Saturday, June 2, 2012

#Muffin Vanila



#Muffin Vanila.

Pernah baca entry sebelum ini Muffin Vanila Saya
Kononnya nak update resepinya semalam tapi disebabkan malas menaip makanya "delay" ke hari ini.

Pertama kali buat Muffin sendiri. Sebelum ni aku beli yang tepung instant aje kat kedai. Maklumlah dulu aku tak minat buat-buat kuih ni. Sekarang suka gila!
Serius seronok dan happy bila apa yang dibuat jadi. Kalau tak jadi seperti diharapkan tu adatlah kan. Pertama kali katanya!

Nak dijadikan cerita disebabkan terlalu excited mencuba resepi ini aku isi tepung dalam cup muffin penuh-penuh. Tengok gambar bawah.Nampak tak? Penuh tak ingat-ingat. Korang tengok lah nanti apa jadi muffin aku. Rupanya sangatlah cantik!Alah takpe kesilapan teknikal. Belajar dari kesilapan tu. Betul tak?

Jom tengok rupa muffin aku yang cantik bergaya!

ini rupa sebelum masuk oven.canti tertarik kau memanh da'bomb!

TARAA....................
inilah rupanya.Cantik kan?erk! rupa je "cantik" tapi rasanya pehhhhhhhh sedap!
tak percaya cuba buat sendiri. Rasa macam muffin Kenny Rogers kau!


selepas keluar oven


See. melimpah-limpah tu.
Ok nak kongsi resepi.


#RESEPI MUFFIN VANILA

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin/ 24 biji  )

8 tbsp mentega (dicairkan)
4 cawan tepung
2 cawan gula (boleh kurangkan)
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.


**Bahan tambahan: choclate cips,chess dan lain-lain ikut suka hati.
Peringatan: jangan isi penuh-penuh dalam cup yer.
: Kurangkan gula untuk kurangkan rasa manis.




:: selamat mencuba::





6 kesan tapak kaki:

Hidayatul afzam said...

yummy2..
mesti try buat ny :)

Pwincess said...

Rajinnya buat sendiri =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/go-expend-money.html

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Wahhh , tiba2 lapar lak malam ni :P

Silent Thinker said...

@hidayatul afzam-yummy!sedap

Silent Thinker said...

@Nurulee - hehe..saja try2..

Silent Thinker said...

@Bhai cool-hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat