seperti gambar di atas.
Dulu ada button nak guna Old interface. TAPI sekarang TAKDE.
Dah jadi macam ni terus.
Jadi agak blur dan blur nak guna.
Elok la godek2 dulu.
entry dan cerita yg nak diupdate POSTPONED dululah gayanya.

OK bai semua!


Rindu kawan-kawan baik saya!




“A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.”― William Shakespeare








Wednesday, September 19, 2012

Panggil saya Cikgu Jiha.....



Name tag?
Alhamdulilah. Minggu ni bermula kehidupanku sebagai seorang cikgu. Tapi bukan guru tetap, hanya sebagai seorang guru ganti! Guru ganti yer!

Dah lama tak mengajar, tiba-tiba kena mengajar, memang agak ting tong yer aku.
So far ok! Cuma tau2 aje student sekarang macam mana.

Nway aku jadi guru ganti di SMK Seksyen 11 (Projek). Sekolah ni sekolah sukan. Student memang aktif bersukan! Sekolahnya atas bukit.


Next update kena ajar apa ok.


#happy blogging.




Wordless Wednesday # 41




Rabu tak berkata-kata.
Makan jom!




Sunday, September 16, 2012

MASTERCHEF MALAYSIA musim kedua.





Masterchef Malaysia musim ke 2 telah bermula.
Musim pertama dimenangi oleh Ezani. Siapakah juara musim kedua?
Stay tune. Baru bermula.
Tahniah kepada yang berjaya jadi peserta kali ini.








Saturday, September 15, 2012

#Artikal Pilihan : Adakah Dia Milikku?



Selamat petang semua.
Lama tak berkongsi artikal yang aku rasa best dan jugak menarik.
Buka web iluvislam dan terbaca artikal yang bertajuk Adakah Dia Milikku?
Jom Baca!


Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?

Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.

Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.

Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabalah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.

Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita sedari. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.


Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah! Janji Allah itu pasti benar.

Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.

Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.

InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Amin


- Artikel iluvislam.com


#Getuk Ubi



Getuk Ubi. Korang pernah makan tak?
Sedap ok!!










Friday, September 14, 2012

Syawal 2012 : Reunion Sekolah



#Cerita Syawal 2012.
Entry yang banyak gambar!

Syawal nak berakhir tapi aku baru nak cerita tentang Syawal ke 3.
Dek kerana terlampau banyak gambar sampai tak tau nak pilih yang mana aku asyik tangguh, tangguh dan tangguh nak menaipnya.


Every year aku akan mencadangkan serta mengorganize event @Reunion untuk batch sekolah rendah, Ex SKBT38 1995-2000.Biasanya aku akan buat time raya. Sebab masa raya paling sesuai kot.

Tahun 2010 berjaya mempertemukan sahabat-sahabat. Reunion@Raya yang mana we all beraya rumah ke rumah.Sila rujuk entry Raya Ex SKBT 38 
Tahun 2011 perancangan kurang berjaya kerana kekangan masa
dan tahun 2012 decide buat reunion dekat satu rumah. Dan plan last minit beraya ke rumah cikgu-cikgu

Untuk tahun 2012 aku buat perjumpaan/ reunion pada Raya ke-3 
21 ogos 2012 : Selasa : bertempat Rumah mak abah. Takde sapa yg sudi sumbangkan rumah.

Teruskan cerita.
Selaku tuan rumah aku yang sediakan makanan. i masak uols! Tapi aku jugak buat konsep pot luck.Apa itu Potluck? Pot luck tu kiranya sapa-sapa boleh bawak makanan dan makan sama-sama.gitu?



Ini sebahagian gambar makanan yang ada. Akulah photographer.aku lah tuan rumah. Tengah snap picture tetamu datang da terus lupa nak sambung snap gambar makanan.

Menu makanan adalah nasi impit, kuah kacang,rendang daging,laksa (sumbangan fazilah), makaroni (sumbangan maton), muffin choc (sumbangan dayah), kek choclate moist,kek pisang, agar-agar hijau, apam senyum, air oren, dan kuih raya.

Majlis start pukul 10. Tapi janji melayu selepas pukul 10 baru semua sampai.
Antara yang datang awal mereka ini. Syafa, Maton, Ain dan Dayah


Seterusnya yang lelaki-lelaki sampai.
Seterusnya sembang-sembang, makan-makan.Aku memang tak sempat nak sembang2 yer.tuan rumah sibuk ok!


Reunion kali ni dapat jumpa ezani  dan syaiful syafiq yang tak pernah jumpa selepas darjah enam.Lama kan but still tak lost contact.Terima kasih Facebook.

Gambar kenangan yang hadir
Lelaki : Hanan,arip,helmi.nizam,nazif, afiq,bambang,syamil,latif,riduan,syaiful syafiq,leman.
Perempuan: Maton,dayah,fazilah, ain,syafa, ezani,aufa.

Seperti biasa.muka-muka yang sama jugak every year yg join.eh2!




Plan asal hanya berkumpul kat umah aku sahaja tapi tiba2 last minit plan nak beraya ke rumah cikgu-cikgu.After 12 years tak jumpa cikgu-cikgu.
Sebelum itu singgah rumah Mahfuzah. Dia tak dapat join.



Harus ada gambar yer! Rindu2 boleh tengok gambar.Dan nanti boleh cerita tentang persahabatan kite kpd anak cucu.

Next. Rumah nenek ezani. 
Nenek ezani menjemput we all datang rumah.Tak pernah kenal pun sapa sebenarnya neneknya.Ini masanya nak kenal.gitu!
Rumah nenek Ezani kami dihidangkan dengan kuih raya, kiew tiaw goreng dan jugak air apa aku lupa.
Terima kasih nek!



bergambar lagi!sweet tgk gambar ini.setujukah anda


Seterusnya. Rumah bekas guru besar, Cikgu Mistar


Tak pernah jumpa cikgu selepas darjah enam. Cikgu terkejut agaknya tiba-tiba we all datang.
Masuk rumah terus cikgu tanya sorang-sorang nama sapa. Tak pasal-pasal kena interview.
Walaupun dah lama cikgu still ingat kitorang walaupun tak semua. 






Seperti biasa.setiap rumah harus bergambar!Kenangan katanya tu. Bukan boleh diulang balik masa ini. betul tak?


Seterusnya. Rumah Cikgu Ahmad Saleh

Cikgu yang garang dulu. Mengarang Math dan KH.Rasa macam cikgu ni pernah lempang student.Tapi tak ingat sapa. Dan tak tersangka yang nadhir akan menjadi menantu cikgu mat.Ohh.
Excited cikgu keluarkan laptop nak tunjukkan gambar anaknya, Huda kepada kitorang.



Bergambar lagi.Harus dan harus yer!



Dari Sg Besar ke Sabak Bernam.

Next, Rumah Cikgu Noredah
Dulunya guru kelas 6M. 
Sekarang beliau guru kaunseling di STARP Sabak Bernam.





Dan lagi sekali bergambar!

Dan Seterusnya rumah Teacher Apiah.
Seriusly tak pernah tau rumah teacher kat mana.


Masuk rumah dengan keadaan blurr sebab tak nampak teacher pun. Suami teacher plak yang excited menjemput we all. Berbual-bual macam betul rumahnya.Takut salah rumah je. Nizam telah mengesahkan betul rumah teacher berdasarkan gambar yang ada di atas meja.Haha! Lawaknya lah




Bergambar lagi.


Rumah teacher rumah terakhir. Tak sempat nak pergi rumah cikgu lain.Dah petang! satu rumah sejam.
Maklum lah 12 tahun tak jumpe.Lama lah bersembangnya!


Last but not least.Singgah rumah arip.
Tunggu VVIP kite nadhir tak sampai-sampai.Alahai. Nadhir ni bakal menantu cikgu mat saleh.Oh.





Ok.Sampai di sini sahaja! Jumpe lagi next reunion/ perjumpaan.
Terima kasih yang sudi join.

Balik rumah.Eh2 ada tetamu lagi.
Simah, Helwa dan Inaz. Jumpe sekejap je.








Next event: Kenduri kawin sapa-sapa.






Thursday, September 13, 2012

#Sayap-sayap Tanarebt


#Koleksi buku.

menambah koleksi buku dengan membaca karya sepupu sendiri.
tahniah kepada sepupu dan suaminya kerana telah berjaya mempublish novel/buku.
Ini versi bahasa Melayu oleh Ismail MJ (suami sepupu). Sepupu i buat english version.Belum siap lagi.

Ini lah bukunya. Sayap-sayap Tanarebt.
Secara jujurnya aku baru baca sampai muka surat 10. Lepas tu tak sempat nak bukak.
Novel fantasi!



Inilah penulisnya.

ini penanda buku yang diberi percuma.


#Sapa berminat boleh carik dekat MPH yer.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat