Friday, September 30, 2011

Tahniah Unimap!


Tahniah Unimap!
Sila terus membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Unimap hasilkan 'Motor Trycyle' bantu peniaga kecil-kecilan



KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar satu lagi kejayaan apabila menghasilkan prototaip 'Motor Trycycle' yang akan membantu para peniaga runcit dalam urusan seharian perniagaan mereka.
Projek itu cetusan idea Professor Kunjungan Unimap Prof Datuk Dr Abdul Razak Haji Omar dan reka bentuk dihasilkan para pelajar Unimap sendiri yang dibangunkan bagi program memodenkan sektor peruncitan serta pemborong. 

Naib Canselor Unimap Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin berkata projek itu sebahagian daripada usaha menyokong Pelan Transformasi Ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melahirkan 60,000 peniaga bergerak. 

Prototaip Motor Trycycle itu akan digunakan untuk menjayakan program 'Intech Biz On Wheel Bazaar' yang akan dilaksanakan di Masjid Al Hussin, Kuala Perlis.

"Ia bagi mewujudkan kawasan perniagaan berkonsepkan 'uptown' yang akan menempatkan siswazah untuk menjalankan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita semasa Majlis Tautan Kasih 1Malaysia di Anjung Unimap cawangan Kuala Lumpur di sini semalam.

Beliau berkata Unimap juga berhasrat melatih para siswazah untuk menjadi usahawan berjaya dengan adanya saluran idea prototaip itu. -BERNAMA


sumber : Metro online 30/9/2011




0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat