KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Mohd Adiq Hussainie Othman mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori lelaki terbuka pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Sirkit 2 di sini hari ini.
Adiq Hussainie, yang mewakili pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), mencatatkan masa tiga jam 16 minit 14 saat pada perlumbaan 10 pusingan melibatkan jarak 135km.
Katanya, perlumbaan itu, yang bermula dan berakhir di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, amat mencabar kerana faktor angin kuat di samping membantunya mempersiapakan diri bagi menghadapi Kejohanan Jelajah Thailand (1-6 April) dan Jelajah Korea dari 15 hingga 24 April ini.
Sementara itu, bagi kategori wanita terbuka, pelumba Selangor, Nurul Ahmar Badeuzamani, muncul juara dengan mencatatkan masa 1”37.24s, mengetepikan dua pelumba Kedah, Mardiana Mohd Radzi dan Masziyaton Mohd Radzi yang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama. – Bernama
sumber : Kosmo 20/03/2011
0 kesan tapak kaki:
Post a Comment