Wednesday, September 14, 2011

Istana Negara Baru

Pandangan luar dan dalaman Istana Negara baru.
Sangat cantik.

Berdasarkan artikal utusan online bertajuk Istana Negara 

Keindahan seni bina Islam dan Melayu. Elemen itu jauh lebih ketara berbanding Istana Negara sedia ada yang terletak di Jalan Syed Putra. Pembinaannya mendapat sentuhan hampir 100 peratus kepakaran tempatan.

Seperti yang sudah diketahui, pembinaan istana tersebut turut mendapat kritikan antaranya dikatakan projek mega dan membazir.

Itu adalah sentimen biasa, yang dijaja sejak dulu. Suatu ketika dahulu mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dikritik hebat kerana projek Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya.

Hari ini, kewujudan projek-projek itu cukup signifikan dan menjadi keperluan yang kian mendesak. Jambatan Pulau Pinang terpaksa ditambah satu lagi. Operasi di KLIA makin sibuk, malah menyaksikan ada terminal tambang murah terletak berhampiran bagi menampung keperluan. Di Putrajaya, pusat pentadbiran itu turut sesak sehinggakan kawasan letak kereta tidak mencukupi.

Awang percaya, begitulah juga keadaannya nanti bagi projek Istana Negara yang baru. Pembinaannya boleh menampung keperluan untuk ratusan tahun. Lagi pun ia bukan rumah untuk individu, ia milik negara bagi kegunaan rasmi Yang di Pertuan Agong. Istana itu sendiri adalah lambang institusi beraja yang masih kukuh di negara ini. Projek tersebut adalah bagi menggantikan Istana Negara sedia ada yang dibina pada 1928.

Pada asalnya ia adalah bangunan dua tingkat milik hartawan Cina, Chan Wing. Pernah menjadi kediaman pemerintah tentera Jepun (1942-45) dan mes pegawai tentera British kemudiannya. Istana tersebut telah melalui banyak penambahan dan ubahsuai serta tidak dapat menampung lagi pembesaran.

Sudah sampai masanya sebuah istana baru disediakan untuk memenuhi keperluan masa depan. Dan kita tidak perlu lagi menumpang warisan orang lain untuk kediaman rasmi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu















sumber gambar : ILHAM KATA GHAZ



0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat