#MASTERCHEF SELEBRITI.
Giliran Serina pulak tersingkir hari ini.
Cabaran berpasangan semalam (sabtu) dimenangi oleh Datuk Fazley & Louisa Chong.
Dan dua pasangan yang terendah adalah Tomok-Serina dan Angah-Tanuja.
Mereka perlu menghadapi ujian penyingkiran.
Seorang akan disingkirkan!
Dalam ujian penyingkiran, mereka perlu menyediakan hidangan dari chef terkenal, Chef Jo iaitu Otak-Otak Kontemporari Bersama Kerabu Ulam Raja Dan Nasi Pandan.
Chef menunjukkan hidangan dan mereka boleh merasa.
Kelainan ujian penyingkiran kali ini berbanding sebelumnya adalah bahan-bahan telah disediakan dan mereka diharamkan untuk masuk pantry. Kejam tu. Eh! baguslah kan.
Cabaran bermula. Pada pemerhatian aku, ingatkan Tomok tersingkir sebab nampak Tomok macam blur-blur sikit masa masak dan Chef Jo ada tegur Tomok sebab letak dulang berisi mangkuk dekat atas lantai. maklum saja kebersihan penting yer! Tapi Tomok masih selamat dan yg tersingkir adalah Serina.
hidangan yg disediakan oleh Serina
Serina Redzuawan tersingkir hari ini..Serina Redzuawan mewakili Rumah Ehsan, Jabatan Kebanjikan Masyarakat dengan derma terkumpul sebanyak RM2500
0 kesan tapak kaki:
Post a Comment